Friday, March 24, 2017

Kembali

Pabila diri semakin dewasa,
Pabila banyak perkara perlu diutama,
Pabila masa mencemburui dunia,
Pabila jiwa tak sentiasa muda,
Pabila akal tak selalunya sedia.

Harus bagaimana?
Harus seperti apa?
Harus berapa lama?
Harus ke mana?

Mencari identiti dalam diri.
Mencari hakikat yang tersembunyi.
Mencari harta yang digali.
Mencari bahagia tiada ganti.
Mencari kepuasan duniawi.
Mencari cinta yang hakiki.
Mencari apa yang dimahui,
Terlupa pada Yang Maha Memberi.

Kembalilah. 
Usah dibiarkan diri,
Dimamah waktu.
Dihanyut rasa,
Dihambat duka.
Dipaut sesal.
Dipegang janji.
Dipersia usia.
Diperdaya dunia.

Kembalilah.
Pada Pencipta.
Yang Maha Kuasa.
Sujud dan berdoa.
Kau akan bahagia.


Sekadar nukilan di waktu senja. Tiba-tiba rasa nak menulis. Moga tulisan kerdil menjadi inspirasi untuk masa mendatang.




Monday, November 24, 2014

New Look? Wajah baru?

Lupa nak screenshot design blog lama. Tiba-tiba gatal tangan edit design pilih yang paling simple dan save! Then, say goodbye pada template lama yang dulu-gigih-cari-tutorial-nak-make-up-blog-begitu-begini dan sekarang? One shot, semua lesap! Kah. Ok, tak apa. Dah dewasa kan? Jadi, blog pun haruslah berwajah dewasa sikit. Ye dak?

Moga momentum untuk menulis selepas ini semakin baiklah ye? Jangan hangat-hangat-taik-kuceng saja. Lulz.

Monday, August 13, 2012

Pinjaman

semua dalam dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata. pabila sampai masanya, kita perlu memulangkannya kepada pemilik asal dan diri kita sendiri juga akan dipulangkan kepada Maha Pencipta. jadi, jangan nak berlagak dengan segala apa yang kau miliki. kerana, semua yang kau miliki sekarang hanyalah pinjaman. bukan hak milik kau yang kekal. suatu hari nanti, pasti kau akan kehilangan segala yang kau miliki kini. to be short, bersyukurlah dengan apa yang kau ada sekarang dan hargailah ia. kerana, masa untuk kau miliki apa yang kau ada sekarang tidak lama dan kau tidak akan tahu bila semuanya akan ditarik semula daripada kau. jadi ingat, SYUKUR ! :)

Sunday, February 5, 2012

suka tangguh?



arghh, bising la alarm nih. 5 minit lagi aku bangun laa. SNOOZE. 

selepas 5 minit, adehh ngantoknyaa. lima minit lagi. lima minit lagi. SNOOZE.

selepas sepuluh minit, KROHH KROHHH KROHHHHHHHHHHHH. *sambung mimpi kahwen dalam taman bunga*

tiba-tiba kena sengat dengan lebah. sebab nak curi madu yang kroni-kroni lebah penat-penat kumpul. 

auchhh, sakitlah ! terus terjaga. tengok jam, HAMAGADDD ! aku dah terlambat pegi kelas ! baru kelam kabut cari bakul mandi dan tuala. sempat mandi stail P. Ramlee jela. cuci taik mata.


rasa-rasa, pernah alami tak situasi macam ni?

to be continue................



sekian.

Thursday, October 20, 2011

setelah sekian lama...

setelah sekian lama tak demam. rasanya last aku demam masa kes H1N1 masa sem 1 dulu. sekarang? dah sem 5. Alhamdulillah, demam jugak akhirnya. hehe.

kalau dulu, demam aku sangat teruk. sampai tak boleh berjalan. tapi sekarang? kalau aku cakap demam pun orang takkan percaya. sebab? muka takda muka demam pun. kesian kan? diorang tak bagi chance langsung aku nak mengada-ngada sikit time demam. sob sob sob.



semoga Allah mencabut kesakitan dari diri kamu bersama gugurnya dosa-dosa lalu.
semoga cepat sembuh ! sama-sama doakan ya? ^_^

sekian.

Sunday, September 4, 2011

everything's wrong !

wrong time, wrong question, wrong situation, wrong answer, wrong mood, wrong person. everything's wrong !

notakaki : tiba-tiba rasa malas gilaaa nak balik uni esok ! aku tak bersediaa untuk itu semuaaaaaaaaaaaaaaa ! =.="

sekian.

Saturday, September 3, 2011

#7 resipi : Kek Batik Marie with telur & without telur



KEK BATIK MARIE/KEK BATIK COKLAT
gambar ni ehsan google. saja bagi korang terliur tgk gambar ;p

Special to Zatil Kema @ Adek yang request nak tengok gambar kek batik yang akak buat. yang paling tak tahann, siap request suh buat tutorial kat youtube tuuu. haihh, idak ler teman nak buat video bagai. buek malu den sajo. cek bukannya pro-chef. trainee-chef pun belum tentu lagi diiktiraf. setakat 'chef' kat dapoq sendiri tu buleh la dok gagah sikit-sikit. hambek hangg rojak bahasa sudahh. haru ! 

alkesah kek batik ni feveret hang Adek oii, maka sila la buat sehingga dirasakan menjadi ya? dua kali dalam dok rasa tak menjadi kek tu (tak tau lah rupa tak jadi tu lagu mana), tapi licin jugak noh? hehe. ni haa akak post gambaq siap cara-cara nak buat. harap kali ni menjadi ye. kalau tak jadi jugak, takpa, tunggu nanti bila-bila akak buat special untuk Adek naa. haha sweet dak? kehkeh ;p

bahan-bahan (ada telur) : 
300 gram biskut marie dipatahkan 4 (ikut suka nak patahkan cemana pun. nak susun selapis-selapis pun boleh)
1 cawan/ 125 gram butter (kalau takda butter, aku guna planta je)
½ cawan susu pekat manis
2 cawan milo
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan nestum/oat yang dikisar halus
3 biji telur (dipukul)

bahan-bahan (tanpa telur) :
sama saja seperti bahan diatas kecuali telur, cuma bezanya perlu ditambah ;
¼ cawan susu pekat manis
3 sudu besar susu segar
1 sudu kecil minyak sapi (tak letak pun tak apa. aku saja tambah)

cara-cara membuatnya : 
1. patah-patahkan biskut marie.



2. campurkan kesemua bahan diatas api kecik/sederhana. cairkan butter terlebih dahulu. kemudian masukkan susu pekat, serbuk koko dan milo sedikit demi sedikit sambil dikacau rata supaya bahan-bahan tak mengeras. kemudian masukkan esen vanila dan nestum/oat, kacau lagi sehingga adunan memekat. (kalau masukkan telur, campurkan telur ke dalam bahan-bahan itu sekali dan kacau rata)


3. apabila bahan-bahan coklat tadi dah memekat, tutup api. kemudian curahkan ke dalam bekas yang mengandungi biskut marie yang dipatah-patahkan tu. gaul sehingga rata. sehingga semua permukaan biskut marie disaluti coklat. baru best. hehe


4. kemudian, masukkan marie diselaputi coklat tadi ke dalam acuan/loyang/bekas yang korang nak guna tu lahh. (aku guna tupperware je. senang. boleh tutup dengan penutup tupperware tu. so kalau dalam peti sejuk ada air-air, takdala tumpah atas kek batik aku ni haa. hehe)


5. tekan-tekan marie coklat dalam bekas tu sampai padat dan meliputi seluruh ruang bekas. haa, ni lahh rupanya setelah ditekan-tekan hingga padat. (Adek, sila take note ya. haha). kalau nak efek lebih dramatik sikit, korang bolehlah tabur milo/gula manik/badam atau apa-apa bahan yang sesuai sebagai hiasan kek batik anda.


6. sejukkan dulu kek batik anda pada suhu bilik. (tadi kan masak atas api. so sejukkan dulu la. jangan panas-panas terus masukkan dalam peti sejuk. kang tak jadi kek korang, haa tak tauu la. hihi) then baru masukkan ke dalam peti sejuk supaya kek menyejuk dan mengeras. biarkan coklat dan biskut marie itu membentuk bonding yang kukuh dalam peti sejuk. hehe

keluarkan dari peti sejuk, potong, hidang dan makan ! nyummy ! :D


tadaaa, ini la rupa lapisan kek batik setelah dipotong. (amek gambaq special semata-mata nak tunjuk kat Adek)


kek batik ni banyak versi dan cara membuatnya. aku takdalah cakap resipi ni yang superb sedap, tapi setakat yang dicuba, aku suka resipi ni. rasa coklatnya memang mavelesss ! ohsem ! nak lagi awesome, cairkan skali coklat masakan dalam bahan-bahan atas api tadi. wow ! tu memang ohsem gilaa la rasa coklat. oh, jangan terkejut, aku memang gila coklat. ngee :D

kek paling senang untuk dibuat. rugi kalau tak cuba. so selamat mencubaaa ^__^

sekian.

Kembali

Pabila diri semakin dewasa, Pabila banyak perkara perlu diutama, Pabila masa mencemburui dunia, Pabila jiwa tak sentiasa muda, Pabil...