Showing posts with label laptop. Show all posts
Showing posts with label laptop. Show all posts

Sunday, January 23, 2011

i'm alone without you !

keh keh keh. nak tergelak tengok tajuk entri sendiri. woahoo. ada rasa geli-geli tekak tak? uhuk uhuk mesti la ada ! tekak aku terasa bagai digeletek. geli + gatal gilaaa ! macam mana nak garu? uhuk uhuk dah berminggu-minggu aku asyik batuk-batuk je. uhuk uhuk lagi dan lagi. T__T

okeh abaikan pasal isu batuk. walaupun sambil menaip aku terbatuk-batuk, uhuk uhuk tapi tak mengapa, perjuangan ini harus diteruskan juga. eksaiteddd ni weh nak berjiwang ! kah kah kah

seminggu. seminggu aku berjauhan dengan si dia. terasa dunia ini kosong gila . terasa dunia ini tak bermaya tanpa si dia disisi. terasa dunia ini seperti, ohh kelamnya ! Gua Kelam pun tak sekelam hidup aku. sebab dalam Gua Kelam tu ada lampu. keh keh keh. 
Gua Kelam Perlis Malaysia
sungguh weh ! seminggu aku rasa hidup aku bagai tiada erti pabila si dia menunjukkan beberapa simptom bahawa dia telah diserangi satu penyakit yang aneh. mahu tak mahu, aku terpaksa menghantarnya ke hospital. setibanya di hospital, si dia terus dimasukkan ke ICU dan ditahan wad selama seminggu ! selama seminggu aku terpaksa berjauhan dengan si dia. wuuu sobss T__T

si dia yang aku maksudkan ialah ........
yaa ! itu diaaa kekasih hatikuu. tanpa dia aku sangat sunyi ! dah la floor aku ni sunyi gila. dah takdak orang nak hu-ha hu-ha. dah la rumet (baca : roommate) aku selalu balik. mentang-mentang la rumah dekat je. sampai hati yu tinggalkan ai tauu T__T . dah la banyak gila kerja-kerja yang perlu aku guna laptop. menaip dokumen-dokumen untuk hi-dinner kolej aku nanti. 

yang paling penting, tanpanya, aku tak boleh berblogging ! tak boleh layan movie ! so, masa terluang aku selama seminggu yang lalu terbuang begitu sahaja dengan aktiviti-aktiviti bergosip dan berjalan-jalan ! harharhar

sekarang, si dia ini sudah sihat ! sudah keluar dari wad Acer Service Centre semalam. wah, memang bergunalah warranty 3 tahun ! selamat duit aku ! kihkihkih. 

" wahai laptopku sayang, jasamu selama 2 tahun 2 bulan ini akan ku kenang sampai bila-bila. ku berharap agar kau sentiasa dalam keadaan baik-baik saja untuk tahun-tahun mendatang. silalah beroperasi dengan baik ya selepas ini. terima kasih sayang ! "

notajari : selama tak online ni, banyak dapat tag. tenkiuu pada sesiapa yang tag aku. insyaAllah kalau diberi kerajinan, aku akan buat tag-tag itu. hihihi :)

sekian.

Monday, January 3, 2011

laptop berperisa cokelat !

aku rasa sekali pandang keyboard laptop aku macam ni lahh ! nyummy !
tapi bila dua kali pandang, macam ni pulak. isk !
yang aku pelik apesal semut banyak sangat berkeliaran kat laptop aku. nak kata laptop aku rupanya begini, tidak pulak. ishh !
err, kalaulah laptop aku benar-benar begini rupanya, alamat sehari pun boleh habis. burpp ! Alhamdulillah ^^

yang jadi masalah sekarang, atas meja aku takda pun tumpah benda manis-manis. yang ada cumalah stok-stok 'barang dapur' aku je. tapi apesal semut-semut ni tak serang stok-stok manis itu? dah bertukar selera kah mereka? pelik.

korang tak payah telek plak gambar ni. mmg tak nampak la
semut halus tu.

"punya la banyak pilihan dalam raga tu, laptop aku jugak kau nak serang ye cik semut? takpe, takpe, kalau aku TERbunuh kau, anggap la aku tak sengaja. semoga roh kau bersemadi dengan aman disana ya."

*alahai buruk gilak meja haku ! penat-penat je balut comei-comei sem lepas. sekali balik sem ni, sudah hilang daa segala pembalut meja haku. tsk sadih betol ! mereka kejammm ! sampai hati buang alas meja aku yang comei-comei itu. wuu T__T *

sekian.

Kembali

Pabila diri semakin dewasa, Pabila banyak perkara perlu diutama, Pabila masa mencemburui dunia, Pabila jiwa tak sentiasa muda, Pabil...