#1 resipi : cornflakes madu

hari aku bangun awal semata-mata nak start buah kuih raya. haha semangat betei aku. siap post kat fesbuk. then seperti yang aku jangka akan ada la soalan-soalan yang berbunyi seperti dibawah.
"hari ni baru pose ke-13,,da buat kuih raya? gila awal la..."

aku tau mesti ramai yang pelik gila dengar aku buat kuih raya seawal ni. puasa pun tak sampai separuh bulan lagi dah semangat raya. haha. so ni antara reasons kenapa aku buat kuih raya awal-awal.

1. Puan Dilah dah bising. asyik online je doplohpat jam. haha

2. buat awal-awal senang. nanti dekat-dekat raya tinggal nak cuci rumah, mengemas, pasang langsir, masak rendang dll. tak la kelam kabut sangat nanti.

3. famili ni kecik je. sekarang rumah ni dihuni oleh 3 orang. Tuan Syed, Puan Dilah n aku. si Huda Luna tu tak sure lagi dapat balik ke tidakk. tenaga kerja tak ramai. kejak lagi, aku lah tukang masak, aku lah tukang kemas, aku lah tukang pasang langsir. aku lah SUPERMAK ! haha *memang gini pon keadaan setiap tahun T__T*

4. kuih raya tahun ni semua nak buat je. takde yang beli. so perlukan banyak masa la nak membuatnya.


so cukup lah ye reasons aku buat kuih raya awal-awal? nanti orang tanya lagi, aku malas nak jawab. grr =.="


untuk first kuih raya tahun ni, memang nak mulakan dengan yang simple-simple dulu. bagi ada feel eksaited nak buat kuih raya. kang start dengan yang susah-susah dulu kang, maunya aku fed-up, terus tak jalan keje. apa pun tarak nanti. raya dengan biskut hup seng ajo lah ye? kehkeh ;P


moh kite nengok resipi dan hasilnyaaa ^___^


RESIPI CORNFLAKES MADU


bahan-bahan
250 gram cornflakes + kacang tanah/kismis/ceri (aku tambah kismis je sebab aku tak suka kacang. hehe. so ikut selera masing-masing ye)
2 sudu besar madu
3 sudu besar golden syrup
1 senduk gula pasir
1 senduk marjerin
gula manik/ceri/choc rice dsb sebagai hiasan (ikut kreativiti)
acuan kertas secukupnya (adunan ni boleh dapat ±120 biji)

cara membuatnya :


1. satukan marjerin, gula pasir, golden syrup dan madu dalam periuk. panaskan atas api kecil/sederhana. biarkan bahan-bahan larut. tutup api.


2. gaulkan cornflakes dengan bahan tambahan yang korang nak letak tadi dalam satu bekas. biar rata.


3. tuangkan bahan-bahan yang dah larut itu tadi ke dalam bekas yang berisi cornflakes. gaul sehingga sebati.



4. masukkan cornflakes ke dalam acuan kertas dengan menggunakan sudu. hias cornflakes anda mengikut kreativiti masing-masing.


5. bakar di dalam ketuhar bersuhu 160˚C selama 5-8 minit. (jangan sampai garing sangat. nanti tak cantik. hehe)

6. keluarkan dari oven. sejukkan pada suhu bilik. biarkan cornflakes madu anda mengeras dengan sendirinya.



7. dah siap dah ! boleh masukkan dalam bekas kedap udara. susun cantik-cantik. sorok bekas kuih ni jauh-jauh. nanti nak raya tinggal bekas kosong je kalau dok ada depan mata. kikiki :P



serius resipi ni sedap. dah rasa masa bukak puasa tadi. kalau tak percaya, cubalahh sendiri ^___^

kredit to kak Rai. banyak tengok resipi from her blog. feel free to visit her blog ya. anda pasti kagum ! seorang bakal doctor yang berminat nak jadi chef sebenarnya. comel gilaaa orangnyaa. untungg bakal suami. yang penting, kak Rai ni budak KMK jugak. *okeh tumpang bangga* haha ;D

selamat mencuba ! ^ ____^

sekian.

Comments

Farhana Jafri said…
weee~!! nak sebalang!! hahaha.. mnggu dpan bru blik umah, so, hal2 kuih ni mak yang wt.. hik3
blackrosehunter said…
aku dh lama tahu ko supermak n hebat n bla2~...apa kata pos laju kt aku sebekas..hehehe..leh jugak aku tumpang merasa chef baru ni..kecoh kt fb..hahaha
Liefde Ain said…
wahhh! ain pon teringin laa nk buat tahun ni, da plan dgn mak, tp xtahu lg jadi buat ke tak =)
Husna Lana said…
@Farhana Jafri
hehe balik nanti cuba la buat. senang je. sodop woo. :p
Husna Lana said…
@blackrosehunter
amboii, bermotif ye ko bodek. kikiki. meh laa raya rumah. nak tapau sebalang terus pon boleh. HAHA ;D

Kecoh sgt eh? haha
Husna Lana said…
@Liefde Ain
hehe buat la ain. senang je ni. cuba laa nnt tau ;))
Raihanna said…
salam adik syg...
terima kasih sebab sudi mencuba...
cantik kuih yg adik buat ni..rasanya pun mesti sedap... salam perkenalan dik dr akak.. nice to know u :)

Popular posts from this blog

#7 resipi : Kek Batik Marie with telur & without telur

#6 resipi : Biskut Almond London