Posts

Showing posts from December, 2010

misteri pakcik razak bersama Inche Apex Khairul Fahmi

Image
sedang asyik-ralit-tekun-khusyuk-sengih-berangan-terkenang-kesah-dolu-dolu melayan love story si apex sepet Khairul Fahmi dengan si gadis mixed Aimie Harmelia, tiba-tiba lagu Dangerous siulan Akon ft Kardinal Offishall berdering.
"arghhh malaun mana pulak yang dok mengacau petang-petang camnih. kot-kot la "my apek" call ke. tapi, tebiat apa dia nak call petang-petang. sekarang kan dia tengah kerja. hairan sungguh !"
malas-malas aku capai fon buruk aku. usha skrin. eh, unsaved number lah. 06677**** panggilan dari rumah orang. mungkin juga ofis orang. sapa pulak yang nak call aku dari melake or nogoie sombilan nih?
aku : hello?
dia : hello. hello. (mungkin tak dengar sebab fon buruk aku sudah tenat). husna ke?
alamak ! lelaki la dol. sapa pulak nih? gaya suara macam umur lingkungan 25-35 tahun.
aku : hello. ya. ni siapa?
dia : ouhh. ni pakcik razak. tak kenal ke?
pakcik razak mana pulak ni? otak aku berpusing-pusing cuba recall dan mencari nama 'pakcik razak' dalam t…

tanda seru !

Image
KEGUNAAN KATA SERU !

Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut, dan sebagainya. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun. Dalam bahasa Melayu, kata seru digunakan untuk membentuk ayat seru. Sumber Wikipedia.

Contoh 1 Cis, sakit sungguh jariku ini ! (SALAH) Aduh, sakit sungguh jariku ini ! (BETUL)
Contoh 2 Wah ! bergaya benar dia hari ini. (SALAH) Wah, bergaya benar dia hari ini ! (BETUL)
Ok murid-murid. Sila nyatakan apa perbezaan antara Contoh 1 dan Contoh 2? (aisehh, konon-konon dah jadi cikgu pulakk)
Kesalahan Contoh 1 : Tidak menggunakan kata seru yang betul. Gunakan kata seru berdasarkan gambaran perasaan yang dinyatakan dalam ayat tersebut.
Kesalahan Contoh 2 : Meletakkan tanda seru selepas kata seru dalam ayat seru. Untuk semua ayat seru, tanda serunya mestilah diletakkan di akhir ayat seru.
Kalau belajar Bahasa Melayu dulu, memang camtu l…

benda apa yang panjang-panjang tuu?

Image
hahh. jangan pk bukan-bukan boleh? aku nak cakap pasal entri aku lahh.
setakat aku buat blog nih, semua entri aku panjang-panjang. aku tak reti nak taip pendek-pendek. bila baca top blogger punya tips contohnya ini dan ini. part lain bole la folo tips-tips diorang. tapi part entri panjang n kurang gambar tu yang jadi masalah kat aku.
sebab aku suka merepek panjang-panjang kot? kalau korang bosan baca blog aku, cakap. bagitau. aku akan cuba baiki.
nak cakap tengs kat Blackrose lah sebab dia yang rajin amek tahu pasal blog aku. rajin komen. bagi tips-tips berguna. tegur aku entri panjang sangat. hehe. mekaseh la ye Encik Blackrose. akan ku cuba memendekkan entri-entri aku. nanti takdelah ko bosan baca blog aku kan? kan? hihi
kepada yang lain, tolong jangan compare blog aku dengan blog kakak aku. dia dah lama berblogging. aku baru je. dia cun. aku comot. dia lawa pandai bergaya, aku serabai tak reti fesyen. dia belajar pasal computer. aku belajar cikgu-cikgu. dia pendek, aku tinggi. tapi dia…

bagai menaiki rola kosta !

"Hari tu pergi pesta penang nak naik roller coaster betul-betul kau tak nak. Takut lah ape lah. Last-last kau pergi naik Euro Wheel yang bosan tuh jugak. Cehh tak mencabar langsung ! Membazir je token enam hengget untuk bende alah tu. Nasib baik lah lepas tu naik Sky Rider. Berbaloi-baloii la jugak!"
"Sekarang, kau rasa lah feel naik rola kosta tak ori nih. Haa, padan muka !"
 ********************
20/12/10 jam 0855 aku dah terpacak kat stesen bas lama Sg.Petani. Rasa-rasa bas p Shahab Perdana ada setiap setengah jam. Aku pandang-pandangjeling-jelingsikit kat platform bas Transnasional. Hampa. Takda bas. Aku tengok jam. Belum jam 0900. Jeling-jeling lagi, tengok memang ramai orang dok berdiri kat platform tu. Fuh, lega. Bas tak tinggal aku. Tapi mana bas ni? Malu-malu pulak nak munculkan diri. Isk.
Dengan muka cool, aku tunggu. Padahal dalam hati gabra gila. Yelah, dari SP nak pegi AS yang selangkah tu pun makan masa dekat dua jam setengah kalau naik bas. Kalau naik ker…

siapa cakap kucing tak ada jerawat?

Image
kau orang pernah tengok kucing ada jerawat? nah ni buktinya.

si Momel aku ditumbuhi tiga jerawat gatal atas hidungnya.
kesian Momel. lepas ni dah tak 'hot' la kat kawasan Ipoh Jaya ni. siapa mahu mengorat janda tak berhias yang ada tiga bijik jerawat kat hidung? nak harapkan Peng atau nama betulnya Indra? (kawan baik si Momel)
ah si Peng itu hanya tahu main saja. maklumlah. masih kanak-kanak. apa sangat la yang dia tahu selain menyorok pura-pura baik depan aku dan kakak aku dan hanya bergolek-golek dan bergesel-gesel mempamerkan sifat kemanjaannya apabila mahukan makanan. ha, itu saja yang dia tahu buat selain buat sepah satu rumah dan berak kencing sana sini dalam rumah. cukuplah hanya seekor Peng sahaja berada dalam rumah. tak perlu dua. tak perlu tiga. hanya seekor. ulang taip. hanya seekor ! Peng mampu menghancurkan keamanan yang ada di dalam rumah itu. sungguh hebat kan dia !
ok. cukup dulu cerita pasal Peng. mari kita teruskan cerita mengenai Momel.
Momel suatu ketika dahulu …

aku sudah 20. apa ertinya?

Image
ya. aku sudah berusia 20 tahun empat hari yang lalu. ada siapa-siapa rasa aku sudah tua? ada? ok, sila angkat kaki dan berambus dari page aku sekarang. berani kau kata aku tua? beta murka ! dijatuhkan hukuman buang daerah blogspot. muktamad. haha. ok, aku gurau saja. kang marah pulak taiko-taiko blog ni. dah la aku ni junior lagi dalam blog. berani pulak buat 'otai' kat sini. ok, tak kisahla orang nak cakap aku tua ke apa. janji aku tetap comel. kan? baik korang mengaku ! ah, jangan nak nafikan ok ! *perasan*
perkara biasa. bila siapa-siapa sudah mencecah usia baru, wish-wish akan berbunyi "selamat tua", "tahniah kau sudah tua", "selamat menyambut hari tua", "selamat menjadi tua", "tua sudah kamu", "welcome to alam tua" dan macam-macam tua lagi lah. serupa ja aku pun. bila wish orang, kadang-kadang nak jugak guna perkataan tua nih. kunun-kunun bergurau saja. betul. hanya gurauan. tiada niat lain. kalau tak percaya, sil…

sebab-sebab HARUS aku berblogging

Image
hai semua. akhirnya setelah sejuta kali garu-garu kepala memikirkan patut ke tak patut aku buat blog nih. haa ! ni la jawapannya. aku buat jugak. terima kasih kepada yang memberi sokongan. jasa kalian aku hadiahkan ucapan terima kasih ya.
haa? apa? tak cukup? terima kasih ja? hmm, apa nak bagi ya? nak gula-gula seposen tak? nah habuan kalian. 

ambil sorang satu dan pergi makan jauh-jauh ok. ops ! jangan lari jauh sangat. nanti sapa nak baca blog aku? *mata bersinar-sinar sambil berkelip-kelip* (macam Himawari adik Shin Chan yang ternampak emas dan lelaki handsome)
ok, sekarang bagi chance kat aku nak gilap bakat menulis yang dah lama terpendam nih. "haishh, awat tiba-tiba rasa nervous pulak nihh?" hatiku berkata. rasa nervous ni sebijik macam masa tunggu saat-saat suami aku nak angkat nikah dulu. risau gak sah ke tidak lafaz dia tu. almaklumlah nama aku ni panjang sangat. terbelit-belit lidah suami aku nak sebut dulu-dulu. tapi, Alhamdulillah. akhirnya kami berjaya diijabkabulk…