Showing posts with label insaf diri. Show all posts
Showing posts with label insaf diri. Show all posts

Monday, August 13, 2012

Pinjaman

semua dalam dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata. pabila sampai masanya, kita perlu memulangkannya kepada pemilik asal dan diri kita sendiri juga akan dipulangkan kepada Maha Pencipta. jadi, jangan nak berlagak dengan segala apa yang kau miliki. kerana, semua yang kau miliki sekarang hanyalah pinjaman. bukan hak milik kau yang kekal. suatu hari nanti, pasti kau akan kehilangan segala yang kau miliki kini. to be short, bersyukurlah dengan apa yang kau ada sekarang dan hargailah ia. kerana, masa untuk kau miliki apa yang kau ada sekarang tidak lama dan kau tidak akan tahu bila semuanya akan ditarik semula daripada kau. jadi ingat, SYUKUR ! :)

Wednesday, August 31, 2011

Perutusan Raya Aidilfitri 1432H oleh HusnaLana



okeh, sila jangan gelak dengan tajuk di atas. itu je yang terlintas difikiran aku sekarang. sekali sekala nak feeling-feeling ala-ala 'datok-datok nenek-nenek' buat perutusan kat 'cucu-cicit', tak salahhh kann? kehkeh :D

sila contohi yang berdua di kanan : saling bermaafan.
jangan contohi yang berdua di kiri : saling bergosip. hihihi :PP

di bulan yang mulia ini, marilah kita bermaaf-maafan, berjabat tangan, mengeratkan silaturrahim sesama keluarga, sanak saudara, sahabat handai, rakan taulan serta muslimin muslimat sesama Islam. lupakanlah sengketa lama, padamkanlah api kemarahan, hilangkanlah hasad dengki, hapuskanlah duka lara, lupuskanlah dendam membara dan tanamkanlah seribu satu kemaafan di dalam jiwa. ikhlaskanlah hati memohon keampunan dan kemaafan di atas segala khilaf dan salah silap yang pernah dilakukan semenjak diri bergelar seorang insan. ketepikanlah segala egois dan ikhlaskanlah hatimu jua untuk memaafkan kesalahan orang lain terhadapmu. tiada manusia yang sempurna melainkan Allah SWT. ringankanlah beban saudara seIslammu dengan memaafkan mereka, nescaya kamu akan memperolehi ganjaran yang lebih besar kelak. insyaAllah.


Dari Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda:
“Barangsiapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, nescaya Allah S.W.T akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat. Barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, pasti Allah S.W.T akan meringankan penderitaannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup keaiban seorang Muslim, pasti Allah S.W.T akan menutup keaibannya di akhirat kelak. Allah S.W.T pasti akan menolong hambaNya selagimana hambaNya berusaha menolong saudaranya…”
                 (Hadis Riwayat Muslim)

maka dengan itu, diri ini dengan rendah hati ingin memohon seribu keampunan dan kemaafan atas segala salah silap yang pernah dilakukan samada secara sengaja atau tak sengaja terhadap anda semua. kadangkala apabila emosi menenggelamkan kewarasan akal, pastinya diri ini ada terkasar bahasa, terlanjur kata, tersilap bicara, terlepas perbuatan serta terlakukan sesuatu yang tidak sepatutnya. harap dimaafkan segala khilaf diri ini. ampun dan maaf dipinta. maaf zahir dan batin.

juga sekiranya diri ini ada terpinjam atau terambil harta benda kalian secara sengaja atau tidak dan masih belum berbayar, sila la tuntut semula. sedaya upaya akan kucuba pulangkan selagi termampu. maaf atas sikap pelupa diri ini. sekiranya tidak dituntut, harap dihalalkan segalanya ye? terima kasih. ^_^

perutusan ini dengan seikhlas hati ditujukan buat anda semua :
Tuan Syed, Puan Dilah & Huda Luna
Auntie Yom, Auntie Piah, Abg E, Abg Eli, Abg Bol, Kak Zura & Abg Ayen
Pak Sulong & keluarga, Cik & keluarga, Cu & keluarga
Mak Teh & keluarga : Adam, Angah, Achik & Iwan
dan semua keluarga di Penang, Kedah, Terengganu, KL, dan serata Malaysia (kalau nak mention semua, memang tak cukup satu entri nanti. hehe)

Cikgu Rusmina & rakan-rakan Tadika TTS
Cikgu-cikgu serta rakan-rakan SKMH special to Athirah, Shazwani, Suhaanis, Faizura, Syazwani, Mardhiah, Adila, Sarah Hani & Sh.Nazwin
Sahabat-Sahabat REVOLUTION GENERATION
warga rumah PENDETA
Cikgu-cikgu serta warga SMSAH/JENAN
Classmate F7P3 & F4P3, Pensyarah-pensyarah serta warga KMK
Floormate BELLA, Coursemate BnK, Pensyarah-pensyarah, warga UPM serta warga KTDI
rakan-rakan blogger
kenalan-kenalan luar
kenalan-kenalan alam maya
dan semua yang mengenali diri ini
^_^

Special to them : 
My BFF ever : Yan, Ain, Mira, Zulkarnain & Crab
My Lovely Sibs : Angah, Adek & Alang
My Adek sayang : Naftmira
Geng Name Square : Jenjen, Mamal, Qaqa, Nenes, Qoqoi & Dede
My precious Roomates : Dea, Pikapie, Lizzah, Sara, Kak Aelyn, Kak Ateh
Geng Sempit : Eyda, Ikin, Syuhada, Eqa & Norli
My Team Bonding (hehe) : Mira, Pah, Anis, Qutie & Fira
and last but not least, you ! yes you ! 
thanks for reading :)

SALAM LEBARAN. 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. 
MAAF ZAHIR DAN BATIN.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-54. 
yeah, MERDEKA !
SALAM MERDEKARAYA !
^____^


raya 2010 with Coursemate BnK

raya 2010 with Geng Sempit

sekian.

Sunday, April 10, 2011

Miss Malaysia Pahang 2010. what the?

sapa belum pernah tengok, silalah kelik butang play. sapa yang sudah tengok, kalau nak cuci mata lagi sekali pun takpa. takda sapa nak halang punn. itu pun kalau kau berselera lahh. =.="

 

sudah tonton? okeh mari geleng kepala ramai-ramai tengok video nih sambil beristighfar. apa nak jadi lah ngan negara kita sekarang. aku malas nak komen lebih-lebih. kang jadi isu lain pulak. =.="

btw, aku salut la sama diorang. 99% sukses bertukar jadi perempuan. cun melecun habis ! kalah pompuan melayu terakhir. cuma, yang lagi 1% tuuuu, *ehem ehem* kau berdehem banyak kali punn suara jantan kau takleh berubah la der. rawr. yang tu tak dapek den nak nolongnya heh. =.="

"terima kasih kepada semua kawan-kawan, mak dan ayah saya, adik beradik saya dan juga SUAMI TERCINTA saya kerana menyokong saya bla bla bla~" 
*okeh gay-gay kat luar sana sila pengsan yah sebab ratu cantik nih dah bersuami. melepas uolsss !*

actually aku baru tahu pasal kewujudan pertandingan macam ni. tersebar kat facebook hari rabu lepas. so apa lagi, akibat inkuiri terlebih, aku pergi google n carik kat youtube video-video yang berkaitan. bukan sebab terujaa sampai aku gigih nak menonton video-video camnih, tapi sebab aku nak tahu sejak bila wujud pertandingan macam nih !

hasilnya, aku jumpa video ini dan pelbagai lagi video yang menarik yang boleh anda tonton. err, menarik ke? =.="

sebenarnya, pertandingan ni dah lama wujud n mungkin secara underground sahaja. tapi sekarang? seolah-olah dah diluluskan oleh kerajaan pulak ! benarlah tanda-tanda kiamat itu sudah semakin jelas. daripada kita (err aku sekali lah tuu ) dok buang masa layan video bapok yang tak berfaedah tu, lebih baik lah kita renung kembali kelemahan diri sendiri serta mengisafi kesalahan dan dosa-dosa yang pernah kita lakukan sepanjang hayat kita hingga kini. sama-samalah kita perbaiki diri sendiri. semoga kita semua dilindungi serta terhindar daripada godaan syaitonnn yang direjam yang boleh menyebabkan kita terjebak ke lembah maksiat. amin.

sekian.

Kembali

Pabila diri semakin dewasa, Pabila banyak perkara perlu diutama, Pabila masa mencemburui dunia, Pabila jiwa tak sentiasa muda, Pabil...