#5 resipi : Moist Chocolate Cake (kukus)



MOIST CHOCOLATE CAKE
BAHAN_BAHAN :

bahan A
1 cawan minyak masak/mentega cair
1 cawan gula kastor
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
½ cawan susu pekat manis
(aku letak 1 sudu besar je susu pekat taknak manis sangat. tapi aku lebihkan gula kastor satu sudu besar. hehe)

bahan B (diayak bersama)
1¼ cawan tepung gandum (aku letak 1 cawan tepung gandum + ¼ cawan tepung naik sendiri)
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik

bahan C
3 biji telur

Hiasan Lapisan Coklat
250 gram coklat masakan
1 sudu besar marjerin
130 ml double/whipping cream (krim putar)
gula halus secukup rasa (aku letak 1 sudu besar. kalau taknak manis sangat, letak 1 sudu kecil je. ikut selera masing-masing ye. ehehe)

CARA-CARA : 
1. masukkan semua bahan A dalam periuk dan panaskan sehingga gula larut. tutup dan sejukkan.


2. putar bahan C hingga kembang.


telur dah kembang+gebu gituu

3. campurkan bahan A dan bahan C. kacau sehingga rata.



4. masukkan bahan B sedikit demi sedikit ke dalam bahan A+C tadi. kacau sehingga rata.



5. masukkan adunan ke dalam acuan kek yang dilapis dengan kertas timah/aluminium dan kukus selama satu jam sehingga masak.


yay ! kek coklat dah masak ! ^^
keluarkan kek coklat dari acuan kek.

6. cairkan coklat dan gula menggunakan teknik double boiler. alihkan dari api. masukkan marjerin dan krim putar dan gaul hingga sebati. curahkan ke atas kek dan ratakan.


dah siap ratakan. comot-momot kann? hehe


bersihkan segala comot-momot itu. dan hiaslah kek anda ikut kreativiti masing. ni simple aje. tabur gula manik warna-warni. comel gituu. hehe



tadaaaaa ! dah boleh masuk perut ! nyummyyyy ! sedappp ! nak simpan dalam peti sejuk dulu pun boleh. selamat mencubaa ^__^

sekian.

Comments

Norasikin said…
Segala proses buat kek ada gambar. Tp mana gambar proses memakan? nak tgok gak rupa kek lepas potong
Husna Lana said…
@Norasikin
hehe gambar potong n makan takde la cikgu. sbb kek ni dibuat utk bg kat org. so takde la gambarnya :)
aleen aiden said…
pergh3,adik tembam nnt kite kuar dating lg dgn pikapie,adik tembam bawak choc mosit utk akak somel ye?hi3 :P
Husna Lana said…
@aleen aiden
alaa akak somel! kat kl sy dok hostel laa. mana ada pekakas nak buat kek. wuu T__T
jijie lah said…
Jijie dh try

http://jijielah.blogspot.com/2012/02/mini-chocolate-cupcake-by-me.html

Popular posts from this blog

#7 resipi : Kek Batik Marie with telur & without telur

#6 resipi : Biskut Almond London

#1 resipi : cornflakes madu