Sunday, August 14, 2011

#2 resipi : Semperit Marble

semalam, dah buat Cornflakes Madu. hari ni berhajat nak buat dua biskut raya. tapi nampak gayanya macam larat buat satu je hari ni. sebabnya? nantilah aku cerita kat bawah ni. harap-harap malam ni aku diberi kerajinan la untuk buat lagi satu. nak tau biskut apa pulak lepas ni? stay tuned ! ahahha macam rancangan tv lak aihh =.="

bulan ni aku cam rajin sikit nak hapdet belog haku yang dah lama bersemak samun nih. (eh yeke rajin? haha) memandangkan tuan belognya mahu raya, belog ni pun kena raya jugaklahh. mana tahu kan kalau-kalau murah rezeki raya tahun ni, belognya pulak yang dapat duit raya lebih. almaklumlah tuan belog dah besar, sapa laa nak bagi duit raya lagi kann. tskk T__T

belog nak raya, kena la kemas kan sikit-sikit belog ni. ye dak? first sekali kena tebas segala semak samun dulu. then baru lahh cat sikit-sikit apa yang patut. tambah perabot baru sikit ke? buleh dak? *semangat betei* haha :P

then bila rumah (belog) dah cantik, kena la masak (entri) sedap-sedap. barulah boleh jemput tetamu (readers) datang beraya makan kat rumah. ye dak? takkan la nak hidang air teh cicah biskut hup seng je. sapa nak datang raya rumah aku kalau camtu kann. sobss

so, aku bercadang, nak update entri pasal resipi kuih-kuih raya yang aku buat tahun ni. sekadar berkongsi. kalau sesape yang baca then terasa macam menarik n berminat, sila lah cuba. tapi kalau rasa resipi ni tak best n ada resipi lain yang lagi best, kongsi-kongsi la jugakk link/resipi tu ye? sharing is caring kann? ^^

ok, so resipi hari ini ialah SEMPERIT MARBLE.

bahan-bahannya :
200 gram mentega
180 gram gula aising
1 biji kuning telur
2 sudu kecil esen vanila
100 gram tepung jagung
30 gram kelapa kering
1 sudu kecil coklat emulco
sedikit ceri merah sebagai hiasan (tapi aku guna manik bentuk love warna-warni. lagi cantek. ngee)


cara membuatnya :
1. pukul mentega dengan gula aising sehingga kembang. kemudian, masukkan kuning telur dan esen vanila. pukul lagi. setelah rata, masukkan tepung jagung serta tepung gandum. kacau adunan hingga sebati.


2. adunan ini dibiar lembut. bahagikan adunan kepada  ¼ dan ¾ bahagian.



3. bahagian ¼ adunan di campurkan dengan kelapa kering. (kena pandai-pandai agak ye. tapi aku cadangkan jangan tabur semua terus kelapa kering macam aku buat tu. lebih elok korang masukkan sikit-sikit sambil gaul rata. jangan biarkan adunan keras sangat. nanti susah nak picit adunan keluar dari piping bag) 



4. adunan yang selebihnya (¾  bahagian) digaulkan dengan coklat emulco. gaul sehingga rata.



¼ adunan kelapa kering &  ¾ adunan coklat emulco
5. masukkan adunan coklat emulco dalam piping bag (guna nozel samperit) dan picit membulat.




6. kemudian masukkan pula adunan kelapa dalam piping bag (guna nozel samperit juga) dan picit atas adunan coklat.


7. hias Semperit Marble anda dengan ceri merah atau manik. bakar dalam ketuhar pada suhu 180˚C selama 15-20 minit.






yay ! dah siap pun. comel tak Semperit Marble ni? comel kan? comel kan? hehe. (sebenarnya comot. nak sedapkan hati. tskk T__T)

actually, resipi ni Puan Dilah yang teringin n nak sangat buat masa dok membelek koleksi buku resipi dia tuu minggu lepas. nampak mcm leceh. time tu aku tengok sebelah mata je resipi ni. sebab, keje aku la kann nak kena membuatnya tu nanti. haha.

sekali buat tadi, agak leceh la. sebab salah aku jugak. g tuang kelapa kering tu semua sekali baru gaul. so adunan kelapa kering tu agak keras sikit. susah nak picit. macam-macam nozel semperit dah cuba tukar tadi, yang kecik, yang senget, yang besar, semua tak menjadi-jadi jugak bentukknya. haha. last-last adjust sikit adunan tu. then barulah menjadi. agak lama la buat kuih raya hari ni. start pukul 1.30pm tadi. 4.30pm baru siap semua-semuaa. perghh agak penat la. terus tak larat nak buat kuih satu lagi. sakit pinggang woo ;P

bukak puasa tadi terus rasa. nasib baik sodap ! berbaloi-baloi la penat buat tadi. haha. sebenarnya tak leceh pun, kena pandai agak la untuk adunan kelapa tu. kalau nak senang, blend je kasi hancur kelapa tu. tak la keras sangat nanti. kalau tak suka kelapa, tak payah letak lagi senang. sodap jugak nanti. ikut selera masing-masing la ye ;)

selamat mencuba ^__^

sekian.

12 comments:

Aleen Aiden said...

woahh..terenye....nnt anta umah sewa akak sebalang k! ^_*

zuliAzwar said...

boleh tahan...tp, bab2 nk buat kuih nie sy x pro...sy tak bole kata sedap sbb tak rasa lagi...hehe...nak semprit dulu...hikhik^^

Liefde Ain said...

rajin nye buat kuih raye =)

miZz_nizZ said...

nk rse sket husna!hehe.kalo sdap leh tlg pomot.leh wt biz ni!hehe.blog nk rye jugak kn?nnt rye updte jugakye=)

Norasikin said...

Bagus. Ada inisiatif penyelesaikan masalah. Saya suka org macam ni

zainul zaki said...

leh tahan..

Husna Lana said...

@aleen aiden
hahaha nak sebalang je ke? *tgh rajin ni* ;P

Husna Lana said...

@zuliAzwar
insyaAllah. doakan tak habis la kalau sy bwk balik kolej nnt ;p

Husna Lana said...

@Liefde Ain
hehe sbb bosan dok umah tak buat pape :)

Husna Lana said...

@miZz_nizZ
boleh2. meh rasa. nnt tlg pomot kt kwn2 eh? ada rezeki boleh buat bisnes. hehe. ok insyaAllah :)

Husna Lana said...

@Norasikin
terima kasih cikgu :)

Husna Lana said...

@zainul zaki
thanks :)

Kembali

Pabila diri semakin dewasa, Pabila banyak perkara perlu diutama, Pabila masa mencemburui dunia, Pabila jiwa tak sentiasa muda, Pabil...