Wednesday, March 16, 2011

tertunda

maaf. entri enam tahun tidak dapat di update lagi atas sebab-sebab tertentu. petang tadi, salah seorang ahli keluargaku telah kembali ke rahmatullah kerana sakit kanser. sungguh aku terkilan kerana kali terakhir aku menziarahinya, arwah kelihatan begitu sihat. cuma sedikit pucat dan batuk-batuk kecil. agak lama arwah menderita kanser itu. namun setelah menerima rawatan kemoterapi, keadaanya beransur pulih. tapi, semuanya kuasa Allah. yang hidup pasti akan pergi juga. sesungguhnya Allah lebih menyayanginya. kita yang masih hidup ini perlu meneruskan kehidupan seperti biasa sambil menginsafi diri bahawa kematian itu pasti. hanya Allah sahaja yang kekal abadi. ku berharap agar isteri arwah serta anak-anaknya tabah menghadapi dugaan ini. semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. marilah kita sedekahkan alfatihah kepada arwah agar rohnya tenang di sana. alfatihah.

notakaki : terkilan dan sedih sebab tak berpeluang untuk ziarah sebelum pemergian arwah T___T

Kembali

Pabila diri semakin dewasa, Pabila banyak perkara perlu diutama, Pabila masa mencemburui dunia, Pabila jiwa tak sentiasa muda, Pabil...