iskk tiap-tiap hari aku belek belog aku nih. suram dan sunyi je. dah lama tak blogwalking. dah lama tak balas blogwalking. nak merajinkan diri menghadap laptop lama-lama pun dah tak sempat. minggu ini sangat bz ! sangat-sangat ! banyak kerja, banyak esaimen, banyak program, banyak dinner. err, kalau lebih dari satu tu dah dikira banyak la kann?
hujung minggu ni ada dua dinner. hari jumaat, hi-dinner kos aku. hari ahad, hi-dinner kolej pulak. dua-dua dinner ni aku jadi biro cenderamata. aiseh, memang muka aku ni muka hadiah ke? dari sekolah dulu sampai lah sekarang asyik dapat kerja berkaitan cenderamata je. kalau tak cenderamata, mesti dpt biro perhiasan. iskk. tapi paling banyak jadi biro cenderamata lah ! hm tapi yang sedihnya masa birthday aku takde orang pun nak bagi aku hadiah. sob sob. reason : sebab birthday aku mesti masa cuti hujung tahun. so, macam mana nak celebrate. isk, ok fine ! sedih lagi. T__T
minggu ni minggu ketujuh. aku ada dua esaimen yang perlu dihantar dalam minggu ni. tapi alangkah bagusnya aku sebab satu esaimen pun belum siap lagi. sibuk dengan kerja-kerja amal yang perlu dilakukan. kerja amal disini bermaksud kerja atau tugas yang perlu diselesaikan untuk program di kolej mahupun fakulti. isk lagi skali.
ohh sebenarnya aku sangat penat. penat dan penat. tapi aku gigihkan jugak jejari aku untuk berlari di atas keyboard. aku mahu update belog ini ! walaupun ini entri cikai, tak bermanfaat dan hanya sebagai luahan rasa hati, ahh aku tak kira ! janji rinduku pada belog ini dapat rungkaikan. (eh, betul ke perkataan rungkaikan tu? main bedal je ayat tanpa berfikir aku menaip. isk lagi dan lagi)
hadoi, sudahlah. mata pun dah jadi kolam. berapa kali menguap tu tak payah kiralah. tah tah dah beribu anak jin cuba-cuba nak masuk mulut aku tadi. tapi nasib baiklah aku sempat beristigfar. haktuihh ludah balik jin-jin itu.
okeh mahu tidur. krohh krohh. zzzzz. tidur dengan lena dan bahagianya tanpa sedar bahawa esok ada satu lagi test yang sedang memanggil-manggil. phew~
sekian.
No comments:
Post a Comment