"ok ye murid-murid. mari kita sambung pembelajaran kita. hari ni cikgu nak mengajar tentang komunikasi. komunikasi terbahagi kepada dua iaitu ..."
"cikgu, bukan ada banyak ke? komunikasi secara lisan, bukan lisan, penulisan, dan bahasa isyarat?"
eh budak-budak sekarang ni sangat bijak. tak sempat kita habis cakap dah potong. tak boleh nak kelentong sikit. isk *monolog*
"ya ya ya Atan, komunikasi ada banyak jenis. betul la yang kamu cakap tu. secara lisan macam sekarang ni cikgu sedang cakap dengan kamu. bukan lisan pulak mimik muka dan gaya tubuh macam angkat kedua-dua bahu tanda tak tahu (mata ke atas, tangan ke bahu?). ya betul la macam yang kamu sedang buat tu. penulisan pula yang macam cikgu BM ajar kamu buat karangan dan bahasa isyarat? kamu pernah lihat orang istimewa berkomunikasi?"
"pernah ! guna jari aje cikgu ! macam iklan Rejoice tuuu."
"eh eh kamu ni. bergurau pulak. haa iyela tu Atan. tapi hari ni cikgu nak fokus pada dua jenis komunikasi iaitu ...."
"ok saya paham cikgu!"
eh tak sempat habis cakap dah paham? budak-budak sekarang. hmm bijak bijak. tentu si manja Nespray. *iklan lagi*
**********
komunikasi secara lisan
face-to-face, perbincangan dalam kumpulan, mesyuarat, panggilan telefon, dan apa jua situasi yang memerlukan kita bercakap.
kebaikan :
1. mudah, tak perlukan persediaan yang kompleks : suarakan apa yang difikirkan
2. maklumat dapat disampaikan secara jelas dan menyeluruh : kalau tak paham, boleh ditanya terus.
3. maklum balas diterima dengan cepat : kita cakap, orang respon.
keburukan :
1. disertakan dengan emosi : kalau tengah marah? kesian orang lain kena sembur.
2. maklumat yang disampaikan tidak direkodkan : cakap, cakap n cakap, seminggu lepas tu dah tak ingat apa yang dicakap.
komunikasi secara tulisan
memo, surat, laporan, nota, dan apa jua kaedah lain yang memerlukan tulisan untuk menghantar makna.
kebaikan :
1. tetap dan kekal : baca seribu kali pun maklumat yang sama. tak berubah.
2. hasil pemikiran dan pertimbangan. boleh dirujuk semula : sebelum mengarang, boleh fikir dulu. lepas karang, boleh baca lapanpuloh kali sebelum publish kalau lupa penah cerita pasal apa, boleh rujuk blog archive *contoh*
3. dapat disediakan dengan mudah : amek pen dan kertas, tulis jela. bukan susah pong !
keburukan :
1. memerlukan masa yang panjang : nak karang perlu masa, nak taip pun amek masa jugak. nak bagi orang baca? tambah-tambah karangan panjang macam aku ni? mau setengah jam orang nak baca. keh3 ;D
2. emosi tidak disertakan. salah faham boleh berlaku : kalau aku cakap hai, means aku sopan. kalau aku cakap hoi, means aku ganas. tapi hakikatnya? *err paham tak contoh ni?
3. mempunyai maksud tersurat dan tersirat : macam entri blog ni? ha apa yang tersurat? apa yang tersirat?
ok maklumat di atas diambil dari nota kuliah aku dan diolah sikit oleh aku. sebab nota kuliah tu dalam BI. kihkihkih ;D
antara bercakap dan menulis, korang prefer yang mana? majoriti blogger akan pilih penulisan sebab mereka suka menulis dan mengarang. kalau tak, buat apa mereka berblogging kan kan. HEHE
mungkin certain orang lebih suka berkata-kata dan berhujah untuk sampaikan maklumat. ni kategori ekstrovert. mereka fikir senang je bercakap. nak menulis ni leceh. tapi kadang-kadang, banyak bercakap pun bahaya jugak. sebab bila bercakap, kita sertakan emosi. kalau sedih, nada sedih. kalau marah, memang sampai terkeluar la segala makian dan carutan. tapi, adakah elok emosi itu dilontarkan kepada orang lain? orang yang mendengar pula macam mana?
 |
jerit + caci + maki = ? |
 |
orang yang mendengar? |
and ada jugak orang yang lebih suka menulis berbanding cakap. mungkin kategori introvert. tapi ada juga jenis ekstrovert yang suka bercakap dan menulis pada masa yang sama. masalah, pengalaman, pendapat semuanya ditulis. mungkin dengan menulis, boleh hilangkan tekanan. tak payah susah-susah cari pendengar yang setia. sebab kadang-kadang cerita kat orang pun belum tentu rahsia tu selamat. ada jugak si mulut tempayan. so daripada sakit hati dengan si mulut tempayan, baik tulis karangan berjela-jela dalam diari peribadi. atleast dapat jugak lepaskan tekanan sambil rahsia tu pun selamat. ye dak? ada jugak yang suka menulis sebab hobi. kesimpulannya, macam-macam sebab untuk menulis. tapi yang jadi masalah, hasil tulisan itu takde emosi. kadang-kadang kita tulis rasa macam biasa je, tapi orang yang baca fikir kita sedang marah. mungkin cara penyampaian dan penerimaan manusia itu yang berbeza. ohh sebab itula pensyarah aku selalu cakap, "Manusia Itu Unik". sebab? manusia itu pelbagai. walaupun pasangan kembar, tetap berbeza personalitinya. kan?
 |
besau nyau pensil dari orang ;D |
kalau masa belajar pulak, bercakap dan dengar pensyarah bercakap tanpa tulis, agak-agak exam nanti korang boleh score tak? kalau boleh, memang long term memory storage korang power laa. tapi kalau masa belajar, kita catat apa pensyarah cakap, bila exam nanti kita buat peneguhan dalam minda dengan baca semula nota yang dicatat, agak-agak boleh dapat 4 flat tak? hihi ;D
ada masanya kita perlu bercakap dan ada masanya kita perlu menulis. so, korang prefer bercakap ke menulis?
notakaki : aku rasa aku prefer menulis daripada bercakap.
atleast sebelum tulis kita boleh berfikir dulu nak tulis pasal apa sebelum orang baca. takdelah main tulis sampai buat orang sakit hati dengan kita. kalau bercakap? kadang-kadang terlepas cakap mungkin? tak sempat berfikir sebelum cakap mungkin? emosi tak stabil sampai tercakap perkara yang tak sepatutnya mungkin? ahh itu semua alasan. kuikuikui ;D
cukup matang tak entri ni? ada orang jawab kat polls nuffnang sebelah ni nak entri matang dari aku. so sebagai bakal cikgu, saja test market entri macam ni. agak-agak?
sekian.