Showing posts with label tag. Show all posts
Showing posts with label tag. Show all posts

Tuesday, January 25, 2011

Kontest Blog Paling Comel : Nurul Nabiela

err, apa aku nak tulih nih? ketaq tangan aku nak menaip. nervous pun ada ! tiba-tiba teringat kekalutan masa final exam zaman matrik aku nak jawab paper math. punya parkinson tangan aku nak menulih jawapan. gara-gara pengawas peperiksaan yang tak cool sergah aku.

" masa menjawab tinggal lagi sepuluh minit "

hapaa? saploh minit? ada tiga pat soklan lagi aku belum sentuh kot. aku kalut. cuba berjuang hingga ke detik jarum saat terakhir. cuak gabra masa tu tak payah bayangkanlahh. sampai tengok tulisan sendiri pun macam tak percaya. cantik sangat weh tulisan aku masa parkinson tuh ! kah kah kah

so sekarang, tahap ketaq tangan aku nak menaip, lebih kurang macam cerita di atas. malah lebih dahsyat aku rasa ! harap-harap typo aku tak terkesan di sini.

aku telah di tag oleh FarhanaFabulous. masehh dear ! CONTEST BLOG PALING COMEL. err, dah cukup comel ke blog aku untuk join contest nih? *garu pala*


syarat-syaratnya

 warga negara MALAYSIA .
ofkos lah ! nah tengok ic ! :D

 semua jantina diterima
err kalau nyah ke peng ke? kikiki

 ada blog! takder blog .. ditolak !
hade, hade. baru buat bulan lepas. kihkihkih

 kena follow blog aku.. tak nak follow takper.. tak der paksaan :)
ouhh haruslahh folo belog comel ini ! ^_^

 tag 4 orang rakan anda , yang anda yakin ley join


tarikh tutup

5.2.2011 ... itupun melebihi 100 orang penyertaan .


hadiah

DUIT menanti anda !

GOODLUCK SEMUAA ! :)


notajari : memandangkan ini first time aku join contest-contest nih, so aku nak buat speech sikit. nak cakap, tenkiu pada orang yang tag-tag aku. dan pada penganjur contest, ampun dan maaf dipinta andai haku tersalah format atau terbuat mana-mana kesalahan kecil yang lain. saya budak baru belajar *alasan* keh keh keh. lain-lain tag akan dibuat mengikut kerajinan.

sekian.

Sunday, January 23, 2011

i'm alone without you !

keh keh keh. nak tergelak tengok tajuk entri sendiri. woahoo. ada rasa geli-geli tekak tak? uhuk uhuk mesti la ada ! tekak aku terasa bagai digeletek. geli + gatal gilaaa ! macam mana nak garu? uhuk uhuk dah berminggu-minggu aku asyik batuk-batuk je. uhuk uhuk lagi dan lagi. T__T

okeh abaikan pasal isu batuk. walaupun sambil menaip aku terbatuk-batuk, uhuk uhuk tapi tak mengapa, perjuangan ini harus diteruskan juga. eksaiteddd ni weh nak berjiwang ! kah kah kah

seminggu. seminggu aku berjauhan dengan si dia. terasa dunia ini kosong gila . terasa dunia ini tak bermaya tanpa si dia disisi. terasa dunia ini seperti, ohh kelamnya ! Gua Kelam pun tak sekelam hidup aku. sebab dalam Gua Kelam tu ada lampu. keh keh keh. 
Gua Kelam Perlis Malaysia
sungguh weh ! seminggu aku rasa hidup aku bagai tiada erti pabila si dia menunjukkan beberapa simptom bahawa dia telah diserangi satu penyakit yang aneh. mahu tak mahu, aku terpaksa menghantarnya ke hospital. setibanya di hospital, si dia terus dimasukkan ke ICU dan ditahan wad selama seminggu ! selama seminggu aku terpaksa berjauhan dengan si dia. wuuu sobss T__T

si dia yang aku maksudkan ialah ........
yaa ! itu diaaa kekasih hatikuu. tanpa dia aku sangat sunyi ! dah la floor aku ni sunyi gila. dah takdak orang nak hu-ha hu-ha. dah la rumet (baca : roommate) aku selalu balik. mentang-mentang la rumah dekat je. sampai hati yu tinggalkan ai tauu T__T . dah la banyak gila kerja-kerja yang perlu aku guna laptop. menaip dokumen-dokumen untuk hi-dinner kolej aku nanti. 

yang paling penting, tanpanya, aku tak boleh berblogging ! tak boleh layan movie ! so, masa terluang aku selama seminggu yang lalu terbuang begitu sahaja dengan aktiviti-aktiviti bergosip dan berjalan-jalan ! harharhar

sekarang, si dia ini sudah sihat ! sudah keluar dari wad Acer Service Centre semalam. wah, memang bergunalah warranty 3 tahun ! selamat duit aku ! kihkihkih. 

" wahai laptopku sayang, jasamu selama 2 tahun 2 bulan ini akan ku kenang sampai bila-bila. ku berharap agar kau sentiasa dalam keadaan baik-baik saja untuk tahun-tahun mendatang. silalah beroperasi dengan baik ya selepas ini. terima kasih sayang ! "

notajari : selama tak online ni, banyak dapat tag. tenkiuu pada sesiapa yang tag aku. insyaAllah kalau diberi kerajinan, aku akan buat tag-tag itu. hihihi :)

sekian.

Kembali

Pabila diri semakin dewasa, Pabila banyak perkara perlu diutama, Pabila masa mencemburui dunia, Pabila jiwa tak sentiasa muda, Pabil...