Tuesday, May 3, 2011

koc wanita untuk lelaki?

ada dua golongan yang tak paham bahasa dan juga tak paham bahasa kuasa dua.

kau berjambang. kau bermisai. kau berhalkum. kau berpakaian lelaki. eh kau sedar tak kau tu lelaki? kalau kau tahu kau tu lelaki, koc pink-pink ni bukan untuk kau ! ngerti?

kau rambut panjang. kau pakai shawl. kau muka ayu. kau ada benda yang lelaki tak ada. kau pakai heels. eh kau perempuan kan? kalau kau perempuan, ya, koc pink-pink ini untuk kau. sesuai dengan baju pink kau. tapi yang kau bawak keturunan berhalkum masuk koc pink-pink ni kenapa?
terang dan nyata sekali untuk WANITA !
first masalah orang lelaki yang tak paham-paham bahasa. tak reti membaca? mungkin tak reti mengeja jugak?ohh mungkin masa pergi sekolah dulu tak sempat belajar kot sebab cikgu cuti bersalin lama sangat? =.=" alasan lapok bagai teringin nak kunyah selipar. atleast, kalau tak tahu sangat, takkan la tak paham kartun pink-pink yang comel itu? siap pakai dress lagi. sebijik macam sign kat toilet. kat toilet kau tak salah masuk pulak eh? pandai pulak kau masuk toilet berkartunkan muka bulat dan berdada bidang. eh tiba-tiba dah pandai membaca sebab cikgu dah habis cuti bersalin? urghh =.="
lelaki : muka bulat berdada bidang
wanita : muka bulat bermini dress
*caption tak menahannn. HAHA*
paling tak menahan, kau tu lelaki, siap cakap excuse me excuse me pulak kat wanita sebab nak join sesi sumbat menyumbat dalam koc itu. siap kau pulak yang tolak-tolak kaum wanita. ehh ini sudah melebih ! sekali kena maki dengan sorang wanita yang agresif, dengan lantangnya si wanita itu berkata, "hey this coach is not for you lahh !". serentak semua wanita-wanita yang dah jadi isi tin sardin dalam koc pink itu menoleh ke arah lelaki yang kecelaruan jantina itu tadi. setelah tertusuk dek panahan jelingan mata berdas-das, barulah lelaki kecelaruan itu tadi berkata I'm Sorry ala-ala gaya Amir Maharaja Lawak. euww~

second masalah orang perempuan yang double tak paham bahasa ! kalau kau bersiar-siar naik komuter dengan kaum berhalkum dan berdada bidang itu, tak perlu la nak bawak diorang tumpang dua kaki masuk koc pink tu sekali dengan kau. kau naik ajelah koc biasa. kaum berdada bidang itukan sasa, boleh protect kau sambil buat drama sebabak dalam komuter. atleast takde lah kaum ayu-ayu comel-comel ni sakit mata tengok drama sebabak kauorang dalam koc pink-pink itu. haiyaa !

lagi satu hal, kau tu kakak/sepupu/mak/makcik? (tak sempat nak interview) bawak adik-beradik-sepupu-sepapat-kaum-kerabat berjantina lelaki berderet-deret bagai panjang keretapi pulak kan. dah tahu adik-beradik-sepupu-sepapat-kaum-kerabat itu lelaki, naik ajelah koc biasa. ini tak, kau fikir sebab kau perempuan dan kau tu kakak/sepupu/mak/makcik, kau ada hak la untuk biarkan adik-beradik-sepupu-sepapat-kaum-kerabat kau duduk dalam koc pink tu? kononnya tanggungjawab kau sebagai kakak/sepupu/mak/makcik nak kena jaga adik-beradik-sepupu-sepapat-kaum-kerabat. oh, macam tu rupanya. habis mana pergi pulak tanggungjawab kau sebagai masyarakat yang prihatin dengan keadaan sekeliling? kau nak rasa selamat duduk dalam koc wanita sambil jaga adik-beradik-sepupu-sepapat-kaum-kerabat yang usia dah boleh kahwin (kalau budak kecik tak kisah sangat la kan), tapi kau tak fikir pulak wanita lain boleh rasa terancam dengan adik-beradik-sepupu-sepapat-kaum-kerabat kau yang berhalkum itu? puh-lis la jangan selfish.
tak paham-paham lagi?
notakaki : bengang gila naik komuter tadi. terhimpit mengalahkan Roti Impit Ayamazz. kalau bau sedap takpe gak, ini bau bacin tak pakai dorono ! cis !

sekian.

19 comments:

mira said...

Assalamualaikum..
setuju. ramai lagi yg tk faham bahasa dn selfish! wlaupun tk pernah lagi lah mngalami pngalaman mcm tu.. hehe.
nice entry! :)

Aleen Aiden said...

wow marahnye u ols nih.apsal xcocok dgn ujung payung je mamat tu?hee :P

Aleen Aiden said...

oleh sebab akak pakai netbuk,jadik xcukup besau untuk memuatkan shoutbox tu.xbley nak taip!ha3
eh,budak tembam,apsal akak plak yg sengal?hu3.geget kang!

Pja Ismail said...

HAHAHAHA. cool ape lelaki yg naik coc wanita tuuuuuuuuuuuu. tak malu pun.
terfikir utk menulis entry mcm ni but awak dh tulis duluuuuuuuuuuuu.;p

Phantom said...

OH mesti best kan koc pink tu

Susah betul nak terangkan dekat orang yg tak faham,dah sah2 pink nak masuk gak,arghh,mungkin dia minat pink dan dia terlampau teruja tu sbb dia masuk.Haha.*tak boleh blah.

muhsin.aminudin said...

macam mana kalo komuter penuh? yg ada, komuter untuk wanita? dan lelaki tu dalam kecemasan?

PENCONTENG said...

nice one dear!

tapi masalah lagi satu, bila da golongan yang berbidang, bermisai atas bawah,yang original malaysia tahan lagi bau dia, yang oversea pelbagai perisa dan warna tu yang paling tak tahan bau dia, lagi pulak kalau kena duduk sebelah kan. haish. memang lagi tak tahan la oh. keluar dari train memang kena ambik oksigen la balik.

Anonymous said...

hulamak!! giler r senah..superb r..ko bley b'tanding utk MPP ni wei..ala..mcm esei BBI 2421 yg kite jawab td..keh3..mmg ak b'kempen utk ko la..

Huda Luna said...

hahah bengong ayat mmg das das

Nik said...

setuju.ade jenis lelaki yg tak malu.mmg jenis kena sound ni.

Husna Lana said...

@mira
waalaikumussalam. ye, memang susah nak bg org paham bahasa. hehe thnx for ur comment :D

Husna Lana said...

@aleen aiden
ala ai lupa bawak payung pulak masa tu. HAHA. eh nape netbuk mmg takleh view shoutbox eh? akak sengal sebab entri sengal. suka la entri2 akak. hehe ;pp

Husna Lana said...

@Pja Ismail
memang tersangat cool lah lelaki itu. muka tak bersalah pun. isk. alaa takpe, nanti nak baca pasal koc wanita versi pja ismail pulak okai? ;D

Husna Lana said...

@Diyana
err tak best sangat pun. sebab selalu je sesak. bau macam-macam. aiyark. hehe

itulah. mungkin dia minat kaler pink tapi segan nak pakai baju pink. so dapat masuk koc pink pun dah kira okey. HAHA

Husna Lana said...

@muhsin.aminudin
koc lain jarang penuh. koc wanita yang selalu penuh macam sardin.

Husna Lana said...

@oreo oreo
haha betul betul. masa dalam tren kena tarik nafas dalam dalam pastu tahan. pelbagai perisa sangat sampai jadi rojak. hehe ;p

Husna Lana said...

@Anonymous
haha ni mesti ikin. weh tade kaitan weh. ini mengarut2 je aku boleh la. nak kempem? oh i'm sorry ! HAHA

Husna Lana said...

@Huda Luna
pakai peluru kalis udara. err ;p

Husna Lana said...

@nik rosmawati
kalau sound makan saman takpe, kalau tak? kita jela yang makan hati. isk

Kembali

Pabila diri semakin dewasa, Pabila banyak perkara perlu diutama, Pabila masa mencemburui dunia, Pabila jiwa tak sentiasa muda, Pabil...