Wednesday, August 31, 2011

Perutusan Raya Aidilfitri 1432H oleh HusnaLana



okeh, sila jangan gelak dengan tajuk di atas. itu je yang terlintas difikiran aku sekarang. sekali sekala nak feeling-feeling ala-ala 'datok-datok nenek-nenek' buat perutusan kat 'cucu-cicit', tak salahhh kann? kehkeh :D

sila contohi yang berdua di kanan : saling bermaafan.
jangan contohi yang berdua di kiri : saling bergosip. hihihi :PP

di bulan yang mulia ini, marilah kita bermaaf-maafan, berjabat tangan, mengeratkan silaturrahim sesama keluarga, sanak saudara, sahabat handai, rakan taulan serta muslimin muslimat sesama Islam. lupakanlah sengketa lama, padamkanlah api kemarahan, hilangkanlah hasad dengki, hapuskanlah duka lara, lupuskanlah dendam membara dan tanamkanlah seribu satu kemaafan di dalam jiwa. ikhlaskanlah hati memohon keampunan dan kemaafan di atas segala khilaf dan salah silap yang pernah dilakukan semenjak diri bergelar seorang insan. ketepikanlah segala egois dan ikhlaskanlah hatimu jua untuk memaafkan kesalahan orang lain terhadapmu. tiada manusia yang sempurna melainkan Allah SWT. ringankanlah beban saudara seIslammu dengan memaafkan mereka, nescaya kamu akan memperolehi ganjaran yang lebih besar kelak. insyaAllah.


Dari Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda:
“Barangsiapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, nescaya Allah S.W.T akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat. Barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, pasti Allah S.W.T akan meringankan penderitaannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup keaiban seorang Muslim, pasti Allah S.W.T akan menutup keaibannya di akhirat kelak. Allah S.W.T pasti akan menolong hambaNya selagimana hambaNya berusaha menolong saudaranya…”
                 (Hadis Riwayat Muslim)

maka dengan itu, diri ini dengan rendah hati ingin memohon seribu keampunan dan kemaafan atas segala salah silap yang pernah dilakukan samada secara sengaja atau tak sengaja terhadap anda semua. kadangkala apabila emosi menenggelamkan kewarasan akal, pastinya diri ini ada terkasar bahasa, terlanjur kata, tersilap bicara, terlepas perbuatan serta terlakukan sesuatu yang tidak sepatutnya. harap dimaafkan segala khilaf diri ini. ampun dan maaf dipinta. maaf zahir dan batin.

juga sekiranya diri ini ada terpinjam atau terambil harta benda kalian secara sengaja atau tidak dan masih belum berbayar, sila la tuntut semula. sedaya upaya akan kucuba pulangkan selagi termampu. maaf atas sikap pelupa diri ini. sekiranya tidak dituntut, harap dihalalkan segalanya ye? terima kasih. ^_^

perutusan ini dengan seikhlas hati ditujukan buat anda semua :
Tuan Syed, Puan Dilah & Huda Luna
Auntie Yom, Auntie Piah, Abg E, Abg Eli, Abg Bol, Kak Zura & Abg Ayen
Pak Sulong & keluarga, Cik & keluarga, Cu & keluarga
Mak Teh & keluarga : Adam, Angah, Achik & Iwan
dan semua keluarga di Penang, Kedah, Terengganu, KL, dan serata Malaysia (kalau nak mention semua, memang tak cukup satu entri nanti. hehe)

Cikgu Rusmina & rakan-rakan Tadika TTS
Cikgu-cikgu serta rakan-rakan SKMH special to Athirah, Shazwani, Suhaanis, Faizura, Syazwani, Mardhiah, Adila, Sarah Hani & Sh.Nazwin
Sahabat-Sahabat REVOLUTION GENERATION
warga rumah PENDETA
Cikgu-cikgu serta warga SMSAH/JENAN
Classmate F7P3 & F4P3, Pensyarah-pensyarah serta warga KMK
Floormate BELLA, Coursemate BnK, Pensyarah-pensyarah, warga UPM serta warga KTDI
rakan-rakan blogger
kenalan-kenalan luar
kenalan-kenalan alam maya
dan semua yang mengenali diri ini
^_^

Special to them : 
My BFF ever : Yan, Ain, Mira, Zulkarnain & Crab
My Lovely Sibs : Angah, Adek & Alang
My Adek sayang : Naftmira
Geng Name Square : Jenjen, Mamal, Qaqa, Nenes, Qoqoi & Dede
My precious Roomates : Dea, Pikapie, Lizzah, Sara, Kak Aelyn, Kak Ateh
Geng Sempit : Eyda, Ikin, Syuhada, Eqa & Norli
My Team Bonding (hehe) : Mira, Pah, Anis, Qutie & Fira
and last but not least, you ! yes you ! 
thanks for reading :)

SALAM LEBARAN. 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. 
MAAF ZAHIR DAN BATIN.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-54. 
yeah, MERDEKA !
SALAM MERDEKARAYA !
^____^


raya 2010 with Coursemate BnK

raya 2010 with Geng Sempit

sekian.

4 comments:

waniawin said...

ngeng! apa pulak angah ngn teyra bergosip? grrr. haha. selamat hari raya!

Husna Lana said...

@waniawin
hehe saja buat efek dramatik sikit. ngeh3 :D

selamat hari raya agh ! nnt fotoshoot lg noh ! yay !:D

Jajas said...

selamat hari raya...banyak la dpt duit raya ni...

zainul zaki said...

lor,,masjid besi...

Kembali

Pabila diri semakin dewasa, Pabila banyak perkara perlu diutama, Pabila masa mencemburui dunia, Pabila jiwa tak sentiasa muda, Pabil...