Posts

Showing posts from 2011

setelah sekian lama...

Image
setelah sekian lama tak demam. rasanya last aku demam masa kes H1N1 masa sem 1 dulu. sekarang? dah sem 5. Alhamdulillah, demam jugak akhirnya. hehe.
kalau dulu, demam aku sangat teruk. sampai tak boleh berjalan. tapi sekarang? kalau aku cakap demam pun orang takkan percaya. sebab? muka takda muka demam pun. kesian kan? diorang tak bagi chance langsung aku nak mengada-ngada sikit time demam. sob sob sob.


semoga Allah mencabut kesakitan dari diri kamu bersama gugurnya dosa-dosa lalu. semoga cepat sembuh ! sama-sama doakan ya? ^_^
sekian.

everything's wrong !

Image
wrong time, wrong question, wrong situation, wrong answer, wrong mood, wrong person. everything's wrong !
notakaki : tiba-tiba rasa malas gilaaa nak balik uni esok ! aku tak bersediaa untuk itu semuaaaaaaaaaaaaaaa ! =.="

sekian.

#7 resipi : Kek Batik Marie with telur & without telur

Image
Special to Zatil Kema @ Adek yang request nak tengok gambar kek batik yang akak buat. yang paling tak tahann, siap request suh buat tutorial kat youtube tuuu. haihh, idak ler teman nak buat video bagai. buek malu den sajo. cek bukannya pro-chef. trainee-chef pun belum tentu lagi diiktiraf. setakat 'chef' kat dapoq sendiri tu buleh la dok gagah sikit-sikit. hambek hangg rojak bahasa sudahh. haru ! 
alkesah kek batik ni feveret hang Adek oii, maka sila la buat sehingga dirasakan menjadi ya? dua kali dalam dok rasa tak menjadi kek tu (tak tau lah rupa tak jadi tu lagu mana), tapi licin jugak noh? hehe. ni haa akak post gambaq siap cara-cara nak buat. harap kali ni menjadi ye. kalau tak jadi jugak, takpa, tunggu nanti bila-bila akak buat special untuk Adek naa. haha sweet dak? kehkeh ;p
bahan-bahan (ada telur) :  300 gram biskut marie dipatahkan 4 (ikut suka nak patahkan cemana pun. nak susun selapis-selapis pun boleh) 1 cawan/ 125 gram butter (kalau takda butter, aku guna planta je) …

#WW : Wordless Wednesday #5 : Resipi yang tak sempat diupdate

Image

Perutusan Raya Aidilfitri 1432H oleh HusnaLana

Image
okeh, sila jangan gelak dengan tajuk di atas. itu je yang terlintas difikiran aku sekarang. sekali sekala nak feeling-feeling ala-ala 'datok-datok nenek-nenek' buat perutusan kat 'cucu-cicit', tak salahhh kann? kehkeh :D




di bulan yang mulia ini, marilah kita bermaaf-maafan, berjabat tangan, mengeratkan silaturrahim sesama keluarga, sanak saudara, sahabat handai, rakan taulan serta muslimin muslimat sesama Islam. lupakanlah sengketa lama, padamkanlah api kemarahan, hilangkanlah hasad dengki, hapuskanlah duka lara, lupuskanlah dendam membara dan tanamkanlah seribu satu kemaafan di dalam jiwa. ikhlaskanlah hati memohon keampunan dan kemaafan di atas segala khilaf dan salah silap yang pernah dilakukan semenjak diri bergelar seorang insan. ketepikanlah segala egois dan ikhlaskanlah hatimu jua untuk memaafkan kesalahan orang lain terhadapmu. tiada manusia yang sempurna melainkan Allah SWT. ringankanlah beban saudara seIslammu dengan memaafkan mereka, nescaya kamu akan mempe…

#6 resipi : Biskut Almond London

Image
Almond London? perghh feveret tuu. sape tak kenal biskut Almond London memang tak amarekaaa lahh orang tuu. hehe. antara biskut yang famous amos kot Almond London ni. macam tak lengkap koleksi biskut raya kat rumah kalau takdak Almond London ni. betul tak betul tak? ngee ;D
raya-raya sebelum ni, biasanya aku beli je biskut Almond London ni. tapi memandangkan tahun ni semua biskut raya akan dibuat (ya, aku sangat rajin untuk buat biskut raya tahun ni. cuti empat bulan sangatlah rugi kalau tidak dimanfaatkan sebaiknya. kehkehkeh) so aku cuba la cari-cari resipi biskut Almond London yang nampak sedap dan senang dibuat. sebab dua tahun lepas, Puan Dilah pernah cuba buat biskut ni. tapi resipi tu tak sedap. biskutnya keras. tskk =.="
setelah menilik, meneleng dan membanding beberapa resipi, aku macam berminat nak cuba resipi biskut Almond London yang Kak Rai buat dekat blog Sweet Vanilla. siap ada tutorial lagi untuk membuatnya. sapa-sapa yang berminat nak tengok tutorial nak buat bisku…

#5 resipi : Moist Chocolate Cake (kukus)

Image
MOIST CHOCOLATE CAKE BAHAN_BAHAN :
bahan A 1 cawan minyak masak/mentega cair 1 cawan gula kastor 1 cawan serbuk koko 1 cawan susu cair ½ cawan susu pekat manis (aku letak 1 sudu besar je susu pekat taknak manis sangat. tapi aku lebihkan gula kastor satu sudu besar. hehe)
bahan B (diayak bersama) 1¼ cawan tepung gandum (aku letak 1 cawan tepung gandum + ¼ cawan tepung naik sendiri) 1 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil serbuk penaik
bahan C 3 biji telur
Hiasan Lapisan Coklat 250 gram coklat masakan 1 sudu besar marjerin 130 ml double/whipping cream (krim putar) gula halus secukup rasa (aku letak 1 sudu besar. kalau taknak manis sangat, letak 1 sudu kecil je. ikut selera masing-masing ye. ehehe)
CARA-CARA :  1. masukkan semua bahan A dalam periuk dan panaskan sehingga gula larut. tutup dan sejukkan.

2. putar bahan C hingga kembang.


3. campurkan bahan A dan bahan C. kacau sehingga rata.



4. masukkan bahan B sedikit demi sedikit ke dalam bahan A+C tadi. kacau sehingga rata.



5. masukkan adunan ke dalam acuan …

#4 resipi : Biskut Sarang Semut

Image
BISKUT SARANG SEMUT
BAHAN-BAHAN : 250 gram mentega 100 gram gula halus 1 biji kuning telur 1 sudu kecil esen vanila 2 sudu kecil pewarna kuning 350 gram tepung gandum (diayak) 100 gram tepung jagung (diayak) chocolate rice sebagai hiasan acuan kertas secukupnya (adunan ni boleh dpt ±80 biji)

CARA MEMBUATNYA : 1. pukul mentega dan gula sehingga kembang.

2. masukkan kuning telur, esen vanila dan pewarna kuning. pukul lagi. 3. masukkan tepung gandum dan tepung jagung. gaul rata hingga adunan sebati.

4. parutkan adunan ke dalam bekas lain. (ada jugak tips yang cakap better masukkan dalam peti sejuk selama 10-15 minit dulu sebelum diparut. supaya sarang semutnya lebih cantik. tapi aku terus parut je. nak cepat. hehe)


5. sediakan acuan kertas dan masukkan 'sarang semut' itu tadi ke dalam papercup tersebut. guna sudu aje. hehe


6. then,taburlah chocolate rice sebagai hiasan. mula-mula aku tabur banyak-banyak chocolate rice tu. sukaaaa tengok 'semut-semut' yang banyak atas 'sarang'. s…

#3 resipi : Chocolate Chip Cookies

Image
CHOCOLATE CHIP COOKIES bahan-bahan : 250 gram mentega 115 gram gula halus 110 gram gula perang 1 biji telur 450 gram tepung gandum (nak campur dengan tepung jagung pun boleh. lagi rangup) 3 sudu besar cocoa powder 1 sudu kecil soda bikarbonat / baking powder (mana-mana pun boleh) 100-150 gram chocolate chips (ikut suka nak letak banyak mana. lagi banyak lagi sodap. kikiki) 100-250 gram gajus dipanggang dan dicincang halus (nak gantikan dgn badam pun boleh. ikut selera masing-masing la. tapi aku letak 100g je gajus sbb tak suka kacang sgt then aku lebihkan cokelat chip. hehe)

cara membuatnya :
1. pukul mentega, gula halus dan gula perang sehingga kembang.


2. masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati. 3. masukkan tepung gandum+soda+serbuk koko yang telah diayak sedikit demi sedikit. gaul sehingga rata. 4. masukkan cokelat chip dan gajus yang dicincang halus. kacau lagi sehingga adunan sebati.

5. buat bulat kecik-kecik then tekan dengan garfu atau gunalah acuan bulat (kalau ada). nak buat besar-besa…