Wednesday, August 24, 2011

#6 resipi : Biskut Almond London

dua versi biskut Almond London

Almond London? perghh feveret tuu. sape tak kenal biskut Almond London memang tak amarekaaa lahh orang tuu. hehe. antara biskut yang famous amos kot Almond London ni. macam tak lengkap koleksi biskut raya kat rumah kalau takdak Almond London ni. betul tak betul tak? ngee ;D

raya-raya sebelum ni, biasanya aku beli je biskut Almond London ni. tapi memandangkan tahun ni semua biskut raya akan dibuat (ya, aku sangat rajin untuk buat biskut raya tahun ni. cuti empat bulan sangatlah rugi kalau tidak dimanfaatkan sebaiknya. kehkehkeh) so aku cuba la cari-cari resipi biskut Almond London yang nampak sedap dan senang dibuat. sebab dua tahun lepas, Puan Dilah pernah cuba buat biskut ni. tapi resipi tu tak sedap. biskutnya keras. tskk =.="

setelah menilik, meneleng dan membanding beberapa resipi, aku macam berminat nak cuba resipi biskut Almond London yang Kak Rai buat dekat blog Sweet Vanilla. siap ada tutorial lagi untuk membuatnya. sapa-sapa yang berminat nak tengok tutorial nak buat biskut ni, bolehlah tengok dekat SINI ye. atau resipi asalnya diambil dari SINI. tenkiu kepada kak Rai dan pemilik resipi ^^

oleh sebab kat rumah ni tak cukup bahan-bahan mengikut resipi asal, so aku buat sikit inovasi terhadap resipi itu. kihkihkih. bajet pro je aku nih. haha. tapi still sedap woo. so terpulanglah kat korang nak ikut resipi aku, atau resipi asal. agak-agak kalau tak cukup bahan macam kes aku nih, bolehlah guna resipi aku. ye dak? hehe ;p


bahan-bahan yang aku guna  : 
250 gram planta (guna butter is better. hehe)
100 gram gula aising
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila (aku tambah. resipi asal tak masukkan)
250 gram tepung gandum
100 gram tepung jagung
50 gram bijirin oat (dikisar halus) (resipi asal guna nestum. kalau ada nestum, guna la nestum. tapi oat pun sedap ^^)
100-150 biji badam (dipanggang)
badam cincang/gula manik warna warni secukupnya sebagai hiasan
acuan kertas/papercup secukupnya (prepare dalam 100-150)

untuk lapisan coklat (guna teknik double boiler) : 
400 gram coklat masakan
1½ sudu besar marjerin planta/minyak masak (kalau ada minyak jagung, lebih bagus ^^)
1 sudu kecil coklat emulco (supaya warna coklat lebih pekat)
sedikit susu cair (supaya coklat tak cepat mengeras lepas dah dicairkan)

cara-cara membuatnya? boleh rujuk SINI ye. hehehe 


aku buat biskut Almond London dua versi. satu berbadam ditengah. satu lagi tanpa badam. yang tanpa badam ni sesuai dimakan untuk orang seperti aku yang alah dengan kacang. migrain punya pasal daa =.="

Almond London yang berbadam di tengah, juga berbadam di atas. hehe

Almond London yang tiada badam di tengah,bergula manik di atas. hehe

jujur aku cakap, dalam banyak-banyak biskut raya yang aku pernah buat, biskut Almond London ni laaaaa yang paling leceh dan banyak menguji kesabaran di bulan puasa ini. hehe. leceh part nak celup-celup coklat tu la. time rajin, aku celup semua permukaan biskut tu. time tak berapa nak rajin, separuh ajelah coklat yang meliputi biskut itu. kihkih. kerana kau feveret aku wahai Almond London, aku gagahkan juga menyiapkan kauu. yeayy, akhirnya siap jugak kau dan telah selamat memasuki perut aku. nyummy ! :D

selamat mencubaaaaaaaaaaaaa ^__________^

sekian.

4 comments:

Syarni Farida said...

hamboi rajin gila hg ;D

Husna Lana said...

@Miss S.F.S
cuti lama sgt punya pasal. haha :D

cik heroin said...

amboi sedapnya!
selamat hri rya bdk jenan ! ^^

Sallehudin Mohamad said...

cmne nak wat kuih siput tau tak... done follow u!!

Kembali

Pabila diri semakin dewasa, Pabila banyak perkara perlu diutama, Pabila masa mencemburui dunia, Pabila jiwa tak sentiasa muda, Pabil...