Friday, August 19, 2011

#4 resipi : Biskut Sarang Semut

BISKUT SARANG SEMUT

BAHAN-BAHAN :
250 gram mentega
100 gram gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu kecil pewarna kuning
350 gram tepung gandum (diayak)
100 gram tepung jagung (diayak)
chocolate rice sebagai hiasan
acuan kertas secukupnya (adunan ni boleh dpt ±80 biji)


CARA MEMBUATNYA :
1. pukul mentega dan gula sehingga kembang.


2. masukkan kuning telur, esen vanila dan pewarna kuning. pukul lagi.
3. masukkan tepung gandum dan tepung jagung. gaul rata hingga adunan sebati.

 

4. parutkan adunan ke dalam bekas lain. (ada jugak tips yang cakap better masukkan dalam peti sejuk selama 10-15 minit dulu sebelum diparut. supaya sarang semutnya lebih cantik. tapi aku terus parut je. nak cepat. hehe)

beginilah rupanya selepas diparut. patut la namanya sarang semut kan? ;p

5. sediakan acuan kertas dan masukkan 'sarang semut' itu tadi ke dalam papercup tersebut. guna sudu aje. hehe



6. then,taburlah chocolate rice sebagai hiasan. mula-mula aku tabur banyak-banyak chocolate rice tu. sukaaaa tengok 'semut-semut' yang banyak atas 'sarang'. sekali Puan Dilah marah daa. so, terpaksalah aku letak ala-kadar-secukup-rasa je cokelat rice tuu. sobss T__T


7. bakar dalam ketuhar pada suhu 180˚C selama 15 minit. tapi takda la exactly 15 minit tu. agak-agak dah masak tu, angkat laa. nanti biar lama-lama hangus pulak. kang tak jadi sarang semut, jadi sarang tebuan pulak daa. kehkeh ;p


tadaaa ! dah siappp ! senang je kann? terliur tak tengok gambar kat atas ni? haipp, jangan tenung lama-lama, nanti batal puasa. kihkihkih :p

ramai yang mintak aku pos kat diorang. nak aku pos kat sesorang, memang tak dapek la den nak nolongnye haa. den bukannyo buek bisnes. haa, ce teraiii buat? sonang ajo. tak susah pun buek sekut ni haa. cubolah sendirii yo ^^

tapi, aku nak suggest kat korang-korang yang nak cuba-try-test buat biskut ni haa, better masukkan dalam peti sejuk dulu sebelum diparut tauu. mungkin lagi cantik sarang tu nanti. aku buat ni comot-comot je. sobss T__T

tapi yang aku boleh gerenti, resipi ni sangat-sangat sedappp ! gebusss-gebusss gittewwww sekutnyaa. wahhh ;D

resipi ni di ambil kat SINI. tenkiuu kak hasue dan tuan asal punya resipi ^^

selamat mencuba yeeee ^^

sekian.

4 comments:

sufian.ghaffar said...

saya sangat suke kuih rayer ni... tq sbb share resepi... tak tau sempat ke tak... nak suruh ibu sy buat hehehe

Nur Yana said...

parut tuh cmner husna? kah3x.. nk wat la iskut nieh ngn biskut cornflakes madu. nmpk mudah ckit. yg lain nmpk leceh la. as pau resepi ok.

Husna Lana said...

@sufian.ghaffar
welcome. sempat lagi. cubalah buat. hehe :)

Husna Lana said...

@Nur Yana
parut je adunan tu guna pemarut. sbb tu beter letak dlm peti sejuk dulu kot. bg adunan mengeras sikit? tah. tp husna terus parut je. haha. sila2. nanti boleh rasa versi as pulak. hee :)