Showing posts with label pesanan. Show all posts
Showing posts with label pesanan. Show all posts
Monday, August 13, 2012
Pinjaman
semua dalam dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata. pabila sampai masanya, kita perlu memulangkannya kepada pemilik asal dan diri kita sendiri juga akan dipulangkan kepada Maha Pencipta. jadi, jangan nak berlagak dengan segala apa yang kau miliki. kerana, semua yang kau miliki sekarang hanyalah pinjaman. bukan hak milik kau yang kekal. suatu hari nanti, pasti kau akan kehilangan segala yang kau miliki kini. to be short, bersyukurlah dengan apa yang kau ada sekarang dan hargailah ia. kerana, masa untuk kau miliki apa yang kau ada sekarang tidak lama dan kau tidak akan tahu bila semuanya akan ditarik semula daripada kau. jadi ingat, SYUKUR ! :)
Tuesday, May 3, 2011
koc wanita untuk lelaki?
ada dua golongan yang tak paham bahasa dan juga tak paham bahasa kuasa dua.
kau berjambang. kau bermisai. kau berhalkum. kau berpakaian lelaki. eh kau sedar tak kau tu lelaki? kalau kau tahu kau tu lelaki, koc pink-pink ni bukan untuk kau ! ngerti?
kau rambut panjang. kau pakai shawl. kau muka ayu. kau ada benda yang lelaki tak ada. kau pakai heels. eh kau perempuan kan? kalau kau perempuan, ya, koc pink-pink ini untuk kau. sesuai dengan baju pink kau. tapi yang kau bawak keturunan berhalkum masuk koc pink-pink ni kenapa?
![]() |
| terang dan nyata sekali untuk WANITA ! |
first masalah orang lelaki yang tak paham-paham bahasa. tak reti membaca? mungkin tak reti mengeja jugak?ohh mungkin masa pergi sekolah dulu tak sempat belajar kot sebab cikgu cuti bersalin lama sangat? =.=" alasan lapok bagai teringin nak kunyah selipar. atleast, kalau tak tahu sangat, takkan la tak paham kartun pink-pink yang comel itu? siap pakai dress lagi. sebijik macam sign kat toilet. kat toilet kau tak salah masuk pulak eh? pandai pulak kau masuk toilet berkartunkan muka bulat dan berdada bidang. eh tiba-tiba dah pandai membaca sebab cikgu dah habis cuti bersalin? urghh =.="
![]() |
| lelaki : muka bulat berdada bidang wanita : muka bulat bermini dress *caption tak menahannn. HAHA* |
paling tak menahan, kau tu lelaki, siap cakap excuse me excuse me pulak kat wanita sebab nak join sesi sumbat menyumbat dalam koc itu. siap kau pulak yang tolak-tolak kaum wanita. ehh ini sudah melebih ! sekali kena maki dengan sorang wanita yang agresif, dengan lantangnya si wanita itu berkata, "hey this coach is not for you lahh !". serentak semua wanita-wanita yang dah jadi isi tin sardin dalam koc pink itu menoleh ke arah lelaki yang kecelaruan jantina itu tadi. setelah tertusuk dek panahan jelingan mata berdas-das, barulah lelaki kecelaruan itu tadi berkata I'm Sorry ala-ala gaya Amir Maharaja Lawak. euww~
second masalah orang perempuan yang double tak paham bahasa ! kalau kau bersiar-siar naik komuter dengan kaum berhalkum dan berdada bidang itu, tak perlu la nak bawak diorang tumpang dua kaki masuk koc pink tu sekali dengan kau. kau naik ajelah koc biasa. kaum berdada bidang itukan sasa, boleh protect kau sambil buat drama sebabak dalam komuter. atleast takde lah kaum ayu-ayu comel-comel ni sakit mata tengok drama sebabak kauorang dalam koc pink-pink itu. haiyaa !
lagi satu hal, kau tu kakak/sepupu/mak/makcik? (tak sempat nak interview) bawak adik-beradik-sepupu-sepapat-kaum-kerabat berjantina lelaki berderet-deret bagai panjang keretapi pulak kan. dah tahu adik-beradik-sepupu-sepapat-kaum-kerabat itu lelaki, naik ajelah koc biasa. ini tak, kau fikir sebab kau perempuan dan kau tu kakak/sepupu/mak/makcik, kau ada hak la untuk biarkan adik-beradik-sepupu-sepapat-kaum-kerabat kau duduk dalam koc pink tu? kononnya tanggungjawab kau sebagai kakak/sepupu/mak/makcik nak kena jaga adik-beradik-sepupu-sepapat-kaum-kerabat. oh, macam tu rupanya. habis mana pergi pulak tanggungjawab kau sebagai masyarakat yang prihatin dengan keadaan sekeliling? kau nak rasa selamat duduk dalam koc wanita sambil jaga adik-beradik-sepupu-sepapat-kaum-kerabat yang usia dah boleh kahwin (kalau budak kecik tak kisah sangat la kan), tapi kau tak fikir pulak wanita lain boleh rasa terancam dengan adik-beradik-sepupu-sepapat-kaum-kerabat kau yang berhalkum itu? puh-lis la jangan selfish.
![]() |
| tak paham-paham lagi? |
notakaki : bengang gila naik komuter tadi. terhimpit mengalahkan Roti Impit Ayamazz. kalau bau sedap takpe gak, ini bau bacin tak pakai dorono ! cis !
sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kembali
Pabila diri semakin dewasa, Pabila banyak perkara perlu diutama, Pabila masa mencemburui dunia, Pabila jiwa tak sentiasa muda, Pabil...
-
Harapan demi harapan. Mengharapkan sesuatu perubahan. Kata-kata yang meyakinkan. Menghilangkan syak wasangka. Cuba untuk menerima. Apalah sa...
-
setelah sekian lama tak demam. rasanya last aku demam masa kes H1N1 masa sem 1 dulu. sekarang? dah sem 5. Alhamdulillah, demam jugak akhirny...
-
ok hari ni aku sangat eksaiteedddd ! nak tahu kenapa? sebab aku berjaya menjeleskan Huda Luna. keh keh keh. *gelak jahat* sila lihat gambar ...


