Showing posts with label pendapat. Show all posts
Showing posts with label pendapat. Show all posts
Monday, August 13, 2012
Pinjaman
semua dalam dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata. pabila sampai masanya, kita perlu memulangkannya kepada pemilik asal dan diri kita sendiri juga akan dipulangkan kepada Maha Pencipta. jadi, jangan nak berlagak dengan segala apa yang kau miliki. kerana, semua yang kau miliki sekarang hanyalah pinjaman. bukan hak milik kau yang kekal. suatu hari nanti, pasti kau akan kehilangan segala yang kau miliki kini. to be short, bersyukurlah dengan apa yang kau ada sekarang dan hargailah ia. kerana, masa untuk kau miliki apa yang kau ada sekarang tidak lama dan kau tidak akan tahu bila semuanya akan ditarik semula daripada kau. jadi ingat, SYUKUR ! :)
Friday, May 6, 2011
oral communication vs writing communication?
"ok ye murid-murid. mari kita sambung pembelajaran kita. hari ni cikgu nak mengajar tentang komunikasi. komunikasi terbahagi kepada dua iaitu ..."
"cikgu, bukan ada banyak ke? komunikasi secara lisan, bukan lisan, penulisan, dan bahasa isyarat?"
eh budak-budak sekarang ni sangat bijak. tak sempat kita habis cakap dah potong. tak boleh nak kelentong sikit. isk *monolog*
"ya ya ya Atan, komunikasi ada banyak jenis. betul la yang kamu cakap tu. secara lisan macam sekarang ni cikgu sedang cakap dengan kamu. bukan lisan pulak mimik muka dan gaya tubuh macam angkat kedua-dua bahu tanda tak tahu (mata ke atas, tangan ke bahu?). ya betul la macam yang kamu sedang buat tu. penulisan pula yang macam cikgu BM ajar kamu buat karangan dan bahasa isyarat? kamu pernah lihat orang istimewa berkomunikasi?"
"pernah ! guna jari aje cikgu ! macam iklan Rejoice tuuu."
"eh eh kamu ni. bergurau pulak. haa iyela tu Atan. tapi hari ni cikgu nak fokus pada dua jenis komunikasi iaitu ...."
"ok saya paham cikgu!"
eh tak sempat habis cakap dah paham? budak-budak sekarang. hmm bijak bijak. tentu si manja Nespray. *iklan lagi*
**********
komunikasi secara lisan
face-to-face, perbincangan dalam kumpulan, mesyuarat, panggilan telefon, dan apa jua situasi yang memerlukan kita bercakap.
kebaikan :
1. mudah, tak perlukan persediaan yang kompleks : suarakan apa yang difikirkan
2. maklumat dapat disampaikan secara jelas dan menyeluruh : kalau tak paham, boleh ditanya terus.
3. maklum balas diterima dengan cepat : kita cakap, orang respon.
keburukan :
1. disertakan dengan emosi : kalau tengah marah? kesian orang lain kena sembur.
2. maklumat yang disampaikan tidak direkodkan : cakap, cakap n cakap, seminggu lepas tu dah tak ingat apa yang dicakap.
komunikasi secara tulisan
memo, surat, laporan, nota, dan apa jua kaedah lain yang memerlukan tulisan untuk menghantar makna.
kebaikan :
1. tetap dan kekal : baca seribu kali pun maklumat yang sama. tak berubah.
2. hasil pemikiran dan pertimbangan. boleh dirujuk semula : sebelum mengarang, boleh fikir dulu. lepas karang, boleh baca lapanpuloh kali sebelum publish kalau lupa penah cerita pasal apa, boleh rujuk blog archive *contoh*
3. dapat disediakan dengan mudah : amek pen dan kertas, tulis jela. bukan susah pong !
keburukan :
1. memerlukan masa yang panjang : nak karang perlu masa, nak taip pun amek masa jugak. nak bagi orang baca? tambah-tambah karangan panjang macam aku ni? mau setengah jam orang nak baca. keh3 ;D
2. emosi tidak disertakan. salah faham boleh berlaku : kalau aku cakap hai, means aku sopan. kalau aku cakap hoi, means aku ganas. tapi hakikatnya? *err paham tak contoh ni?
3. mempunyai maksud tersurat dan tersirat : macam entri blog ni? ha apa yang tersurat? apa yang tersirat?
ok maklumat di atas diambil dari nota kuliah aku dan diolah sikit oleh aku. sebab nota kuliah tu dalam BI. kihkihkih ;D
antara bercakap dan menulis, korang prefer yang mana? majoriti blogger akan pilih penulisan sebab mereka suka menulis dan mengarang. kalau tak, buat apa mereka berblogging kan kan. HEHE
mungkin certain orang lebih suka berkata-kata dan berhujah untuk sampaikan maklumat. ni kategori ekstrovert. mereka fikir senang je bercakap. nak menulis ni leceh. tapi kadang-kadang, banyak bercakap pun bahaya jugak. sebab bila bercakap, kita sertakan emosi. kalau sedih, nada sedih. kalau marah, memang sampai terkeluar la segala makian dan carutan. tapi, adakah elok emosi itu dilontarkan kepada orang lain? orang yang mendengar pula macam mana?
![]() |
| jerit + caci + maki = ? |
![]() |
| orang yang mendengar? |
and ada jugak orang yang lebih suka menulis berbanding cakap. mungkin kategori introvert. tapi ada juga jenis ekstrovert yang suka bercakap dan menulis pada masa yang sama. masalah, pengalaman, pendapat semuanya ditulis. mungkin dengan menulis, boleh hilangkan tekanan. tak payah susah-susah cari pendengar yang setia. sebab kadang-kadang cerita kat orang pun belum tentu rahsia tu selamat. ada jugak si mulut tempayan. so daripada sakit hati dengan si mulut tempayan, baik tulis karangan berjela-jela dalam diari peribadi. atleast dapat jugak lepaskan tekanan sambil rahsia tu pun selamat. ye dak? ada jugak yang suka menulis sebab hobi. kesimpulannya, macam-macam sebab untuk menulis. tapi yang jadi masalah, hasil tulisan itu takde emosi. kadang-kadang kita tulis rasa macam biasa je, tapi orang yang baca fikir kita sedang marah. mungkin cara penyampaian dan penerimaan manusia itu yang berbeza. ohh sebab itula pensyarah aku selalu cakap, "Manusia Itu Unik". sebab? manusia itu pelbagai. walaupun pasangan kembar, tetap berbeza personalitinya. kan?
![]() |
| besau nyau pensil dari orang ;D |
kalau masa belajar pulak, bercakap dan dengar pensyarah bercakap tanpa tulis, agak-agak exam nanti korang boleh score tak? kalau boleh, memang long term memory storage korang power laa. tapi kalau masa belajar, kita catat apa pensyarah cakap, bila exam nanti kita buat peneguhan dalam minda dengan baca semula nota yang dicatat, agak-agak boleh dapat 4 flat tak? hihi ;D
ada masanya kita perlu bercakap dan ada masanya kita perlu menulis. so, korang prefer bercakap ke menulis?
notakaki : aku rasa aku prefer menulis daripada bercakap.
atleast sebelum tulis kita boleh berfikir dulu nak tulis pasal apa sebelum orang baca. takdelah main tulis sampai buat orang sakit hati dengan kita. kalau bercakap? kadang-kadang terlepas cakap mungkin? tak sempat berfikir sebelum cakap mungkin? emosi tak stabil sampai tercakap perkara yang tak sepatutnya mungkin? ahh itu semua alasan. kuikuikui ;D
cukup matang tak entri ni? ada orang jawab kat polls nuffnang sebelah ni nak entri matang dari aku. so sebagai bakal cikgu, saja test market entri macam ni. agak-agak?
sekian.
Sunday, December 26, 2010
tanda seru !
KEGUNAAN KATA SERU !
Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut, dan sebagainya. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun. Dalam bahasa Melayu, kata seru digunakan untuk membentuk ayat seru. Sumber Wikipedia.
Contoh 1
Cis, sakit sungguh jariku ini ! (SALAH)
Aduh, sakit sungguh jariku ini ! (BETUL)
Contoh 2
Wah ! bergaya benar dia hari ini. (SALAH)
Wah, bergaya benar dia hari ini ! (BETUL)
Ok murid-murid. Sila nyatakan apa perbezaan antara Contoh 1 dan Contoh 2? (aisehh, konon-konon dah jadi cikgu pulakk)
Kesalahan Contoh 1 : Tidak menggunakan kata seru yang betul. Gunakan kata seru berdasarkan gambaran perasaan yang dinyatakan dalam ayat tersebut.
Kesalahan Contoh 2 : Meletakkan tanda seru selepas kata seru dalam ayat seru. Untuk semua ayat seru, tanda serunya mestilah diletakkan di akhir ayat seru.
Kalau belajar Bahasa Melayu dulu, memang camtu lah function tanda seru nih. Tapi sekarang, main hentam saja la labuu nak guna tanda seru kat mana. Menangis cikgu-cikgu BM kita dulu kalau tengok penggunaan tanda seru kita sekarang. (baca : aku) Itu belum lagi tengok penggunaan shortform ! (hah tengok. tanda seru aku main bedal je) Kalau tengok gaya bahasa dan shortform budak-budak zaman sekarang, mau pengsan tergolek-golek cikgu BM sebab frust menonggeng budak-budak tak apply apa yang berbuih-buih mereka ajar dolu-dolu.
Kalau shortform kira orait lagi lah. Asalkan jangan sampai orang tak paham langsung. Yang tak boleh bla nya, penggunaan bahasa camni ;
" Titewww sayamm awwwwak lewww !!!! Awwwwak sayamm titewww yg mashammm niww takkk??????!!!!! "
Erk ! geli tekak den nak baco. eh salah.
Erk, tekak saya geli membacanya ! (mak ai skema la pulak. ehek ehek ehek)
Tak cukup huruf w yang banyak, pastu ditambah pulak dengan tanda seru yang bagai tak pernah tengok bentuk tanda seru. Macam kanak-kanak baru kenal mainan. Teruja barangkali.
*pengakuan jujur* Dulu aku pernah jugak guna bahasa-bahasa camtuh. Masa zaman hingusan dulu. Terpengaruh sebab bajet cam comel je cakap camtu. Tapi sejak kena tegur sedas tembakan yang pedas punya dengan Siggplus, terus aku ubah ! Malu doh sebab aku pilih KLCC doh ! Sorry, aku tak pilih Han ! (err, kaitan?)
Kalau jumpa sign camni tepi jalan, apa korang buat? AWAS !
Ohh ada jugak eh baju couple tanda seru ni. Pink pulak tu. Comel. Comel.
Apa-apapun, aku memang suka guna tanda seru sesuka hati perut aku lahh ! Eh, perut ada hati? Ah, abaikan.
Thursday, December 23, 2010
bagai menaiki rola kosta !
"Hari tu pergi pesta penang nak naik roller coaster betul-betul kau tak nak. Takut lah ape lah. Last-last kau pergi naik Euro Wheel yang bosan tuh jugak. Cehh tak mencabar langsung ! Membazir je token enam hengget untuk bende alah tu. Nasib baik lah lepas tu naik Sky Rider. Berbaloi-baloii la jugak!"
"Sekarang, kau rasa lah feel naik rola kosta tak ori nih. Haa, padan muka !"
20/12/10 jam 0855 aku dah terpacak kat stesen bas lama Sg.Petani. Rasa-rasa bas p Shahab Perdana ada setiap setengah jam. Aku pandang-pandang jeling-jeling sikit kat platform bas Transnasional. Hampa. Takda bas. Aku tengok jam. Belum jam 0900. Jeling-jeling lagi, tengok memang ramai orang dok berdiri kat platform tu. Fuh, lega. Bas tak tinggal aku. Tapi mana bas ni? Malu-malu pulak nak munculkan diri. Isk.
Dengan muka cool, aku tunggu. Padahal dalam hati gabra gila. Yelah, dari SP nak pegi AS yang selangkah tu pun makan masa dekat dua jam setengah kalau naik bas. Kalau naik kereta, dah boleh sampai Ipoh ! Janji dengan Angah nak sampai jam 1100 kat Shahab Perdana. Aduhh, camna ni?
Sambil tangan ligat taip sms nak pujuk Zuly join kami, sambil tu aku angkat-angkat kening kot kot nampak bayang-bayang bas. Tapi takda. Tengok jam dah 0915. Mana bas ni? Arghh, maaf Transnasional, aku terpaksa curang ! Aku pergi tengok kat kaunter Mara Liner pulak. Aik? Mana pulak penjaga kaunter ni menyorok? Ish ! Hah, tu ada bas. Lega. Drebar bas dah ada tapi pintu bas tutup pulak. Haihh.
Dengan muka sekupang, aku terloncat-loncat kat tingkap bas drebar tu. Dalam hati mintak harap-harap la dia nampak aku. Khusyuk sangat baca paper. Tiba-tiba dia bukak tingkap. Tak sempat dia nak bagi salam aku terus serbu dia. “Pakcik, bas p AS kan? Jalan pukui berapa?” Pakcik tu sengih sambil jawab “9.45 dik”. Oh, comel juga pakcik nih. Senyuman menggoda you ! Tapi dalam hati mesti bengang. Tergamak aku panggil dia pakcik, padahal muda lagi kot. Ah, belasah jelah.
Hmm, 0945 baru jalan. Sekarang baru 0915. Gila ! Pukul berapa aku nak sampai kalau camni. Pulak tu kat depan bas Mara Liner tu tulis alor setar-sungai petani-butterworth-alor setar. Hah?? Berapa jam baru aku boleh sampai shahab? Tah tah lebih tiga jam beb ! Dah sampai butterworth mesti nak tunggu orang naik dulu. Bukannya terus jalan. Ah, tak boleh jadi ni.
Haihh, manalah si Trans ni. Berdoa dalam hati. Eh, tiba-tiba Trans muncul. Yea ! tak jadi lah aku curang dengan kau.
Terus aku pegi serbu pakcik Trans pulak.
Aku : Pakcik, bas jalan pukui berapa?
Pakcik : Nak jalan dah la nih. (muka cemuih) (agaknya semua orang dok tanya soalan yang sama kot)
Kelam kabut aku naik bas. Nasib baik tak tergolek macam ayam golek. Nak cepat punya pasal.
Bas penuh. Nak cari seat yang best pun susah. Last-last duduk la aku tepi tingkap. Pastu ada sorang makcik dok sebelah aku. Beramah mesra sekejap dengan makcik tu. Then dua-dua senyap. Layan perasaan masing-masing. Mungkin makcik tu risau kakak beliau masuk sepital. Aku plak, harap-harap boleh la nak lena sat dalam bas sebelum sampai. Tak tido semalaman punya pasal. Ngantok beb pagi-pagi nih. Dah la sejuk baru lepas hujan. Brrr.
Elok-elok dah cari feel nak lena (dah la aku ni susah nak tidur dalam bas), tiba-tiba “plup plup”. Dongak atas, hadoi ! Ayaq aircond ! Dem ! Aku amek tisu lap-lap la dengan penuh kasih sayang ekon bas tu. Perghh, gila hitam tisu yang putih tu. Makcik kat sebelah aku cakap, “Tudiaa punya kotoq, berapa lama depa tak cuci bas ni”. Aku sengih jela tayang gigi tak tau nak jawab apa.
Harap-harap tak menitik dah la ayaq ekon tu. Bas meluncur laju menghala ke Sik. Area situ hujan rintik-rintik. Tapi tak sangka la pulak hujan dalam bas ni makin lebat. Gilaaa ! Mencurah-curah air menimpa aku. Rasa macam mandi lagi sekali pulak. Hesh ! nak pindah seat lain, bas penuh.
Sampai satu bus stop, ada orang turun. Lega. Makcik kat sebelah aku ni yang pindah seat belakang. Mungkin beliau kesian tengok aku mandi hujan. Walaupun bas ni berbumbung. Baiknyaa makcik. Terima kasih makcik ! Aku pun pindah seat sebelah. Hujan mencurah-curah lagi ke seat asal aku tadi. Bertakung air kat seat tu. Boleh kau orang bayangkan tak betapa hebatnya hujan yang mencurah-curah itu !
Tiba-tiba, “sreeeeet gedang !” macam naik rola kosta daa ! terlambung kami-kami dalam bas nih. Ada la dalam satu inci bontot terangkat dari seat.
Rasa macam tengah drift pon ada. Rasa macam tengah menari tarian India pun ada. Kepala terteleng ke kiri kanan dengan laju. Gila pakcik bas nih ! Nak drift pun agak-agak la. Ramai kot penumpang. Geram aku. Nak kata jalan lopak, aku tengok, jalan ok ja. Mungkin sempit sikit sebab ada kerja-kerja turap jalan.
Ah, rasa macam nak pegi depan je cakap “Pakcik, tolong bawak bas molek-molek sikit naa. Saya tak kawen lagi tau takk.” Tapi, nasib baik aku takdak keberanian nak buat camtu.
Aku usha ja muka pakcik tu ikot cermin pandang belakang bas. Pelik. Pakcik ni tadi aku tengok mata bulat je. Tiba-tiba jadi sepet pulak. Aku tenung habis-habis. Sah ! Pakcik tu terkebil-kebil bukak mata. Kecik besar kecik besar. Kejap-kejap pandang luar amek feel. Kejap-kejap mulut ternganga menguap. Kejap-kejap dia pejam mata ! Pakcikkkkkkk bangunnnn ! Jerit aku ! Tapi dalam hati je. Nak jerit betul-betul takut sapa-sapa ada lemah jantung dalam bas ni, terkejut. Aku tak sanggup nak jadi pembunuh. Tak tau la kalau pakcik ni sanggup. Berani dia tidur kan. Pakcik,pakcik. Nyawa 44 orang ni bergantung kat pakcik tau. Huhu.
Tapi yang aku hairan, makcik-makcik dalam bas ni semua kalut bergosip ja dari tadi. Macam takda apa-apa yang berlaku. Depa tak rasa ke apa yang aku rasa? Depa tak terlambung ke macam aku terlambung? Pelik.
Pakcik konduktor bas lalu sebelah aku. Aku buat muka risau gila sambil cakap “Pakcik, tolong lah teman kawan pakcik yang sedang memandu tu. Beliau mengantok tu. Mungkin penat jaga anak semalam.” Malangnya, suara tu dalam hati je. Tak terkeluar rupanya. Tiba-tiba pakcik tu angguk-angguk kat aku. Eh pakcik ! Macam boleh dengar je suara hati saya ! *padahal, pakcik tu pun terlambung jugak naik rola kosta !*
Next station, sorang amoi cantik ngn mak dia naik bas. Banyak barang penuh tangan. Mungkin baru balik dari pasar. Tinggal dua je seat dalam bas ni. Sebelah aku yang bertakung air aircond dengan seat belakang aku.
Amoi tu terus duduk kat seat belakang tu. Mak dia pulak dah berdiri sebelah aku and nampak seat tu bertakung. “ Basah aa?” Aku jawab, “ Ya.”
Tapi tak tergamak la pulak kan kalau aku nak buat bodo je ngn mak dia tu. Orang tua kot. Dengan barang banyak. Takkan nak biar dia berdiri. Aku pun lap takungan air kat seat tu and duduk semula kat seat asal. Kasi mak amoi tu duduk.
“Boleh aa? Basah. Tenkiu aa.” Mak amoi tu cakap.
Aku pun senyum jelah. Sambil memejam mata tahan curahan air yang mencurah-curah. Redha.
Sampai destinasi, amoi ngan maknya turun. Tak sempat aku nak pindah seat, amoi lain yang naik terus duduk situ. Ohh, nampaknya memang aku kena mandi hujan aircond la sepanjang perjalanan aku nak ke shahab. Makcik yang awal2 duduk sebelah aku tadi, hanya mampu buat muka simpati tanda memahami nasib aku. T___T
Naik rola kosta dan disimbahi hujan. Pengalaman yang sangat menarik. Tapi palsu ! Sebenarnya, naik bas yang dipandu bagai rola kosta dan disimbahi air aircond yang mencurah-curah bagai hujan ! Nasib. Nasib.
Tak lama lepas tu kecoh berita kat radio pasal kemalangan dari Cameron-Simpang Pulai. Berita lanjut boleh klik sini.
Semua jadi kaget. Termasuk pemandu bas tu. Cergas aksi pakcik drebar. Hilang terus mengantuk. Mata kembali membulat. Kalau tadi rasa macam naik rola kosta. Sekarang aku rasa macam betul-betul naik bas. Lega.
Mungkin ini hikmahnya kemalangan itu. Mungkin ianya tragedi malang bagi yang terlibat dalam kemalangan. Namun, ianya tetap menjadi pengajaran buat pemandu bas yang lain supaya mereka berhati-hati ketika memandu. Kejadian ni bagai kebetulan. Tepat pada masanya. Semuanya kuasa Tuhan. Subhanallah.
Akhirnya, Alhamdulillah aku selamat sampai Shahab Perdana dengan yakin bahawa aku sebenarnya naik bas tadi. Bukan naik roller-coaster.
Menjawab persoalan Blackrose dalam entri ini, aku rasa aku dah bagi jawapannya. Silapnya, adalah sikap pemandu bas itu sendiri. Kalau mengantok, jangan memandu ! Ingatlah orang yang tersayang.
Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kembali
Pabila diri semakin dewasa, Pabila banyak perkara perlu diutama, Pabila masa mencemburui dunia, Pabila jiwa tak sentiasa muda, Pabil...
-
Harapan demi harapan. Mengharapkan sesuatu perubahan. Kata-kata yang meyakinkan. Menghilangkan syak wasangka. Cuba untuk menerima. Apalah sa...
-
setelah sekian lama tak demam. rasanya last aku demam masa kes H1N1 masa sem 1 dulu. sekarang? dah sem 5. Alhamdulillah, demam jugak akhirny...
-
ok hari ni aku sangat eksaiteedddd ! nak tahu kenapa? sebab aku berjaya menjeleskan Huda Luna. keh keh keh. *gelak jahat* sila lihat gambar ...







