fuh fuh tiup sikit. dah berhabuk blog aku tak hapdet dekat dua minggu. banyak menda nak storimori. tapi akibat bz melampau mengalahkan Agong, jadi terpaksa la pospon hapdet. bila dh pospon nih, idea pon mulalah terbang merata. haipp, oh idea, sila kembali kepangkuanku. huu~
cuti sem selama seminggu kali ni sangat penat, sangat best dan sangat enjoy ! aku join Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) UPM. kali ni buat kat Hotel Impian Morib. woahoo, lima hari dok hotel beb ! mana tak gemok aku makan enam kali sehari. gilakk gilakk ! haa pasal kursus tu nanti aku cerita kat entri len. banyak menda nak share woo ! siyes tak rugi join kursus tu. lepas aku cerita nanti, sapa yang belum pernah pegi, silalah join KAKS uni masing-masing yah !
balik dari KAKS, aku berehat sehari kat umah. then esoknya bertolak g penang. tujuan asal nak ziarah kubur arwah kat sana. pastu nak balik. kononnya lahh ! skali pegi pusing satu pulau daa. apa lagi. lama tak pekena pasemboq ngan char kue teow punya pasai. bertapaklah kami mengharungi jem ke Padang Kota !
![]() |
| pasemboq penang ! |
![]() |
| perghh besaq gila udang ! |
![]() |
| sotong kangkung yang sedap ! |
![]() |
| sotong bakaq tak dan amek gambaq dah licin pinggan ! |
![]() |
| abc ni biasa-biasa saja. tak tangkap leleh pon ! |
hah amek kau. sorang-sorang balun sampai tak ingat dunia ! moncet sudah perut. kalau cucuk ngn jarum, sahih bunyi "puptt". nak tau bunyi apa? lu pikirlah sendiri. kerana nak mengejaq nikmat dunia, semua pantang di campak tepi. akibatnya, aku dan kakakku merana kegatalan akibat allergik seafood. pehh ! potong nikmat betul !
![]() |
| eh apesal tiba-tiba nmpk cm kembaq? |
esoknya pulak, berjimba di bandaraya Ipoh pulakk. dari Bangunan KTM ke Lost World of Tambun ke Taman Rekreasi Gunung Lang. malamnya menyentap Ayam Penyet ! akibatnya, sorang-sorang jadi senget selepas dipenyet. ha ha ha ! (juga akan dihapdet kemudian)
![]() |
| model bangunan KTM |
![]() |
| model Lost World of Tambun |
ohhh baru kusedar. aku nak cakap apa sebenarnya nih? apa kaitan tajuk ngn entri aku? hemoih hemoih. grr =.="
ok dua bulan merujuk kepada usia blog haku ! hari ni sudah dua bulan dua hari. selama dua bulan dua hari, aku telah merepek 16 entri. selama aku merepek, ada 85 orang pengikut aku. so aku nak tanya, adakah pencapaian ini bagus untuk aku meneruskan repekan aku? atau lebih baik aku duduk bersila dalam bilik senyap-senyap then kunyah kerepek sorang-sorang? manakah yang lebih baik? jawapan anda inspirasi kami. har har har
sekian.









