Monday, June 6, 2011

nukilan, kilanan dan terkilan

Harapan demi harapan.
Mengharapkan sesuatu perubahan.
Kata-kata yang meyakinkan.
Menghilangkan syak wasangka.
Cuba untuk menerima.
Apalah salahnya bersabar seketika cuma.
Penerimaan seikhlas hati.
Agar semuanya kembali.
Ku sangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari.
Dia tidak pernah berubah.
Malah tetap dengan sikapnya yang tidak gah.
Seperti biasa, tidak mahu mengalah.

Kekecewaan demi kekecewaan.
Hanya dapat disampaikan menerusi penulisan.
Sebuah harapan yang tidak kesampaian.
Perihal seorang insan.
Yang sikap negatifnya tidak pernah ada kesudahan.
Aku sungguh terkilan.

Sekian.

Kembali

Pabila diri semakin dewasa, Pabila banyak perkara perlu diutama, Pabila masa mencemburui dunia, Pabila jiwa tak sentiasa muda, Pabil...