Thursday, December 30, 2010

misteri pakcik razak bersama Inche Apex Khairul Fahmi

sedang asyik-ralit-tekun-khusyuk-sengih-berangan-terkenang-kesah-dolu-dolu melayan love story si apex sepet Khairul Fahmi dengan si gadis mixed Aimie Harmelia, tiba-tiba lagu Dangerous siulan Akon ft Kardinal Offishall berdering.

"arghhh malaun mana pulak yang dok mengacau petang-petang camnih. kot-kot la "my apek" call ke. tapi, tebiat apa dia nak call petang-petang. sekarang kan dia tengah kerja. hairan sungguh !"

malas-malas aku capai fon buruk aku. usha skrin. eh, unsaved number lah. 06677**** panggilan dari rumah orang. mungkin juga ofis orang. sapa pulak yang nak call aku dari melake or nogoie sombilan nih?

aku : hello?

dia : hello. hello. (mungkin tak dengar sebab fon buruk aku sudah tenat). husna ke?

alamak ! lelaki la dol. sapa pulak nih? gaya suara macam umur lingkungan 25-35 tahun.

aku : hello. ya. ni siapa?

dia : ouhh. ni pakcik razak. tak kenal ke?

pakcik razak mana pulak ni? otak aku berpusing-pusing cuba recall dan mencari nama 'pakcik razak' dalam temporal lobe aku. tapi, hampa.

aku : err, maaf. saya tak ingat. siapa ye? 
(habis sopan santun dah aku nih. seingat aku la, takde pulak aku kenal pakcik nama razak. kalau ayah kawan aku ada la sorang dua berbin dan bintikan Razak. tapi mimpi apa pulak ayah diorang nak call aku?)

pakcik razak : err husna berniaga kat MAEPS kan? (eh apekah?)

aku : hah? bukanlah pakcik ! saya pelajar.

pakcik razak : ha? pelajar? bukan peniaga?

aku : ya. saya masih belajar.

pakcik razak : ouh ok ok.

*tett tett tett* bunyi talian dimatikan.

ohh apakah? aku berniaga kat MAEPS? isk ! ni mesti gara-gara nombor aku tersebar kat peniaga-peniaga sekitar Serdang masa uruskan karnival kolej aku dulu. hampeh ! sampai sekarang peniaga-peniaga cari aku. 

TO PAKCIK AND ALL THE PAKCIKS, KARNIVAL KOLEJ SAYA SUDAH LAMA BERAKHIR. SILA JANGAN HUBUNGI SAYA LAGI UNTUK SEBARANG TAPAK NIAGA. HARAP MAKLUM ! 

grr, kacau je konsentrasi aku nak berfeeling-feeling layan ceritera cinta FahmiElia. sweet weh diorang. sporting je Cik Elia tu. semoga kalian berkekalan ya ! amin.

*gila kentang betul aku nih ! tak pernah-pernah minat nak layan tengok bola. sekali TERtengok game semalam. Malaysia vs Indonesia Piala AFF Suzuki. sekali terpegun pulak tengok aksi gol keeper tuh. style gila weh ! sekali terus pegi like fanpage Khairul Fahmi Che Mat. sekali pergi stalk blog awek dia. sekali pegi hapdet blog siap ! eh eh berapa banyak sekali daaa! *

err, mebi aku terlebih makan kacang kot semalam =.="

sekian.

Sunday, December 26, 2010

tanda seru !


KEGUNAAN KATA SERU !


Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut, dan sebagainya. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun. Dalam bahasa Melayu, kata seru digunakan untuk membentuk ayat seru. Sumber Wikipedia.


Contoh 1
Cis, sakit sungguh jariku ini ! (SALAH)
Aduh, sakit sungguh jariku ini ! (BETUL)

Contoh 2
Wah ! bergaya benar dia hari ini. (SALAH)
Wah, bergaya benar dia hari ini ! (BETUL)

Ok murid-murid. Sila nyatakan apa perbezaan antara Contoh 1 dan Contoh 2? (aisehh, konon-konon dah jadi cikgu pulakk)

Kesalahan Contoh 1 : Tidak menggunakan kata seru yang betul. Gunakan kata seru berdasarkan gambaran perasaan yang dinyatakan dalam ayat tersebut.

Kesalahan Contoh 2 : Meletakkan tanda seru selepas kata seru dalam ayat seru. Untuk semua ayat seru, tanda serunya mestilah diletakkan di akhir ayat seru.

Kalau belajar Bahasa Melayu dulu, memang camtu lah function tanda seru nih. Tapi sekarang, main hentam saja la labuu nak guna tanda seru kat mana. Menangis cikgu-cikgu BM kita dulu kalau tengok penggunaan tanda seru kita sekarang. (baca : aku) Itu belum lagi tengok penggunaan shortform ! (hah tengok. tanda seru aku main bedal je) Kalau tengok gaya bahasa dan shortform budak-budak zaman sekarang, mau pengsan tergolek-golek cikgu BM sebab frust menonggeng budak-budak tak apply apa yang berbuih-buih mereka ajar dolu-dolu. 

Kalau shortform kira orait lagi lah. Asalkan jangan sampai orang tak paham langsung. Yang tak boleh bla nya, penggunaan bahasa camni ;

 " Titewww sayamm awwwwak lewww !!!! Awwwwak sayamm titewww yg mashammm niww takkk??????!!!!! "

Erk ! geli tekak den nak baco. eh salah.
Erk, tekak saya geli membacanya ! (mak ai skema la pulak. ehek ehek ehek)

Tak cukup huruf w yang banyak, pastu ditambah pulak dengan tanda seru yang bagai tak pernah tengok bentuk tanda seru. Macam kanak-kanak baru kenal mainan. Teruja barangkali.


*pengakuan jujur* Dulu aku pernah jugak guna bahasa-bahasa camtuh. Masa zaman hingusan dulu. Terpengaruh sebab bajet cam comel je cakap camtu. Tapi sejak kena tegur sedas tembakan yang pedas punya dengan Siggplus, terus aku ubah ! Malu doh sebab aku pilih KLCC doh ! Sorry, aku tak pilih Han ! (err, kaitan?)

Kalau jumpa sign camni tepi jalan, apa korang buat? AWAS !



Ohh ada jugak eh baju couple tanda seru ni. Pink pulak tu. Comel. Comel.


Apa-apapun, aku memang suka guna tanda seru sesuka hati perut aku lahh ! Eh, perut ada hati? Ah, abaikan. 

p/s : maap ye cikgu-cikgu BM yang penah ajar saya dulu. hihi. sayeww mewmang sukeww buwat kewsalahan mawcham Contoh 2 tuww. sayeww tawkk sewngajeww larhhh !!!!!!!!

sekian.

Thursday, December 23, 2010

benda apa yang panjang-panjang tuu?

hahh. jangan pk bukan-bukan boleh? aku nak cakap pasal entri aku lahh.

setakat aku buat blog nih, semua entri aku panjang-panjang. aku tak reti nak taip pendek-pendek. bila baca top blogger punya tips contohnya ini dan ini. part lain bole la folo tips-tips diorang. tapi part entri panjang n kurang gambar tu yang jadi masalah kat aku.

sebab aku suka merepek panjang-panjang kot? kalau korang bosan baca blog aku, cakap. bagitau. aku akan cuba baiki.

nak cakap tengs kat Blackrose lah sebab dia yang rajin amek tahu pasal blog aku. rajin komen. bagi tips-tips berguna. tegur aku entri panjang sangat. hehe. mekaseh la ye Encik Blackrose. akan ku cuba memendekkan entri-entri aku. nanti takdelah ko bosan baca blog aku kan? kan? hihi

kepada yang lain, tolong jangan compare blog aku dengan blog kakak aku. dia dah lama berblogging. aku baru je. dia cun. aku comot. dia lawa pandai bergaya, aku serabai tak reti fesyen. dia belajar pasal computer. aku belajar cikgu-cikgu. dia pendek, aku tinggi. tapi dia kurus, aku gemok. huhu. apa-apa pun kami tetap tak sama walaupun penah ada orang cakap kami ni kembar. gilaaa ke hapaa kembar?? lain gila kot muka !

ni la satu-satunya gambaq kami berdua. haha.
tengok, tak sama kan?
sapa cakap sama aku tembak laju-laju !

huda luna yang stylo milo selim melim

husna lana yang comot momot bam bam

so terbukti la aku tak segojes dia. dia hebat. dia femes. dia cun. dia fotogenik. aku? ah malas nak kutuk diri sendiri lagi. (ok bodek. kak, bila nak tolong mekapkan blog aku bagi siap? haha)

blog Huda Luna Hussin Al-Sagoff sapa tak kenal. blog bubu dia pon femes. dah memang top blogger dah diorang dua nihh. aku? aku masih merangkak nak buat blog. so tolong jangan compare ! mungkin aku sendiri tak mampu nak capai follower beriban macam dia. takat nak buat blog syok-syok sendiri bole lahh. untuk diri sendiri baca dan kawan-kawan terdekat.

sekian.


bagai menaiki rola kosta !

"Hari tu pergi pesta penang nak naik roller coaster betul-betul kau tak nak. Takut lah ape lah. Last-last kau pergi naik Euro Wheel yang bosan tuh jugak. Cehh tak mencabar langsung ! Membazir je token enam hengget untuk bende alah tu. Nasib baik lah lepas tu naik Sky Rider. Berbaloi-baloii la jugak!"

"Sekarang, kau rasa lah feel naik rola kosta tak ori nih. Haa, padan muka !"

 ********************

20/12/10 jam 0855 aku dah terpacak kat stesen bas lama Sg.Petani. Rasa-rasa bas p Shahab Perdana ada setiap setengah jam. Aku pandang-pandang jeling-jeling sikit kat platform bas Transnasional. Hampa. Takda bas. Aku tengok jam. Belum jam 0900. Jeling-jeling lagi, tengok memang ramai orang dok berdiri kat platform tu. Fuh, lega. Bas tak tinggal aku. Tapi mana bas ni? Malu-malu pulak nak munculkan diri. Isk.

Dengan muka cool, aku tunggu. Padahal dalam hati gabra gila. Yelah, dari SP nak pegi AS yang selangkah tu pun makan masa dekat dua jam setengah kalau naik bas. Kalau naik kereta, dah boleh sampai Ipoh ! Janji dengan Angah nak sampai jam 1100 kat Shahab Perdana. Aduhh, camna ni?

Sambil tangan ligat taip sms nak pujuk Zuly join kami, sambil tu aku angkat-angkat kening kot kot nampak bayang-bayang bas. Tapi takda. Tengok jam dah 0915. Mana bas ni? Arghh, maaf Transnasional, aku terpaksa curang ! Aku pergi tengok kat kaunter Mara Liner pulak. Aik? Mana pulak penjaga kaunter ni menyorok? Ish ! Hah, tu ada bas. Lega. Drebar bas dah ada tapi pintu bas tutup pulak. Haihh.

Dengan muka sekupang, aku terloncat-loncat kat tingkap bas drebar tu. Dalam hati mintak harap-harap la dia nampak aku. Khusyuk sangat baca paper. Tiba-tiba dia bukak tingkap. Tak sempat dia nak bagi salam aku terus serbu dia. “Pakcik, bas p AS kan? Jalan pukui berapa?” Pakcik tu sengih sambil jawab “9.45 dik”. Oh, comel juga pakcik nih. Senyuman menggoda you ! Tapi dalam hati mesti bengang. Tergamak aku panggil dia pakcik, padahal muda lagi kot. Ah, belasah jelah.

Hmm, 0945 baru jalan. Sekarang baru 0915. Gila ! Pukul berapa aku nak sampai kalau camni. Pulak tu kat depan bas Mara Liner tu tulis alor setar-sungai petani-butterworth-alor setar. Hah?? Berapa jam baru aku boleh sampai shahab? Tah tah lebih tiga jam beb ! Dah sampai butterworth mesti nak tunggu orang naik dulu. Bukannya terus jalan. Ah, tak boleh jadi ni.

Haihh, manalah si Trans ni. Berdoa dalam hati. Eh, tiba-tiba Trans muncul. Yea ! tak jadi lah aku curang dengan kau.

Terus aku pegi serbu pakcik Trans pulak.

Aku     : Pakcik, bas jalan pukui berapa?
Pakcik : Nak jalan dah la nih. (muka cemuih) (agaknya semua orang dok tanya soalan yang sama kot)

Kelam kabut aku naik bas. Nasib baik tak tergolek macam ayam golek. Nak cepat punya pasal.

Bas penuh. Nak cari seat yang best pun susah. Last-last duduk la aku tepi tingkap. Pastu ada sorang makcik dok sebelah aku. Beramah mesra sekejap dengan makcik tu. Then dua-dua senyap. Layan perasaan masing-masing. Mungkin makcik tu risau kakak beliau masuk sepital. Aku plak, harap-harap boleh la nak lena sat dalam bas sebelum sampai. Tak tido semalaman punya pasal. Ngantok beb pagi-pagi nih. Dah la sejuk baru lepas hujan. Brrr.

Elok-elok dah cari feel nak lena (dah la aku ni susah nak tidur dalam bas), tiba-tiba “plup plup”. Dongak atas, hadoi ! Ayaq aircond ! Dem ! Aku amek tisu lap-lap la dengan penuh kasih sayang ekon bas tu. Perghh, gila hitam tisu yang putih tu. Makcik kat sebelah aku cakap, “Tudiaa punya kotoq, berapa lama depa tak cuci bas ni”. Aku sengih jela tayang gigi tak tau nak jawab apa.

Harap-harap tak menitik dah la ayaq ekon tu. Bas meluncur laju menghala ke Sik. Area situ hujan rintik-rintik. Tapi tak sangka la pulak hujan dalam bas ni makin lebat. Gilaaa ! Mencurah-curah air menimpa aku. Rasa macam mandi lagi sekali pulak. Hesh ! nak pindah seat lain, bas penuh.

Sampai satu bus stop, ada orang turun. Lega. Makcik kat sebelah aku ni yang pindah seat belakang. Mungkin beliau kesian tengok aku mandi hujan. Walaupun bas ni berbumbung. Baiknyaa makcik. Terima kasih makcik ! Aku pun pindah seat sebelah. Hujan mencurah-curah lagi ke seat asal aku tadi. Bertakung air kat seat tu. Boleh kau orang bayangkan tak betapa hebatnya hujan yang mencurah-curah itu !

Tiba-tiba, “sreeeeet gedang !” macam naik rola kosta daa ! terlambung kami-kami dalam bas nih. Ada la dalam satu inci bontot terangkat dari seat.

Rasa macam tengah drift pon ada. Rasa macam tengah menari tarian India pun ada. Kepala terteleng ke kiri kanan dengan laju. Gila pakcik bas nih ! Nak drift pun agak-agak la. Ramai kot penumpang. Geram aku. Nak kata jalan lopak, aku tengok, jalan ok ja. Mungkin sempit sikit sebab ada kerja-kerja turap jalan.

Ah, rasa macam nak pegi depan je cakap “Pakcik, tolong bawak bas molek-molek sikit naa. Saya tak kawen lagi tau takk.” Tapi, nasib baik aku takdak keberanian nak buat camtu.

Aku usha ja muka pakcik tu ikot cermin pandang belakang bas. Pelik. Pakcik ni tadi aku tengok mata bulat je. Tiba-tiba jadi sepet pulak. Aku tenung habis-habis. Sah ! Pakcik tu terkebil-kebil bukak mata. Kecik besar kecik besar. Kejap-kejap pandang luar amek feel. Kejap-kejap mulut ternganga menguap. Kejap-kejap dia pejam mata ! Pakcikkkkkkk bangunnnn ! Jerit aku ! Tapi dalam hati je. Nak jerit betul-betul takut sapa-sapa ada lemah jantung dalam bas ni, terkejut. Aku tak sanggup nak jadi pembunuh. Tak tau la kalau pakcik ni sanggup. Berani dia tidur kan. Pakcik,pakcik. Nyawa 44 orang ni bergantung kat pakcik tau.  Huhu.

Tapi yang aku hairan, makcik-makcik dalam bas ni semua kalut bergosip ja dari tadi. Macam takda apa-apa yang berlaku. Depa tak rasa ke apa yang aku rasa? Depa tak terlambung ke macam aku terlambung? Pelik.

Pakcik konduktor bas lalu sebelah aku. Aku buat muka risau gila sambil cakap “Pakcik, tolong lah teman kawan pakcik yang sedang memandu tu. Beliau mengantok tu. Mungkin penat jaga anak semalam.” Malangnya, suara tu dalam hati je. Tak terkeluar rupanya. Tiba-tiba pakcik tu angguk-angguk kat aku. Eh pakcik ! Macam boleh dengar je suara hati saya ! *padahal, pakcik tu pun terlambung jugak naik rola kosta !*

Next station, sorang amoi cantik ngn mak dia naik bas. Banyak barang penuh tangan. Mungkin baru balik dari pasar. Tinggal dua je seat dalam bas ni. Sebelah aku yang bertakung air aircond dengan seat belakang aku.

Amoi tu terus duduk kat seat belakang tu. Mak dia pulak dah berdiri sebelah aku and nampak seat tu bertakung. “ Basah aa?” Aku jawab, “ Ya.”

Tapi tak tergamak la pulak kan kalau aku nak buat bodo je ngn mak dia tu. Orang tua kot. Dengan barang banyak. Takkan nak biar dia berdiri. Aku pun lap takungan air kat seat tu and duduk semula kat seat asal. Kasi mak amoi tu duduk.

“Boleh aa? Basah. Tenkiu aa.” Mak amoi tu cakap.

Aku pun senyum jelah. Sambil memejam mata tahan curahan air yang mencurah-curah. Redha.

Sampai destinasi, amoi ngan maknya turun. Tak sempat aku nak pindah seat, amoi lain yang naik terus duduk situ. Ohh, nampaknya memang aku kena mandi hujan aircond la sepanjang perjalanan aku nak ke shahab. Makcik yang awal2 duduk sebelah aku tadi, hanya mampu buat muka simpati tanda memahami nasib aku. T___T

Naik rola kosta dan disimbahi hujan. Pengalaman yang sangat menarik. Tapi palsu ! Sebenarnya, naik bas yang dipandu bagai rola kosta dan disimbahi air aircond yang mencurah-curah bagai hujan ! Nasib. Nasib.

Tak lama lepas tu kecoh berita kat radio pasal kemalangan dari Cameron-Simpang Pulai. Berita lanjut boleh klik sini.

Semua jadi kaget. Termasuk pemandu bas tu. Cergas aksi pakcik drebar. Hilang terus mengantuk. Mata kembali membulat. Kalau tadi rasa macam naik rola kosta. Sekarang aku rasa macam betul-betul naik bas. Lega.

Mungkin ini hikmahnya kemalangan itu. Mungkin ianya tragedi malang bagi yang terlibat dalam kemalangan. Namun, ianya tetap menjadi pengajaran buat pemandu bas yang lain supaya mereka berhati-hati ketika memandu. Kejadian ni bagai kebetulan. Tepat pada masanya. Semuanya kuasa Tuhan. Subhanallah.

Akhirnya, Alhamdulillah aku selamat sampai Shahab Perdana dengan yakin bahawa aku sebenarnya naik bas tadi. Bukan naik roller-coaster.

Menjawab persoalan Blackrose dalam entri ini, aku rasa aku dah bagi jawapannya. Silapnya, adalah sikap pemandu bas itu sendiri. Kalau mengantok, jangan memandu ! Ingatlah orang yang tersayang.

Sekian.

Thursday, December 16, 2010

siapa cakap kucing tak ada jerawat?

kau orang pernah tengok kucing ada jerawat? nah ni buktinya.


si Momel aku ditumbuhi tiga jerawat gatal atas hidungnya.

kesian Momel. lepas ni dah tak 'hot' la kat kawasan Ipoh Jaya ni. siapa mahu mengorat janda tak berhias yang ada tiga bijik jerawat kat hidung? nak harapkan Peng atau nama betulnya Indra? (kawan baik si Momel)

ah si Peng itu hanya tahu main saja. maklumlah. masih kanak-kanak. apa sangat la yang dia tahu selain menyorok pura-pura baik depan aku dan kakak aku dan hanya bergolek-golek dan bergesel-gesel mempamerkan sifat kemanjaannya apabila mahukan makanan. ha, itu saja yang dia tahu buat selain buat sepah satu rumah dan berak kencing sana sini dalam rumah. cukuplah hanya seekor Peng sahaja berada dalam rumah. tak perlu dua. tak perlu tiga. hanya seekor. ulang taip. hanya seekor ! Peng mampu menghancurkan keamanan yang ada di dalam rumah itu. sungguh hebat kan dia !

ok. cukup dulu cerita pasal Peng. mari kita teruskan cerita mengenai Momel.

Momel suatu ketika dahulu sangat aktif dan lasak. perangainya tak ubah seperti Peng sekarang. suka buat sepah. sebelum dia bergelar ibu, Momel sangat lah lasak dan kental. lagaknya seperti 'hero' kawasan Ipoh Jaya. hero ya. bukan heroin. ya ! Momel muka saja ayu. tapi gayanya mengalahkan jantan. semua kucing-kucing di kawasan ini seperti takut-takut untuk datang menjamu selera di rumah kami apabila tibanya waktu lunch dan dinner. tak perlu keluar bertarung, cukup hanya menjegilkan matanya melalui celah-celah kaca pintu. zapp ! bertempiaran lari semua kucing termasuklah bapak segala kucing. sungguh !

tapi itu dulu. setelah Momel dirogol dengan kejam tanpa diketahui siapa perogol bersiri itu, Momel bertukar sikap. Momel berubah menjadi ayu, pendiam, sopan santun. mungkin Momel trauma kesan dirogol. atau mungkin juga Momel benar-benar berubah. atau mungkin juga Momel sudah dewasa dan mula berfikiran matang untuk mendirikan rumah tangga. mungkin. segalanya mungkin.

namun, hakikat yang sebenarnya Momel masih kanak-kanak. anak dalam kandungannya tidak mampu bertahan lama. akhirnya Momel terpaksa melahirkan anak dalam keadaan tidak cukup bulan. malangnya, anaknya mati ketika dilahirkan. sedih. pilu. hancur hati dan hasrat Momel untuk bergelar ibu. tapi tidak mengapa. syukur Momel selamat.

sekarang, Momel sedang bahagia menikmati kehidupan dengan sahabat baiknya iaitu Peng. mungkin ini hikmahnya Momel dirogol. Momel menjadi baik, bersopan santun dan bertimbang rasa. Momel sudah insaf untuk buat sepah di dalam rumah. Momel sekarang sangat manja. kemana saja aku dan kakak aku berkeliaran dalam rumah itu, dia pasti akan ikut langkah kami. sampailah ke dalam bilik di tingkat atas. sehingga tak lena tidur kami dibuatnya. Momel akan cuba sedaya upaya mengejutkan kami dari tidur untuk melayan kerenahnya. oh, so sweet ! *mood rindu dengan si Momel*



si Momel yang comel lote sebelum tumbuh jerawat.

tapi yang jadi persoalannya, sekarang Momel dah tumbuh jerawat. siapa mahu bertanggungjawab? siapa boleh bagi cadangan tips-tips nak hilangkan jerawat Momel untuk kembali macam dulu? kesian dia. tak ada ke saintis yang boleh mencipta skin solution untuk Momel? skin solution untuk manusia terlebih banyak la pulak kan. cubalah saintis buat kelainan sikit. ish ish ish. kesian haiwan-haiwan lain yang tumbuh jerawat. hmm

*sori tak banyak gambar mereka. akibat fon kena curi dan tak sempat transfer gambar dan aksi-aksi mereka berposing dari fon tu. sedih sedih. tak apa, nanti aku buat entri cerita pasal kejadian fon kena curi. kejadian misteri. haha*

sekian.

Friday, December 10, 2010

aku sudah 20. apa ertinya?

ya. aku sudah berusia 20 tahun empat hari yang lalu. ada siapa-siapa rasa aku sudah tua? ada? ok, sila angkat kaki dan berambus dari page aku sekarang. berani kau kata aku tua? beta murka ! dijatuhkan hukuman buang daerah blogspot. muktamad. haha. ok, aku gurau saja. kang marah pulak taiko-taiko blog ni. dah la aku ni junior lagi dalam blog. berani pulak buat 'otai' kat sini. ok, tak kisahla orang nak cakap aku tua ke apa. janji aku tetap comel. kan? baik korang mengaku ! ah, jangan nak nafikan ok ! *perasan*

perkara biasa. bila siapa-siapa sudah mencecah usia baru, wish-wish akan berbunyi "selamat tua", "tahniah kau sudah tua", "selamat menyambut hari tua", "selamat menjadi tua", "tua sudah kamu", "welcome to alam tua" dan macam-macam tua lagi lah. serupa ja aku pun. bila wish orang, kadang-kadang nak jugak guna perkataan tua nih. kunun-kunun bergurau saja. betul. hanya gurauan. tiada niat lain. kalau tak percaya, sila bedah hati aku. tapi sebelum tu make sure kau dah habis sekurang-kurangnya lima tahun belajar medic dan dah ada sekurang-kurangnya saploh tahun pengalaman jadi pakar bedah. kalau belum complete dua-dua syarat tu, kau jangan mimpi nak bedah aku. kang tak pasal-pasal, arwah pulak. haish jangan ! aku belom kawen woi. haha. biasalah, bila dah mencecah angka duapulohan ni, mestilah hormon-hormon dalam badan makin menggatai. asyik-asyik pikir pasal kawin. asyik-asyik pikir pasal nak dapat baby kiut macam Amani cerita Adamaya. si adek Mia Sara Nasuha tu. siapa-siapa yang tak kenal budak kiut ni, isk rugilahh. kecik-kecik lagi dah ramai peminat budak tu. siap ada fanpages lagi kat facebook. ulang ya. fanpagesss. tengok. banyak s tu. maksudnya bukan satu fanpage dia ok. banyak ! besar nanti tak tahulahh macam mana gayanya. tah-tah kalah mama dia dalam Adamaya si Lisa Surihani tu. hihi. ops ! marah peminat-peminat Lisa Surihani kang. apa-apapun, semoga berjaya ye adek cumil. akak sokong adek dari jauh tauu !

ok, kita sudah lari tajuk. erm apetah tadi? oh pasal aku sudah 20 kan? bila sudah umur 20 ni apa ertinya ya? ok aku nak listkan maksud-maksud bila sudah 20 ni.

1. umur 20 dalam bi cakap twenty years old. kan? kalau salah betulkan aku. almaklumlah belajar bi dari tadika tapi tak pernah nak pandai. hishh. teruk teruk. bila dah umur twenty nih, maka secara langsung tiada lagi perkataan teen macam eighteen ke nineteen ke. maksudnya? aku bukan lagi teenagers ! bukan lagi remaja ! oh oh. aku sudah besar. eh salah. aku sudah dewasa !

2. umur sudah 20. maknanya, tak boleh la nak jadi budak-budak sangat. kena jadi matang. kena fikir secara matang. kena ada gaya matang. agak-agak kau orang, aku ni matang tak? haa, apa? tak matang? *dush dush* bunyi belasah macam dalam filem hindustan. sepak ke terajang ke penampar ke apa ke semua bunyi sama. tapi apa-apapun, orang tetap meleleh air mata sampai air hidung pun berebut-rebut nak meleleh jugak bila layan filem hindustan nih. tahniah filem hindustan !

3. umur sudah 20. aku akan grad, insyaAllah tahun 2013. kira-kira umurku baru nak masuk 23 tahun. so, maknanya? yesss ! lagi tiga tahun saja aku perlu belajar. perlu menghadap buku-buku tebal. perlu perah otak. perlu ulang alik pergi library (tipu). perlu ulang alik pergi fakulti. perlu masuk lab. perlu buat rakaman. perlu berlakon watak masing-masing. penuh gaya lagi youu. siap ada award pelakon terbaek lagi. tapi semestinya bukan aku la yang dapat title tu. aku ni buta seni. hah apa? tak percaya? apa korang ingat pelakon je ke ada shooting? heh, kami pun ada shooting tau. macam-macam rakaman kena buat. haii penat. penat. aku ni dah la budak rajin. kerja semua buat awal-awal. tak mainlah kerja last minit nih. tak excellent tau. haha. sila jangan percaya ! aku bukan budak rajin. aku bukan suka buat kerja awal-awal. semua kerja aku, memang last minit. pernah jugak sampai ke saat-saat terakhir ! pergh, memang kelam kabut lah. tapi seronok ! kunun berazam lepas tu nak buat kerja awal, tapi, hampeh. kerja last minit jugak aku suka ! haha. time tu la idea mencurah-curah sampai rasa nak scan je apa yang ada dalam otak tu. tak payah susah-susah nak menaip. senang. selesai kerja. haha. ok, mengarut ! aku teringin sangat nak habis belajar cepat-cepat. sebab aku sangat malas nak baca buku yang tulisan banyak-banyak yang penuh satu muka. haihh bosan ! kalau mengira tak apa jugak. tapii, yang pasti aku akan rindu masa belajar bila dah kerja nanti. betul kan? siapa-siapa yang dah kerja, sila jawab ! oleh itu, memandangkan umur 20 ni, aku nak berjanji kat diri sendiri. aku nak rajin belajar. aku nak sambung lagi belajar ke peringkat yang lebih tinggi. aku nak cuba atasi sikap malas aku nih. ya ! aku nak sambung belajar. insyaAllah. amin. azam umur 20 tahun.

4. umur 20 juga menandakan aku ni dah lama hidup kat dunia ni. bermakna, sudah banyak juga dosa-dosa yang pernah ku lakukan sepanjang usia 20 tahun ini. bila-bila je nanti nyawa aku bakal diambil semula oleh Yang Berkuasa. tanpa diketahui bila. tanpa disedari oleh sesiapa. aku harap aku masih diberi peluang dan diberi kesempatan untuk bertaubat dan memperbanyakkan amal ibadat sebelum berakhirnya hayatku. *uhuk uhuk*

5. haa last sekali, umur dah 20 ni mulalah fikir macam-macam. soal nak beli kereta lah, rumah lah, macam-macam lah. eh? macam tua sangat je umur 20 ni sampai kena fikir macam tu sekali. haha, ok gurau saja. umur 20 ni buat aku fikir yang aku kena rancang masa depan aku betul-betul. aku dah tak boleh main-main. aku kena serius hal-hal yang sepatutnya serius. selama ni aku suka ambil ringan je satu-satu hal. kadang-kadang nak buat keputusan pun malas. sampai nak makan apa pun suruh orang lain yang decide. aku folo je keputusan diorang. isk isk isk. hape daa !

"haishh ! husna, sekarang kau kena 'rajin' sikit untuk buat keputusan ! paham ! hidup kau, kau lah yang perlu tentukan. jangan suka sangat dengar cakap orang. tapi tak reti nak fikir sendiri. minta pendapat orang tak salah, tapi keputusan semestinya kat tangan kau. kau paham?! " marah aku kepada diri aku sambil melihat ke dalam cermin.

haa, demikianlah beberapa erti aku sudah 20 pada takrifan aku sendiri. maybe kau orang ada pandangan masing-masing masa kau orang mencecah angka duapuloh dolu-dolu kan. so, siapa-siapa rasa nak share pengalaman kau orang, silalah. dialu-alukan. siapa punya pengalaman paling best, aku kasi hadiah kat kau orang. nak tau hadiah apa? haaaa, ceritalah dulu kesah korang ! ha ! ha !

itu saja lah dari aku buat masa ni. idea dah kering secara tiba-tiba. akibat tengok result. haha. tahniah kat diri sendiri. tu la banyak main sangat. keh keh keh. so, azam umur 20 tahun ni, kurangkanlah main-main tu ye cik husna !

*ni azam umur 20 tahun (6 dec) dan sempena tahun baru 1 Muharram 1432 Hijrah (7 dec). eh kebetulan kan. sekali harung la tuh. yaa aku insan bertuah. harap-harap.*


SALAM MAAL HIJRAH 1432

sekian.


Sunday, December 5, 2010

sebab-sebab HARUS aku berblogging

hai semua. akhirnya setelah sejuta kali garu-garu kepala memikirkan patut ke tak patut aku buat blog nih. haa ! ni la jawapannya. aku buat jugak. terima kasih kepada yang memberi sokongan. jasa kalian aku hadiahkan ucapan terima kasih ya.

haa? apa? tak cukup? terima kasih ja? hmm, apa nak bagi ya? nak gula-gula seposen tak? nah habuan kalian. 


ambil sorang satu dan pergi makan jauh-jauh ok. ops ! jangan lari jauh sangat. nanti sapa nak baca blog aku? *mata bersinar-sinar sambil berkelip-kelip* (macam Himawari adik Shin Chan yang ternampak emas dan lelaki handsome)

ok, sekarang bagi chance kat aku nak gilap bakat menulis yang dah lama terpendam nih. "haishh, awat tiba-tiba rasa nervous pulak nihh?" hatiku berkata. rasa nervous ni sebijik macam masa tunggu saat-saat suami aku nak angkat nikah dulu. risau gak sah ke tidak lafaz dia tu. almaklumlah nama aku ni panjang sangat. terbelit-belit lidah suami aku nak sebut dulu-dulu. tapi, Alhamdulillah. akhirnya kami berjaya diijabkabulkan dengan sekali lafaz sahaja. hebat kan suami aku tu. sekarang kami sedang berbahagia menanti kelahiran anak pertama. doakan kebahagiaan kami ya? 

ehh. lari tajuk pulak. ok ok. aku ngaku. aku tipu. aku belum kawin lagi. masih single. ops ! i'm not single. 

haihh, panjangnya intro. belum masuk isi lagi nih. biasa la. kali pertama dapat peluang nak berceloteh. kesian sungguh. ok, cukup. cukup. 1st entri nak cakap sebab-sebab aku nak sangat buat blog nih. sapa-sapa yang belum ada blog dan sering kali mengalami simptom-simptom seperti aku nyatakan kat bawah ni, sila la buat blog ya? *promosi* (agak-agak nuffnang nak bagi bonus kat aku tak sebab aku dah tolong promote suruh orang lain buat blog?)

ok, antara simptom-simptomnya ialah,

1. bosan sampai dah naik juling mata menghadap laptop. kalau tak bukak fesbuk ngan ym. nak bukak apa lagi? friendster? myspace? ohh rasanya dah bersawang dah kedua-dua page itu. alternatif baru, blogspot ! ya blogspot !

2. sudah lama bekerja tanpa gaji menjadi silent reader di blog-blog orang lain sambil kelik-mengkelik iklan mereka. ya ! aku mula berjinak-jinak menjadi silent reader nih sejak kakak aku buat promosi pasal blog dia, blog bubu dia dan blog-blog lain yang sangat tidak rugi untuk dibaca. rasanya kau orang lagi tahu kan blog-blog sapa yang aku maksudkan. jadi tak perlu la kot aku link-kan kat blog mereka. kalau tak tahu, boleh rujuk di sebelah.

3. kawan-kawan baik, kawan-kawan rapat, sahabat handai dan semua lahh sudah mempunyai blog. rajin betul mereka meminta aku mengunjungi blog-blog mereka. kalau dah baca blog mereka, macam tak best la pulak kan kalau tak komen. nak komen, tapi takda blog sendiri. aisehh, tak rock betul. tak syok lah kalau jadi anonymous kann? sekarang, aku dah ada blog ! *bangga*

4. sekarang musim cuti semester. memanglah dah tak tau nak buat apa terperap kat rumah. takkan hari-hari nak keluar. boleh bangkrap ler. so, inilah dia hobi baru. selain tidur dan makan. ya, berblogging ! cuti-cuti ni macam banyak pulak idea nak merepek. bagai mencurah-curah ke ladang gandum. pupp, jadilah coco crunch. ok, iklan. next !

5. menghargai nikmat internet yang lajuuu. tak best lah kan kalau kita tak menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaik-baiknya. haha, ni alasan jahat. mentang-mentanglah bukan aku yang bayar bil bulan-bulan. 

6. sebelum cuti, masing-masing sibuk mencari supplier stok movie untuk sebulan. cerita korea lah, filem melayu lah, kartun lah dan macam-macam lah. hah, aku la salah seorang supplier tuh. semua orang copy movie dari aku. aku nak copy movie dari siapa? eh, ada la sorang dua yang jadi supplier untuk aku. hihi. lupa pulak. tapi movie yang aku copy dari diorang, aku dah habis tengok. so, tinggal la movie dalam hard disk sendiri ja yang belum ditengok. haishh, macam malas pulak nak tengok movie dari hard disk sendiri. sebab hari-hari bukak tengok tajuk yang sama. arghh bosan ! nanti-nantilah aku tengok cerita-cerita itu. bila tiba saat-saat yang aku tidak dapat menggunakan kemudahan internet. masa itu, koleksi movie itu memang sangat berguna. terima kasih hard disk ! (ucap siap-siap)

7. haa, yang ni paling best. hari-hari aku terpaksa perah otak fikir nak update status apa kat fesbuk. tiap kali aku taip status mestilahh tak dapat post. sebab panjang sangat. facebook bagi limit 420 patah perkataan ja? ish kedekut betul fesbuk tu. tak kasi chance langsung orang nak merepek panjang-panjang sikit. so terpaksa lah aku perah otak nak taip pendek-pendek je status tu. pastu mulalah kena wat shortform semacam dlm sms tu. haihh leceh kan. sekarang dah ada blog. haa amek kau !

8. last but not least, sebab shortform ! aku ni tak suka menaip mesej kat henfon. sbb kena short-short habis perkataan dia. tak best ! lepas tu kalau nak tekan huruf L (contoh), kena tekan button 5 tiga kali baru keluar huruf L. haishh leceh leceh. lain la kalau guna blackberry dan seangkatan dengannya kan. tapi aku tak suka. button dia kecik-kecik sangat. boleh rabun-rabun ayam aku tengok menda kecik-kecik nih. yang terbaek adalah menaip kat keyboard ! haa, puas hati kan. tak payah guna shortform sampai orang pun tak paham. tak payah tekan banyak-banyak kali keypad untuk taip satu-satu huruf. ya ! itulah untungnya ada blog ! betul. tak tipu ni. serius.

maka dengan itu, kukuh la alasan aku untuk buat blog. siapa-siapa yang mengalami simptom yang serupa dengan aku, ha tunggu apa lagi? jom buat blog sama-sama pastu jadi follower aku. aiceh ! sempat lagi promote.

aku akhiri entri aku nih dengan serangkap pantun. aku reka sendiri tau. tak men la kopipeh. betoi tak tipu. dengaq naa.

buah durian jatuh ataih pagaq,
p amek parang tolong kopekkan,
saya buat belog baru nak belajaq,
kalau silap tolong ler tunjukkan.
ek? ek?
(*_*)
*sekali lagi mata bersinar-sinar seperti Himawari*

sekian.

Kembali

Pabila diri semakin dewasa, Pabila banyak perkara perlu diutama, Pabila masa mencemburui dunia, Pabila jiwa tak sentiasa muda, Pabil...