Lupa nak screenshot design blog lama. Tiba-tiba gatal tangan edit design pilih yang paling simple dan save! Then, say goodbye pada template lama yang dulu-gigih-cari-tutorial-nak-make-up-blog-begitu-begini dan sekarang? One shot, semua lesap! Kah. Ok, tak apa. Dah dewasa kan? Jadi, blog pun haruslah berwajah dewasa sikit. Ye dak?
Moga momentum untuk menulis selepas ini semakin baiklah ye? Jangan hangat-hangat-taik-kuceng saja. Lulz.
Showing posts with label bebelan. Show all posts
Showing posts with label bebelan. Show all posts
Monday, November 24, 2014
Wednesday, April 27, 2011
penangan terhebat !
fuh ! baru boleh sign in blog. apesal tah sejak semalam internet mengong sangat. slow mengalahkan siput baby. baby betullah internet ni. *ok pengaruh Jozan*
ok nak stori. semalam (baca : isnin) aku ada tiga killer paper. berderet. gap pun sejam je. start jam 2 sampai 4 petang. pastu sambung 5 sampai 7 petang. lepas tu sambung lagi 8.30 smpai 10.30 malam. memang gila ! memang penat otak. tanpa rehat otak aku dipaksa bekerja. dah lama gila tak gunakan otak secara maksimum. memang penat sampai nak makan pun dah takda selera. memang penat sampai nak senyum pun dah tak boleh. memang penat sampai err sampai tak larat nak pergi mandi ! syhhh jangan cakap kuat-kuat. ahahhaa. hakikatnya memang penat gila la otak ! aku lebih rela dapat penat naik turun Broga saploh kali daripada dapat penat jawab tiga killer paper berderet-deret. hasilnya, malam tu aku tido awal gila. tepat pukul 12 malam aku dah tido. bangun? 12 tengah hari tadi ! hebat kan? boleh bayangkan betapa penatnya otak aku? tido 12 jam mengalahkan bayi. isk isk T___T
esok, ada lagi satu paper. tapi apa yang aku buat seharian nih? me'lagha' dengan facebook, twitter yang baru diregister tadi, melayan Sepah lalalitamplom. kenapa? sebab aku dah malas. penat-penat baca notes pun nanti keluar soalan aplikasi yang takda dalam notes. kena memerah otak jugak. soalan jenis esei pulak. memang esok kerja menggoreng la jawabnya. ha ha ha *sekarang bolehlah gelak, esok kang baru reti nak menanges tak dapat jawab* muahhahahaha gelak la puas-puas. =.="
esok paper ke4 aku. mula exam awal, sekaligus tiga paper. tapi habis nanti hari terakhir exam jugak. 8 mei baru habis. kesian. kesian. jadual exam sem ni la paling tak best. hai la badan, hai la nyawa. nasib nasib.
Ya Allah aku mohon kepadaMu, permudahkanlah segala urusanku pada esok hari. begitu juga dengan sahabat-sahabatku yang akan menduduki peperiksaan pada hari esok dan hari-hari berikutnya. Aminn ^_^
notakaki : mintak maaf kat semua rakan blogger. tak sempat nak blogwalking n balas komen kalian. bila betul-betul free nanti insyaAllah aku akan tunaikan janji aku melawat blog kalian.
sekian.
Wednesday, February 23, 2011
rindu nak update !
iskk tiap-tiap hari aku belek belog aku nih. suram dan sunyi je. dah lama tak blogwalking. dah lama tak balas blogwalking. nak merajinkan diri menghadap laptop lama-lama pun dah tak sempat. minggu ini sangat bz ! sangat-sangat ! banyak kerja, banyak esaimen, banyak program, banyak dinner. err, kalau lebih dari satu tu dah dikira banyak la kann?
hujung minggu ni ada dua dinner. hari jumaat, hi-dinner kos aku. hari ahad, hi-dinner kolej pulak. dua-dua dinner ni aku jadi biro cenderamata. aiseh, memang muka aku ni muka hadiah ke? dari sekolah dulu sampai lah sekarang asyik dapat kerja berkaitan cenderamata je. kalau tak cenderamata, mesti dpt biro perhiasan. iskk. tapi paling banyak jadi biro cenderamata lah ! hm tapi yang sedihnya masa birthday aku takde orang pun nak bagi aku hadiah. sob sob. reason : sebab birthday aku mesti masa cuti hujung tahun. so, macam mana nak celebrate. isk, ok fine ! sedih lagi. T__T
minggu ni minggu ketujuh. aku ada dua esaimen yang perlu dihantar dalam minggu ni. tapi alangkah bagusnya aku sebab satu esaimen pun belum siap lagi. sibuk dengan kerja-kerja amal yang perlu dilakukan. kerja amal disini bermaksud kerja atau tugas yang perlu diselesaikan untuk program di kolej mahupun fakulti. isk lagi skali.
ohh sebenarnya aku sangat penat. penat dan penat. tapi aku gigihkan jugak jejari aku untuk berlari di atas keyboard. aku mahu update belog ini ! walaupun ini entri cikai, tak bermanfaat dan hanya sebagai luahan rasa hati, ahh aku tak kira ! janji rinduku pada belog ini dapat rungkaikan. (eh, betul ke perkataan rungkaikan tu? main bedal je ayat tanpa berfikir aku menaip. isk lagi dan lagi)
hadoi, sudahlah. mata pun dah jadi kolam. berapa kali menguap tu tak payah kiralah. tah tah dah beribu anak jin cuba-cuba nak masuk mulut aku tadi. tapi nasib baiklah aku sempat beristigfar. haktuihh ludah balik jin-jin itu.
okeh mahu tidur. krohh krohh. zzzzz. tidur dengan lena dan bahagianya tanpa sedar bahawa esok ada satu lagi test yang sedang memanggil-manggil. phew~
sekian.
Thursday, February 17, 2011
aku bukan robot !
seperti dimaklumkan di atas, aku bukan robot. sekian.
*
*
*
*
*
*
*
tapi aku perlu menjadi robot sekarang. bagaimana? ada sesiapa boleh tolong beritahu aku bagaimanakah caranya untuk bertukar menjadi robot?
*
*
*
*
*
*
*
aku rasa tak perlu lah kot aku beri definisi apa itu robot. masing-masing dah besar panjang, dah tahu berfikir sendiri. kalau tak tau jugak definisi robot, silalah berjumpa dengan orang pakar iaitu pakcik Google.
*
*
*
*
*
*
*
okeh okeh. aku bagitau kenapa aku perlu jadi robot. kalau diberi pilihan, aku mahu jadi Doraemon. macam-macam adaaaa dalam poket dia. bahagia hidup Nobita kan. isk jeles.
jadi robot, semua kerja ditanggung beres. hanya tekan butang on, maka siaplah kerja. tapi jadi manusia? isk tekan on berkali-kali pun susah nak hidup. kalau dah hidup tu, makan masa jugak lah baru nak siap kerja. buat kerja sikit, pastu penat. pastu tidur. pastu makan. pastu sembang. pastu baru sambung buat kerja semula. habis, berapa lama nak siap?isk.
pulak tu, dalam satu masa, banyak perkara kena fikir. fikir, fikir dan fikir. apabila tahap analitikal kita digunakan secara maksimum, otak akan menjadi letih. apabila letih, apa lagi, nak tidur jelah jawabnya. tapi masa tidur juga terhad. jadi, bangun esoknya, ting tong lah otak. jawab test pun antara lemas atau karam. pandai berenang dah takda dalam senarai. tiba-tiba saja blur. okeh sekarang tengah blur. err blur. apa lagi mahu merepek? oh ya, aku belum makan kerepek lagi hari ini. patutlah takda idea. isk.
notakaki : bersyukurlah jadi manusia yang dikurniakan akal fikiran yang boleh berfikir secara waras selagi mana-mana fius di otak belum tercabut.
sekian.
Tuesday, February 15, 2011
tolong pahamkan aku !
sangat-sangat tak paham ! sapa-sapa boleh tolong pahamkan aku tak? aku benar-benar tak paham. sapa boleh tolongkan pahamkan aku yang tak paham nih? memang susah nak dipahamkan lah ! orang yang dah pernah paham pun jadi tak paham sekarang. apesal la susah sangat nak paham ! padahal benda senang je untuk dipahamkan. ishh tak pahamlah aku macam ni. kalau aku sendiri tak paham, macam mana aku nak memahamkan kau orang pasal entri yang tak paham ni kan? mungkin apabila tiada pemahaman, inilah yang terjadi. so marilah kita saling memahami antara satu sama lain. aiceh.
so daripada dok serabutperut fikir perkara yang tak kan kau paham buat masa nih, lebih baik kau layann kartun Sin Chan. ohh comelnya Himawari. mata bersinar-sinar.
sesungguhnya sesuatu yang kita tak paham itulah terkandung seribu satu maksud dan pengajaran yang tersirat. mungkin hari ni kita tak nampak keindahan disebalik sesuatu perkara itu namun suatu hari nanti kita pasti akan temui jawapannya juga. pada ketika itu, barulah kita mengerti dan faham erti sebenar kenapa perkara tersebut pernah terjadi suatu masa dahulu. aku suka quote ni,
Everything Happens For Reasons
sekian.
Friday, January 7, 2011
gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya !
ok hari ni entri aku tiada unsur kecindan. yang ada hanyalah unsur luahan hati. siapa sudi, sila baca. kalau tak sudi, aku tak boleh paksa wuu T____T
hari ni aku gagal lagi. gagal untuk mengotakan janji. janji pada orang. janji pada diri sendiri. aku rasa malu. rasa bersalah. rasa kecewa. rasa nak bunuh diri ! ehh astagfirullah, aku seorang Islam.
kenapa sem baru, tahun baru aku jadi lebih negatif? minggu pertama semester, aku telah berjaya ponteng satu kuliah. wah hebat betul aku ! dulu kalau nak ponteng je muka sure macam orang tahan berak. pucat ! cuak ! takut kantoi sebenarnya ! tapi sekarang? dengan muka slumber rock kapak je aku ponteng tanpa rasa bersalah. kenapa jadi camni? adakah kerana gara-gara aku tiada azam? huh, maknanya aku kena buat azam cepat-cepat lah ek? ayuh berazammmm ! zam zam ala kazam.
grr, motif aku cakap cam orang hilang jantung ni apehal? baru ponteng kuliah lu dah kecoh macam kau pergi rompak bank ke pergi bunuh orang ke. heshh !
pasal ponteng kuliah takde hal la bro. semall de pises (baca : small matter) je tuh. yang aku terkilan sangat ni sebab habit tidur aku makin menjadi-jadi. kerana tidur, aku terabai janji. dulu aku sangat pantang orang mungkir janji. tapi, sekarang aku yang buat. ohh bencinya pada diri ini ! *hantok pala kat dinding*
![]() |
| function buku? answer : ubat tidur |
der, relax der. kalau kau pk asyik nak marah diri sendiri buat apa? walaupun memang salah kau, tapi kau tak sengaja kan? kalau kau nak betulkan keadaan, kau kena pk cara-cara untuk perbaiki diri and berubah. bukannya kau pergi pk cara-cara nak hantok pala kat dinding bagi hilang ingatan pasal kesalahan diri sendiri. ataupun, cara-cara nak bunuh diri supaya kau takkan hadapi lagi kegagalan dalam hidup. itu bangang namanya. merosakkan diri sendiri. cubalah pozitip sikit. ini asyik negatip sajaaa. susah sangat ke nak pk sesuatu yang baik-baik dan rasional?
ya, betul, kita manusia biasa. tak boleh nak rasional sepanjang masa sepanjang hidup. daripada kau nak rasional-rasional, baik kau pergi layan klasik nasional lagi best ! iya, memang tak boleh nak elak dari fikiran camtu. tapi, cuba kau bagi peluang kat diri sendiri. cuba kau percaya dan yakin pada diri sendiri. insyaAllah satu hari nanti kau mampu berubah menjadi diri yang lebih baik.
semua orang mencari kesempurnaan sebab kita tahu tiada manusia yang sempurna kecuali Dia. semua orang mahukan happy ending dalam hidup masing-masing. mahu mencapai kesempurnaan kendiri setelah melalui beberapa peringkat yang lain mengikut hierarki Abraham Maslow.
tapi setiap manusia itu unik ! masing-masing punyai cara dan gaya tersendiri. katakanlah kau ternampak pembunuh bersiri sedang melapah-lapah daging manusia, tiba-tiba kau pergi sound dia,
"hey, kau pembunuh ! matilah kau di tali gantung ! *sambil mencarut-carut maki dia* (kau pk sendiri la apa kau nak mencarut. malas aku nak tulis) "
agak-agak apa respon si pembunuh itu? sila jawab dalam hati.
mungkin ini jawapannya " ya, aku pembunuh. aku takkan mati di tali gantung. sebab kau adalah saksi. dan sekarang, kau juga akan ku bunuh ! "
haa kan tak pasal-pasal mati katak free free jek !
pengajaran : jangan cepat melatah dan tergopoh gapah dalam sesuatu tindakan. berfikir dahulu sebelum bertindak. jadilah diri sendiri tanpa perlu rasa tertekan dengan kelemahan yang berjuta. nikmati kehidupan dengan bahagia. setiap masalah, ada penyelesaiannya. setiap kelemahan atasinya dengan kematangan. kelak, anda pasti berjaya !
ok ok aku nak stop makan kerepek sebelum entri aku semakin merepek. baik aku pergi tidur sekarang sebelum entri ni semakin panjang.
sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kembali
Pabila diri semakin dewasa, Pabila banyak perkara perlu diutama, Pabila masa mencemburui dunia, Pabila jiwa tak sentiasa muda, Pabil...
-
Harapan demi harapan. Mengharapkan sesuatu perubahan. Kata-kata yang meyakinkan. Menghilangkan syak wasangka. Cuba untuk menerima. Apalah sa...
-
setelah sekian lama tak demam. rasanya last aku demam masa kes H1N1 masa sem 1 dulu. sekarang? dah sem 5. Alhamdulillah, demam jugak akhirny...
-
ok hari ni aku sangat eksaiteedddd ! nak tahu kenapa? sebab aku berjaya menjeleskan Huda Luna. keh keh keh. *gelak jahat* sila lihat gambar ...



