kalau hari ni semua orang ternanti-nanti cerita 7 Petala Cinta,
biar aku dan dia saja yang ternanti-nanti cerita Cinta 7 Tahun.
kalau hari ini semua orang bercerita plan nak pegi tengok wayang 7 Petala Cinta,
biar aku dan dia saja yang bercerita plan setelah berCinta 7 Tahun.
kalau hari ini semua orang berkata-kata tentang manisnya cerita 7 Petala Cinta,
biar aku dan dia saja yang berkata-kata tentang manisnya Cinta 7 Tahun.
kalau hari ini semua orang berebut-rebut nak beli tiket wayang 7 Petala Cinta,
biar aku dan dia saja yang berebut-rebut nak update cerita Cinta 7 Tahun. ihiks ihiks. *malu* :P
kalau hari ini 15 Mac 2012, David Teo menayangkan 7 Petala Cinta di panggung wayang,
biar 15 Mac 2012 ini Husna Lana menerbitkan Cinta 7 Tahun di panggung blogspot.
nice tak? hee
macam kebetulan pulak kan. 7 Petala Cinta ditayangkan pada 15 Mac 2012.
kisah aku pulak, Cinta 7 Tahun genap pada 15 Mac 2012.
eh, sama la ngan kitewww *gaya Afdlin Shauki dlm Maharaja Lawak Mega*
seolah-olah David Teo tu sengaja buat cerita 7 Petala Cinta tu untuk meraikan aniberseri kami. haha. *bajet!!*
15 MAC 2005-15 MAC 2012
7 Tahun bukan tempoh yang singkat untuk aku benar-benar mengenali dia. mungkin 7 tahun ni tempoh kami bersama secara kasarnya. kalau secara halussssnya, mungkin baru mencecah 4-5 tahun. tolak zaman-zaman putus nyambung. kalau kira dari sudut berapa tahun mula kenal pulak, jawapannya hampir 10 tahun kott ! sejak Form 1 kat Jenan ! segalanya bermula kerana Kisah Kasut Bola ! nak tau kisah tu? haaaa, jeng jeng jengggg~ *kalau cukup sejuta orang vote untuk dengar kisah tu nanti baru aku bukak cerita. setuju? wuahahaha*
dalam 7 tahun ni, banyak perkara yang aku belajar daripada dia. betapa penyayangnya dia. betapa penyabarnya dia. betapa matangnya dia. betapa sanggup dia melayan kerenah aku yang tah-hapa-hapa-nih. dalam bajet-bajet cool dan macho dia tuh, boleh tahan jugak romantik. selalu jugaklahh buat aku tacingg terharuu. taaaapi, selalu jugak la dia suka cari pasal. ada je point nak nyakat aku, nak kutuk aku. ciss. geram. geram. kalau boleh sekeh, dah lama aku sekeh-sekeh je mamat tuh. brr =.= '
lagi satu, bila sebut 7 tahun, yang mendengar macam, wowwww. wowwwwwww. woahhhhhhhhhh. sambil nganga mulut. *aipp cik adik, nyamuk terbang masuk mulut nanti kang. free-free je dapat makan cekelat. isk isk isk....sambil-sambil tu semua pakat keluarkan buku nota dan pensel 2b untuk menyalin nota petua-petua menjaga perhubungan dan mencipta rekod couple lama-lama. eh adik-adikk, sabar. sabar. meh akak cerita. sebenarnyaa, sebenarnyaaaaa.... akak takda guna petua apa pun dik. hanya PERCAYA pada jodoh dan ketentuan yang telah ditentukan. insyaAllah, itulah yang terbaik ye adik-adik sekalian ;)
cinta kami, bukan kerana nafsu ingin bersama dan ingin memiliki. tetapi cinta kami atas dasar saling menyayangi dan saling melengkapi. so jangan hairanlah kalau aku berani buat pengakuan bahawa selama 7 tahun bercinta ni, kami hanya baru berjumpa 7 kali sahaja setakat ini. TUJUH KALI SAHAJA. 7 tahun vs 7 kali. kan suwittt gitu. setahun sekali kah? haha. biarlah itu menjadi rahsiaaa ;)
bohonglah kalau aku cakap percintaan jarak jauh ni tak ada risiko. sangat-sangat bohong. ombak, badai, tsunami, ribut, taufan dan macam-macam lagi pernah je melanda hubungan ni. tapi itu dulu. yang penting, nak atasi perkara tu, kena lah saling percaya. kalau tak percaya, silap haribulan memang Malaysia boleh cipta rekod Gunung Tahan jadi Gunung Merapi. haha
sebenarnya, banyak lagi perkara yang aku rasa nak kongsi kat sini. cerita tentang dia. tapi buat masa sekarang, biarlah perkara itu menjadi ingatan dan kenangan untuk kami. kalau cerita lebih-lebih nanti kang ada pulak orang muntah darah baca belog ni. especially si
Huda Luna tuh. ekeke :P
so, this is for you sayang ♥
HAPPY 7TH ANNIVERSARY MY DEAR !
I LOVE YOU SO MUCH.
THANKS FOR LOVING ME THE WAY YOU DO.
THANKS FOR BEING MY LOVE, MY FRIEND, MY SOULMATE, MY EVERYTHING!
IN ALL THE WORLD, THERE IS NO HEART FOR ME LIKE YOURS. IN ALL THE WORLD, THERE IS NO LOVE FOR YOU LIKE MINE ♥
 |
| Rekod : Gambar pertama berdua. masa Euphoria Dinner Form 4. haha |
Sekian.
thanks for reading. kalau suka, boleh like. sila datang lagi ^_^