Posts

Showing posts from March, 2017

Kembali

Pabila diri semakin dewasa,
Pabila banyak perkara perlu diutama, Pabila masa mencemburui dunia, Pabila jiwa tak sentiasa muda, Pabila akal tak selalunya sedia.
Harus bagaimana? Harus seperti apa? Harus berapa lama? Harus ke mana?
Mencari identiti dalam diri. Mencari hakikat yang tersembunyi. Mencari harta yang digali. Mencari bahagia tiada ganti. Mencari kepuasan duniawi. Mencari cinta yang hakiki. Mencari apa yang dimahui, Terlupa pada Yang Maha Memberi.
Kembalilah.  Usah dibiarkan diri, Dimamah waktu. Dihanyut rasa, Dihambat duka. Dipaut sesal. Dipegang janji. Dipersia usia.
Diperdaya dunia.
Kembalilah. Pada Pencipta.
Yang Maha Kuasa.
Sujud dan berdoa. Kau akan bahagia.

Sekadar nukilan di waktu senja. Tiba-tiba rasa nak menulis. Moga tulisan kerdil menjadi inspirasi untuk masa mendatang.