Showing posts with label sukasuki. Show all posts
Showing posts with label sukasuki. Show all posts

Tuesday, February 15, 2011

tolong pahamkan aku !

sangat-sangat tak paham ! sapa-sapa boleh tolong pahamkan aku tak? aku benar-benar tak paham. sapa boleh tolongkan pahamkan aku yang tak paham nih? memang susah nak dipahamkan lah ! orang yang dah pernah paham pun jadi tak paham sekarang. apesal la susah sangat nak paham ! padahal benda senang je untuk dipahamkan. ishh tak pahamlah aku macam ni. kalau aku sendiri tak paham, macam mana aku nak memahamkan kau orang pasal entri yang tak paham ni kan? mungkin apabila tiada pemahaman, inilah yang terjadi. so marilah kita saling memahami antara satu sama lain. aiceh.

so daripada dok serabutperut fikir perkara yang tak kan kau paham buat masa nih, lebih baik kau layann kartun Sin Chan. ohh comelnya Himawari. mata bersinar-sinar.

sesungguhnya sesuatu yang kita tak paham itulah terkandung seribu satu maksud dan pengajaran yang tersirat. mungkin hari ni kita tak nampak keindahan disebalik sesuatu perkara itu namun suatu hari nanti kita pasti akan temui jawapannya juga. pada ketika itu, barulah kita mengerti dan faham erti sebenar kenapa perkara tersebut pernah terjadi suatu masa dahulu. aku suka quote ni,
Everything Happens For Reasons

sekian.

Sunday, December 26, 2010

tanda seru !


KEGUNAAN KATA SERU !


Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut, dan sebagainya. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun. Dalam bahasa Melayu, kata seru digunakan untuk membentuk ayat seru. Sumber Wikipedia.


Contoh 1
Cis, sakit sungguh jariku ini ! (SALAH)
Aduh, sakit sungguh jariku ini ! (BETUL)

Contoh 2
Wah ! bergaya benar dia hari ini. (SALAH)
Wah, bergaya benar dia hari ini ! (BETUL)

Ok murid-murid. Sila nyatakan apa perbezaan antara Contoh 1 dan Contoh 2? (aisehh, konon-konon dah jadi cikgu pulakk)

Kesalahan Contoh 1 : Tidak menggunakan kata seru yang betul. Gunakan kata seru berdasarkan gambaran perasaan yang dinyatakan dalam ayat tersebut.

Kesalahan Contoh 2 : Meletakkan tanda seru selepas kata seru dalam ayat seru. Untuk semua ayat seru, tanda serunya mestilah diletakkan di akhir ayat seru.

Kalau belajar Bahasa Melayu dulu, memang camtu lah function tanda seru nih. Tapi sekarang, main hentam saja la labuu nak guna tanda seru kat mana. Menangis cikgu-cikgu BM kita dulu kalau tengok penggunaan tanda seru kita sekarang. (baca : aku) Itu belum lagi tengok penggunaan shortform ! (hah tengok. tanda seru aku main bedal je) Kalau tengok gaya bahasa dan shortform budak-budak zaman sekarang, mau pengsan tergolek-golek cikgu BM sebab frust menonggeng budak-budak tak apply apa yang berbuih-buih mereka ajar dolu-dolu. 

Kalau shortform kira orait lagi lah. Asalkan jangan sampai orang tak paham langsung. Yang tak boleh bla nya, penggunaan bahasa camni ;

 " Titewww sayamm awwwwak lewww !!!! Awwwwak sayamm titewww yg mashammm niww takkk??????!!!!! "

Erk ! geli tekak den nak baco. eh salah.
Erk, tekak saya geli membacanya ! (mak ai skema la pulak. ehek ehek ehek)

Tak cukup huruf w yang banyak, pastu ditambah pulak dengan tanda seru yang bagai tak pernah tengok bentuk tanda seru. Macam kanak-kanak baru kenal mainan. Teruja barangkali.


*pengakuan jujur* Dulu aku pernah jugak guna bahasa-bahasa camtuh. Masa zaman hingusan dulu. Terpengaruh sebab bajet cam comel je cakap camtu. Tapi sejak kena tegur sedas tembakan yang pedas punya dengan Siggplus, terus aku ubah ! Malu doh sebab aku pilih KLCC doh ! Sorry, aku tak pilih Han ! (err, kaitan?)

Kalau jumpa sign camni tepi jalan, apa korang buat? AWAS !



Ohh ada jugak eh baju couple tanda seru ni. Pink pulak tu. Comel. Comel.


Apa-apapun, aku memang suka guna tanda seru sesuka hati perut aku lahh ! Eh, perut ada hati? Ah, abaikan. 

p/s : maap ye cikgu-cikgu BM yang penah ajar saya dulu. hihi. sayeww mewmang sukeww buwat kewsalahan mawcham Contoh 2 tuww. sayeww tawkk sewngajeww larhhh !!!!!!!!

sekian.

Kembali

Pabila diri semakin dewasa, Pabila banyak perkara perlu diutama, Pabila masa mencemburui dunia, Pabila jiwa tak sentiasa muda, Pabil...