Saturday, March 26, 2011

bloglist pemburu mawar hitam :)


pemburu mawar hitam di translate daripada domainnya www.blackrosehunter.com atau nama blognya Blackrose. si Blackrose ni seorang lelaki maskulin yang normal ok ! taff lagi youu. player rugbi lagi. kenapa rose? kenapa blackrose? jeng jeng jeng. rahsiaaaa~ 

hehehe. alamak. ok ok. aku bagitau kenapa mawar hitam. bukan mawar pink. bukan mawar merah. bukan mawar putih. haa kalau mawar merah, pink, putih dll kan sinonim dengan perempuan. kang tak pasal-pasal kawan aku yang taff ni dikatakan jambu pulak. kan tak sheshuwaii sesuai gitu. ye dak? ehehe ;P

eh sesuka hati jantung paru-paru aku je mereka-reka cerita sejarah nama blackrose ni. kau orang jangan percaya bulat-bulat ye. aku tipu aje. kalau nak percaya pun, percaya bujur-bujur cukup. ok? nak tau kenapa, pegi tanya tuan punya blog sendiri okeh.

dengan ini aku sengaja nak menggedikkan diri untuk join bloglist si Blackrose ini. boleh tak? boleh tak? alaaa pelishhh pelishhh? *cukup gedik tak?*

kejap lagi mesti si Blackrose ni marah aku. aduhh mampuss. hee ampunn sifu. ya ampunnnnn.

blog Blackrose ni sangat sesuai dibaca untuk mereka yang mementingkan kesihatan. apa yang buat aku kagum ngan si Mawar Hitam ni sebab blog dia mostly cerita pasal healthy n banyak jugak info-info baru yang boleh kita tau. benda yang aku tak pernah amek tau pun sebelum ni, sekarang dah tau jugak sikit-sikit. apa yang aku tak pernah peduli pun sebelum ni berkaitan kesihatan, sekarang aku sedang cuba untuk amek peduli. hee. yang aku kagumnya sebab.. sebab.. sebab si Blackrose ni budak GEOLOGI yang sepatutnya mengkaji batu bata batu permata. bukannya budak MEDIC atau Sains Kesihatan yang mengkaji penyakit-penyakit orang. ohh aku kagum sebab beliau sangat rajin membaca ! kalau aku lah yang membaca, sah aku buat bantal je buku-buku tebal pasal kesihatan-kesihatan tu. keh keh keh :D

fyi jugaklah kann, si Blackrose ni tak pernah belajar subjek Biologi pun masa kat sekolah dulu. dulu kami sama-sama galas beg Rotring yang cantik tu pergi lab. tapi demi minat dan kerana minatlah si Blackrose ni rajin mencari maklumat mengenai kesihatan setiap hari. nak tahu kenapa? sebab masyarakat kita sekarang ni sangatlah kurang menjaga dan mementingkan kesihatan. *erk, terasa !* sebab tu lahh si Blackrose ni rajin membaca dan menyalurkan maklumat kepada orang ramai agar masyarakat boleh jadi lebih prihatin terhadap kesihatan. wah ! syabas beteii sahabatku ! ^_^

eh apesal panjang pulak entri aku? asalnya nak join bloglist Blackrose je. sekali terbuat review daaa~

haha aku memang suka taip panjang-panjang kan. almaklumlah dah lama tak hapdet blog. *cehh alasan samaaa je selaluu. haha*

so mari kita serbu blog Blackrose ni sekarangggggggg ! anda pasti tidak akan rugi membacanya. *promosi*

sekian.


Wednesday, March 16, 2011

tertunda

maaf. entri enam tahun tidak dapat di update lagi atas sebab-sebab tertentu. petang tadi, salah seorang ahli keluargaku telah kembali ke rahmatullah kerana sakit kanser. sungguh aku terkilan kerana kali terakhir aku menziarahinya, arwah kelihatan begitu sihat. cuma sedikit pucat dan batuk-batuk kecil. agak lama arwah menderita kanser itu. namun setelah menerima rawatan kemoterapi, keadaanya beransur pulih. tapi, semuanya kuasa Allah. yang hidup pasti akan pergi juga. sesungguhnya Allah lebih menyayanginya. kita yang masih hidup ini perlu meneruskan kehidupan seperti biasa sambil menginsafi diri bahawa kematian itu pasti. hanya Allah sahaja yang kekal abadi. ku berharap agar isteri arwah serta anak-anaknya tabah menghadapi dugaan ini. semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. marilah kita sedekahkan alfatihah kepada arwah agar rohnya tenang di sana. alfatihah.

notakaki : terkilan dan sedih sebab tak berpeluang untuk ziarah sebelum pemergian arwah T___T

Monday, March 14, 2011

usah difikirkan hal itu !

jangan fikir, jangan fikir, jangan fikir ! okeh fullstop ! kau cakap je jangan, nanti kau fikir jugak. isk !

susahkan nak buang sesuatu dari fikiran sendiri? kan bagus kalau boleh delete memori dalam paleotak nih sama macam delete memori dalam laptop.

ohh terasa nak hantok kepala kat dinding supaya berjaya menghilangkan ingatan sekejap. sekejap je. takmau lama-lama pun. sebentaaaar aja ! pelishhh pelishhh (*_*)

agak-agak cara tu berkesan tak untuk dipraktikkan sekarang? 

grr. aku dengar ada suara kambeng cakap, "alah, hantok jelah kepala tu kalau nak sangat. itu pun nak kecoh ke?!"

ok fine. tenkiu kambeng ! anda memang best sebab sangat memahami.

notakaki : sapa boleh bagi moral stori cerita ni aku kasi hadiah.

sekian.

Wednesday, March 9, 2011

life ain't easy as you think

ini cerita khamis lepas. cerita ini mungkin sudah basi. maaf sebab lambat update. punya la eksaited aku nak update pasal cerita ni hari tu, tapi sekali internet tak boleh connect daa. huh dengki punya USiPOT ! =.="

malam itu aku rasa sungguh down. letih. serabut. takda semangat. tak terurus. banyak sangat kerja yang perlu aku lakukan. dengan amanah tugasan kat kolej, dengan tanggungjawab terhadap pelajaranku sendiri iaitu esaimen yang perlu keesokkan harinya. ohh sangatlah bingung dan serabut. dua-dua perlu disiapkan segera. tapi kenapa tah aku lagi suka siapkan kerja-kerja lain berbanding esaimen sendiri? mungkin sebab aku rasa esaimen yang kena siapkan tu agak senang, so aku saja buat-buat leka dan tangguh-tangguh kerja. isk ! 

kerana keserabutan yang melanada maka dengan itu naiklah status di muka buku aku yang berbunyi,

ada lapan orang like status ini dan enam orang yang mengomen. ada yang cuba memberi semangat, dan ada juga yang cuba bercanda di malam hari. semua komen-komen mereka aku hargai. tapi hakikatnya kata-kata itu tiada satupun yang berjaya buat aku jadi bersemangat, isk rasa nak bakor aje setan-syaitonnn yang membelit aku jadi malas nih. haihh jom kite bakor aje. sape setuju angkat tangan macam nih (tangan menari-nari)

ok cukup iklan dari Kak Limah sekejap. sambung cerita. then aku cuba buat sikit kerja-kerja itu, setelah penat menaip, tepat jam empat pagi aku surrender. apa lagi, cari comforter, bungkus diri sendiri dan siap untuk berlepas ke dreamland. ohh nikmatnya dapat tidur. he he

selesai subuh pagi itu aku bermalasan di atas katil. kembali membungkus diri sambil bergolek-golek memeluk tedi bluewy aku. nak bangun rasa malas sangat. berapa kali alarm aku memekak suruh aku bangun tak payah kira la. buat penat je kalau korang kira. rasanya satu blok kolej ni dah bergegar dengan kehebatan alarm ku itu. tapi aku? ah lantak kau lah nak bising wahai jam. snoooze kan saja. selesai.

aku diulit mimpi semula. jam lapan alarmku menjerit lagi. iskk kacau betul lah. aku bangun. tengok jam. baru pukul 0800 pagi. "ah bisinglah kau jam. aku ngantok ni. dah la tidur empat pagi. tak jantan betul lah kalau bangun awal-awal kan,"  hatiku berkata.

baru nak sambung tidur, tiba-tiba aku teringat. ehh aku ada satu lagi tugas yang perlu diselesaikan pada jam 0900 pagi. alamak ! sekarang pukul lapan, nak kena pegi pejabat pukul sembilan. "ah takpe, takpe. awal lagi ni. pukul 0830 karang aku bangunlah." yahh berjaya syaitoonnnn itu menghasut aku lagi. kemenangan di pihak mereka. tahniah syaitonn ! huh ! =.="

kononnya nak bangun jam 0830, sekali hambek kauu ! sedar-sedar dah pukul 0920. ok tahniah untuk diriku. tertangguh lagilah kerja kau wahai husnaaa. marah diri sendiri tapi sambil-sambil tu tangan dok gatai tarik selimut nak sambung tidur lagi. haishh tak serik punya orang !

tiba-tiba, fon aku vibrate tanda mesej masuk. dengan malas-malas capai fon. isk, capai fon pun malas kan. haiyaa, teruk aa ini olang. aku tenung fon. oh, mesej dari sahabat baikku rupanya. tekan butang baca.

" life ain't easy as you think"

secebis kata-kata dari sahabat baikku. singkat, tapi penuh makna. lantas, aku terus bangun. hilang sudah segala kemalasan yang membelit diri aku. hilang sudah segala mengantok walaupun baru menikmati tidur selama empat jam. terus aku capai tuala dan pergi mandi. begitu hebatnya kata-kata itu !

tanpa buang masa lagi, aku terus selesaikan mana-mana kerja yang belum selesai. akhirnya separuh daripada kerja yang perlu aku bereskan sudah siap. aku rasa bahagia seketika ^_^

kata-kata itu memang menjadi pembakar semangat. habis terbakarlah segala syaitonnn-syaitonnn yang menghasut aku selama ini. good job wahai sahabat ! terima kasih kawan ! anda memang memahami diriku. mana kau tahu aku perlukan semangat itu? rasanya kau tak online muka buku pun kan? apapun aku sangat terharu mempunyai sahabat seperti kamu. kerana selama ini kamulah yang sentiasa menjadi pendengar yang baik + kaunselor peribadiku. sentiasa ada pada masa suka dan duka. terima kasih wahai sahabat :)

notakaki : aku rasa aku sangat terkesan dengan kata-kata tu mungkin sebab aku suka ambil mudah sesuatu perkara + suka tanggung-tangguh kerja. hakikatnya tiada perkara yang mudah dalam dunia ni. jika tiada usaha, maka tiadalah hasilnya. jika tiada langkah pertama, maka tiadalah langkah seterusnya.

sekian.

Tuesday, March 8, 2011

sudah hampir ke saat itu !

masanya semakin suntuk. namun aku? tetap berlagak cool seperti tiada apa yang perlu aku lakukan. fine. semuanya  bakal dikamikazekan. ah, lantaklah apa istilah yang aku guna. yang penting sekarang, aku harap aku dapat putarkan masa kembali ke zaman dahulu semula. ohh bestnya kalau aku ketemu Doraemon. bolehlah aku pinjam mesin cahaya masa beliau. selesai semua masalah. mudah dan bahagia hidup. 



ok, itu hanyalah fantasi. sekadar berharap. beginilah pengaruh media massa terhadap pemikiran anak-anak remaja masa kini. renung-renungkan dan selamat beramal.

sekian.

Kembali

Pabila diri semakin dewasa, Pabila banyak perkara perlu diutama, Pabila masa mencemburui dunia, Pabila jiwa tak sentiasa muda, Pabil...