#7 resipi : Kek Batik Marie with telur & without telur



KEK BATIK MARIE/KEK BATIK COKLAT
gambar ni ehsan google. saja bagi korang terliur tgk gambar ;p

Special to Zatil Kema @ Adek yang request nak tengok gambar kek batik yang akak buat. yang paling tak tahann, siap request suh buat tutorial kat youtube tuuu. haihh, idak ler teman nak buat video bagai. buek malu den sajo. cek bukannya pro-chef. trainee-chef pun belum tentu lagi diiktiraf. setakat 'chef' kat dapoq sendiri tu buleh la dok gagah sikit-sikit. hambek hangg rojak bahasa sudahh. haru ! 

alkesah kek batik ni feveret hang Adek oii, maka sila la buat sehingga dirasakan menjadi ya? dua kali dalam dok rasa tak menjadi kek tu (tak tau lah rupa tak jadi tu lagu mana), tapi licin jugak noh? hehe. ni haa akak post gambaq siap cara-cara nak buat. harap kali ni menjadi ye. kalau tak jadi jugak, takpa, tunggu nanti bila-bila akak buat special untuk Adek naa. haha sweet dak? kehkeh ;p

bahan-bahan (ada telur) : 
300 gram biskut marie dipatahkan 4 (ikut suka nak patahkan cemana pun. nak susun selapis-selapis pun boleh)
1 cawan/ 125 gram butter (kalau takda butter, aku guna planta je)
½ cawan susu pekat manis
2 cawan milo
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan nestum/oat yang dikisar halus
3 biji telur (dipukul)

bahan-bahan (tanpa telur) :
sama saja seperti bahan diatas kecuali telur, cuma bezanya perlu ditambah ;
¼ cawan susu pekat manis
3 sudu besar susu segar
1 sudu kecil minyak sapi (tak letak pun tak apa. aku saja tambah)

cara-cara membuatnya : 
1. patah-patahkan biskut marie.



2. campurkan kesemua bahan diatas api kecik/sederhana. cairkan butter terlebih dahulu. kemudian masukkan susu pekat, serbuk koko dan milo sedikit demi sedikit sambil dikacau rata supaya bahan-bahan tak mengeras. kemudian masukkan esen vanila dan nestum/oat, kacau lagi sehingga adunan memekat. (kalau masukkan telur, campurkan telur ke dalam bahan-bahan itu sekali dan kacau rata)


3. apabila bahan-bahan coklat tadi dah memekat, tutup api. kemudian curahkan ke dalam bekas yang mengandungi biskut marie yang dipatah-patahkan tu. gaul sehingga rata. sehingga semua permukaan biskut marie disaluti coklat. baru best. hehe


4. kemudian, masukkan marie diselaputi coklat tadi ke dalam acuan/loyang/bekas yang korang nak guna tu lahh. (aku guna tupperware je. senang. boleh tutup dengan penutup tupperware tu. so kalau dalam peti sejuk ada air-air, takdala tumpah atas kek batik aku ni haa. hehe)


5. tekan-tekan marie coklat dalam bekas tu sampai padat dan meliputi seluruh ruang bekas. haa, ni lahh rupanya setelah ditekan-tekan hingga padat. (Adek, sila take note ya. haha). kalau nak efek lebih dramatik sikit, korang bolehlah tabur milo/gula manik/badam atau apa-apa bahan yang sesuai sebagai hiasan kek batik anda.


6. sejukkan dulu kek batik anda pada suhu bilik. (tadi kan masak atas api. so sejukkan dulu la. jangan panas-panas terus masukkan dalam peti sejuk. kang tak jadi kek korang, haa tak tauu la. hihi) then baru masukkan ke dalam peti sejuk supaya kek menyejuk dan mengeras. biarkan coklat dan biskut marie itu membentuk bonding yang kukuh dalam peti sejuk. hehe

keluarkan dari peti sejuk, potong, hidang dan makan ! nyummy ! :D


tadaaa, ini la rupa lapisan kek batik setelah dipotong. (amek gambaq special semata-mata nak tunjuk kat Adek)


kek batik ni banyak versi dan cara membuatnya. aku takdalah cakap resipi ni yang superb sedap, tapi setakat yang dicuba, aku suka resipi ni. rasa coklatnya memang mavelesss ! ohsem ! nak lagi awesome, cairkan skali coklat masakan dalam bahan-bahan atas api tadi. wow ! tu memang ohsem gilaa la rasa coklat. oh, jangan terkejut, aku memang gila coklat. ngee :D

kek paling senang untuk dibuat. rugi kalau tak cuba. so selamat mencubaaa ^__^

sekian.

Comments

ahliteambonding kesayangan said…
ayat bonding tu tak bleh blahh..!
siap highlight lg...
noorsafone said…
salam kenal...resepi yg mudah tp sedap..
Cik Humaira.. said…
sedapnyee..gulp2~ hehe..
ain dzaya said…
thankz yummy...for sharing this tips..
nysah mydon said…
nampak sedap..hehe..first time jenguk blog awak n follow...follow saya plak ye :)
meemawmee said…
saya pulak instead of guna 2 cawan milo, sy guna 1 cawan je, n 1 lagi tu horlick. :) kadang2 tambah bijan/kacang ditumbuk halus, tp selalunya malas. hahahah
Ray ban said…
sedapnya kek batik..dh lame xmkn...
|ardani| said…
terliur la pulak tgok kekbatik ni (TT)

Popular posts from this blog

#1 resipi : cornflakes madu

#6 resipi : Biskut Almond London