CHOCOLATE CHIP COOKIES
bahan-bahan :
250 gram mentega
115 gram gula halus
110 gram gula perang
1 biji telur
450 gram tepung gandum (nak campur dengan tepung jagung pun boleh. lagi rangup)
3 sudu besar cocoa powder
1 sudu kecil soda bikarbonat / baking powder (mana-mana pun boleh)
100-150 gram chocolate chips (ikut suka nak letak banyak mana. lagi banyak lagi sodap. kikiki)
100-250 gram gajus dipanggang dan dicincang halus (nak gantikan dgn badam pun boleh. ikut selera masing-masing la. tapi aku letak 100g je gajus sbb tak suka kacang sgt then aku lebihkan cokelat chip. hehe)
cara membuatnya :
1. pukul mentega, gula halus dan gula perang sehingga kembang.
2. masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.
3. masukkan tepung gandum+soda+serbuk koko yang telah diayak sedikit demi sedikit. gaul sehingga rata.
4. masukkan cokelat chip dan gajus yang dicincang halus. kacau lagi sehingga adunan sebati.
![]() |
adunan chocolate chips dan gajus dah sebati |
![]() |
zoom adunan chocolate chips ni. terliur tak? kikiki ;P |
5. buat bulat kecik-kecik then tekan dengan garfu atau gunalah acuan bulat (kalau ada). nak buat besar-besar pun takpa, tapi nanti dapat sikit jelah. hehe.
6. bakar dalam oven pada suhu 160˚C selama 15 minit. biarkan sejuk pada suhu bilik. nanti biskut akan mengeras dan rangup. then masukkan la dalam bekas kedap udara.
yay ! dah siapp ! boleh dimakan begitu saja. tah-tah tak sempat raya dah tinggal bekas kosong. keje aku la tuu dok mengunyah malam-malam. ngee ;D
resipi asal dapat kat SINI. tenkiu kak nadia, tuan punya resipi. memang sedapp resipi dia ni. lepas baca komen-komen kat situ lah buat aku tak sabar nak mencuba, hehe. macam-macam cadangan lain jugak yang ada dekat situ. nak tahu? sila terjahh. hehe ^^
resipi asal untuk 100 biji je. disebabkan aku terlebih rajin membulatkannya kecik-kecik molek, so dapat la 230 biji biskut. tapi cincai kira 200 biji jelah ye. selebihnya tu dah selamat masuk perut aku. kihkihkih ;p
selamat mencubaa ^____^
sekian.
9 comments:
wahhhh.. boleh try nih
aiyak.. sedapnye...
terliur!!
hantar kat rumah. masehhhh. ;p
@meeranamera
hehe cubalahh ^^
@zainul zaki
memang sedapp ! hehe ;D
@zella y
tengok gambar je pun terliur kann? hihi
@specsy
rumah mana nak hantar? kl? johor? hahaha
salam, nice blog, nice recipes..sudi2 lah visit our blog ye :)
Post a Comment