aku bukan robot !

seperti dimaklumkan di atas, aku bukan robot. sekian.

*
*
*
*
*
*
*

tapi aku perlu menjadi robot sekarang. bagaimana? ada sesiapa boleh tolong beritahu aku bagaimanakah caranya untuk bertukar menjadi robot?

*
*
*
*
*
*
*

aku rasa tak perlu lah kot aku beri definisi apa itu robot. masing-masing dah besar panjang, dah tahu berfikir sendiri. kalau tak tau jugak definisi robot, silalah berjumpa dengan orang pakar iaitu pakcik Google.

*
*
*
*
*
*

okeh okeh. aku bagitau kenapa aku perlu jadi robot. kalau diberi pilihan, aku mahu jadi Doraemon. macam-macam adaaaa dalam poket dia. bahagia hidup Nobita kan. isk jeles.

jadi robot, semua kerja ditanggung beres. hanya tekan butang on, maka siaplah kerja. tapi jadi manusia? isk tekan on berkali-kali pun susah nak hidup. kalau dah hidup tu, makan masa jugak lah baru nak siap kerja. buat kerja sikit, pastu penat. pastu tidur. pastu makan. pastu sembang. pastu baru sambung buat kerja semula. habis, berapa lama nak siap?isk.

pulak tu, dalam satu masa, banyak perkara kena fikir. fikir, fikir dan fikir. apabila tahap analitikal kita digunakan secara maksimum, otak akan menjadi letih. apabila letih, apa lagi, nak tidur jelah jawabnya. tapi masa tidur juga terhad. jadi, bangun esoknya, ting tong lah otak. jawab test pun antara lemas atau karam. pandai berenang dah takda dalam senarai. tiba-tiba saja blur. okeh sekarang tengah blur. err blur. apa lagi mahu merepek? oh ya, aku belum makan kerepek lagi hari ini. patutlah takda idea. isk.

notakaki : bersyukurlah jadi manusia yang dikurniakan akal fikiran yang boleh berfikir secara waras selagi mana-mana fius di otak belum tercabut.

sekian.

Comments

blackrosehunter said…
iye ke jd robot sume ditanggung beres?hehehe..klu jem cmne?haa..
cikida said…
hang kata hang teror ?? ngeh3..tabah darling..i know u can do it !! yeahh..da komen,.muahahha..indu laah !=p
Husna Lana said…
@blackrosehunter
kalo jem ke hang ke, hantar repair jelah. pastu boleh guna balik.

kalau manusia jem atau hang, nak hantar manaaaa?
Husna Lana said…
@cikida
itu ayat syuhada ! haha. i cuba menabahkan diri la nih. ohh cepatlah habis minggu ini dan minggu depan ! huu :(

btw, maseh dear. sudi jugak org pemes lawat blog i kan. kuikuikui :D
cikida said…
hang niiiii..cek xde pemes kebende nye la uiii..hang 2 lagi pemes amos kot ! haaaa...neway,,gud luck mlm ni weh test..=)
cikida said…
hang niiiii..cek xde pemes kebende nye la uiii..hang 2 lagi pemes amos kot ! haaaa...neway,,gud luck mlm ni weh test..=)
Anonymous said…
tekan on x idop2 gk,tekan ja ON rempit ke 33229.xpon ON chenta ke 44664..
blackrosehunter said…
@Husna Lana

kalau manusia jem..anta g tanjung rmbutan la..hahaha
Husna Lana said…
@cikida
tenkiuu macikk ! hehe :D
Husna Lana said…
@Anonymous
isk pengaruh iklan terlebih sangat nih
Husna Lana said…
@blackrosehunter
sikit-sikit tanjung rambutan. tanjung durian tak dak ke? hm
Anonymous said…
kamu xmakan durian...xbole pegi tg durian..

Popular posts from this blog

#7 resipi : Kek Batik Marie with telur & without telur

#6 resipi : Biskut Almond London

#1 resipi : cornflakes madu