Wednesday, March 9, 2011

life ain't easy as you think

ini cerita khamis lepas. cerita ini mungkin sudah basi. maaf sebab lambat update. punya la eksaited aku nak update pasal cerita ni hari tu, tapi sekali internet tak boleh connect daa. huh dengki punya USiPOT ! =.="

malam itu aku rasa sungguh down. letih. serabut. takda semangat. tak terurus. banyak sangat kerja yang perlu aku lakukan. dengan amanah tugasan kat kolej, dengan tanggungjawab terhadap pelajaranku sendiri iaitu esaimen yang perlu keesokkan harinya. ohh sangatlah bingung dan serabut. dua-dua perlu disiapkan segera. tapi kenapa tah aku lagi suka siapkan kerja-kerja lain berbanding esaimen sendiri? mungkin sebab aku rasa esaimen yang kena siapkan tu agak senang, so aku saja buat-buat leka dan tangguh-tangguh kerja. isk ! 

kerana keserabutan yang melanada maka dengan itu naiklah status di muka buku aku yang berbunyi,

ada lapan orang like status ini dan enam orang yang mengomen. ada yang cuba memberi semangat, dan ada juga yang cuba bercanda di malam hari. semua komen-komen mereka aku hargai. tapi hakikatnya kata-kata itu tiada satupun yang berjaya buat aku jadi bersemangat, isk rasa nak bakor aje setan-syaitonnn yang membelit aku jadi malas nih. haihh jom kite bakor aje. sape setuju angkat tangan macam nih (tangan menari-nari)

ok cukup iklan dari Kak Limah sekejap. sambung cerita. then aku cuba buat sikit kerja-kerja itu, setelah penat menaip, tepat jam empat pagi aku surrender. apa lagi, cari comforter, bungkus diri sendiri dan siap untuk berlepas ke dreamland. ohh nikmatnya dapat tidur. he he

selesai subuh pagi itu aku bermalasan di atas katil. kembali membungkus diri sambil bergolek-golek memeluk tedi bluewy aku. nak bangun rasa malas sangat. berapa kali alarm aku memekak suruh aku bangun tak payah kira la. buat penat je kalau korang kira. rasanya satu blok kolej ni dah bergegar dengan kehebatan alarm ku itu. tapi aku? ah lantak kau lah nak bising wahai jam. snoooze kan saja. selesai.

aku diulit mimpi semula. jam lapan alarmku menjerit lagi. iskk kacau betul lah. aku bangun. tengok jam. baru pukul 0800 pagi. "ah bisinglah kau jam. aku ngantok ni. dah la tidur empat pagi. tak jantan betul lah kalau bangun awal-awal kan,"  hatiku berkata.

baru nak sambung tidur, tiba-tiba aku teringat. ehh aku ada satu lagi tugas yang perlu diselesaikan pada jam 0900 pagi. alamak ! sekarang pukul lapan, nak kena pegi pejabat pukul sembilan. "ah takpe, takpe. awal lagi ni. pukul 0830 karang aku bangunlah." yahh berjaya syaitoonnnn itu menghasut aku lagi. kemenangan di pihak mereka. tahniah syaitonn ! huh ! =.="

kononnya nak bangun jam 0830, sekali hambek kauu ! sedar-sedar dah pukul 0920. ok tahniah untuk diriku. tertangguh lagilah kerja kau wahai husnaaa. marah diri sendiri tapi sambil-sambil tu tangan dok gatai tarik selimut nak sambung tidur lagi. haishh tak serik punya orang !

tiba-tiba, fon aku vibrate tanda mesej masuk. dengan malas-malas capai fon. isk, capai fon pun malas kan. haiyaa, teruk aa ini olang. aku tenung fon. oh, mesej dari sahabat baikku rupanya. tekan butang baca.

" life ain't easy as you think"

secebis kata-kata dari sahabat baikku. singkat, tapi penuh makna. lantas, aku terus bangun. hilang sudah segala kemalasan yang membelit diri aku. hilang sudah segala mengantok walaupun baru menikmati tidur selama empat jam. terus aku capai tuala dan pergi mandi. begitu hebatnya kata-kata itu !

tanpa buang masa lagi, aku terus selesaikan mana-mana kerja yang belum selesai. akhirnya separuh daripada kerja yang perlu aku bereskan sudah siap. aku rasa bahagia seketika ^_^

kata-kata itu memang menjadi pembakar semangat. habis terbakarlah segala syaitonnn-syaitonnn yang menghasut aku selama ini. good job wahai sahabat ! terima kasih kawan ! anda memang memahami diriku. mana kau tahu aku perlukan semangat itu? rasanya kau tak online muka buku pun kan? apapun aku sangat terharu mempunyai sahabat seperti kamu. kerana selama ini kamulah yang sentiasa menjadi pendengar yang baik + kaunselor peribadiku. sentiasa ada pada masa suka dan duka. terima kasih wahai sahabat :)

notakaki : aku rasa aku sangat terkesan dengan kata-kata tu mungkin sebab aku suka ambil mudah sesuatu perkara + suka tanggung-tangguh kerja. hakikatnya tiada perkara yang mudah dalam dunia ni. jika tiada usaha, maka tiadalah hasilnya. jika tiada langkah pertama, maka tiadalah langkah seterusnya.

sekian.

7 comments:

Admin said...

mcm kenal je ayt tu...hehehe..muka buku tu bukak kejap2 je..hahaha..
juz tgk2..lama dh xsinggah sini..sbb ko jrg update..

Husna Lana said...

@blackrosehunter
haha haruslah kau kenal ! huhu bz sgt smpai xdak ms nk layan blog. dh lama x bw. :(

Husna Lana said...

@blackrosehunter
haha haruslah kau kenal ! huhu bz sgt smpai xdak ms nk layan blog. dh lama x bw. :(

Admin said...

sama la..aku pun bz gk..tp xlpas ngn blog..huhuhu

Nurul Jannah said...

be strong. jgn tangguh2 lagi k :)

Husna Lana said...

@blackrosehunter
iyee semua org bz skrg. tp aku x mmpu nk ngadap blog tiap2 hr. huhu

Husna Lana said...

@Jannah Miho
tengs jannah. insyaAllah :))

Kembali

Pabila diri semakin dewasa, Pabila banyak perkara perlu diutama, Pabila masa mencemburui dunia, Pabila jiwa tak sentiasa muda, Pabil...