Showing posts with label merepek. Show all posts
Showing posts with label merepek. Show all posts

Saturday, May 7, 2011

perjuangan terakhir

esok last paper aku. tapi sampai sekarang aku belum bukak buku lagi. sebab? seperti yang dah dijangka. last paper on the last day exam, memanglah mood untuk stadi dah terbang melayang. semua orang tengah kalut sibuk packing barang kemas bilik. aku still kena menghadap buku. ohh peliss, tak rock la beb ! so aku pun tumpang dua kaki join kemas barang dan berpura-pura seperti dah merdeka habis exam. hamagadd ! esok aku nak jawab apa? *pengsan +_+

aku dah cakap, jadual exam sem ni sangat lah tak best !  boleh refer SINI. first day exam, dah belasah TIGA paper sekaligus. tapi still the last day exam pun ada paper? ciskek betul. =.="

ohh aku teruja sebab Cik Epal (sape tak kenal cikepal dalam dunia blog ni memang nak kena sekeh laju-laju) datang belog cikai aku ni. siap komen lagi kat entri sebelum nih. *terharu* sob sob T___T tengs to Huda Luna aka my lovely sistah. sebab dia rajin pomot belog cikai aku ni. kak, nanti pomot lagi tau. mana tau kot-kot Hanis Zalikha ke Fatin Liyana ke pulak yang datang singgah sini. kuikuikui :D *haha berangan*

ok sudah mereng sebenarnya. harap ada kekuatan untuk stadi malam ni. wish me luck untuk last paper esok ya kawang kawang. tenkiu  ^_^
harap aku tak jadi macam ni malam ni

notakaki : macam biasa. lepas exam aku akan jogging laju laju lawat belog korang semua. siapa yang datang singgah dan follow sini, tinggalkan link ye. kat ruangan komen ni ke, kat shoutbox ke, kat mana-mana la. asalkan aku boleh jejak korang balik. sape nak aku follow korang pun, bagitau okeh? mood rajin nak follow orang is ON ! haha. btw, tenkiu kat semua orang yang sudi melawat belog cap kelicap kelicap cha cha aku ni. ehhh? pelik pulak nama. sape penah main game ni, dia tau lah. HAHA

sekian.

Monday, March 14, 2011

usah difikirkan hal itu !

jangan fikir, jangan fikir, jangan fikir ! okeh fullstop ! kau cakap je jangan, nanti kau fikir jugak. isk !

susahkan nak buang sesuatu dari fikiran sendiri? kan bagus kalau boleh delete memori dalam paleotak nih sama macam delete memori dalam laptop.

ohh terasa nak hantok kepala kat dinding supaya berjaya menghilangkan ingatan sekejap. sekejap je. takmau lama-lama pun. sebentaaaar aja ! pelishhh pelishhh (*_*)

agak-agak cara tu berkesan tak untuk dipraktikkan sekarang? 

grr. aku dengar ada suara kambeng cakap, "alah, hantok jelah kepala tu kalau nak sangat. itu pun nak kecoh ke?!"

ok fine. tenkiu kambeng ! anda memang best sebab sangat memahami.

notakaki : sapa boleh bagi moral stori cerita ni aku kasi hadiah.

sekian.

Tuesday, March 8, 2011

sudah hampir ke saat itu !

masanya semakin suntuk. namun aku? tetap berlagak cool seperti tiada apa yang perlu aku lakukan. fine. semuanya  bakal dikamikazekan. ah, lantaklah apa istilah yang aku guna. yang penting sekarang, aku harap aku dapat putarkan masa kembali ke zaman dahulu semula. ohh bestnya kalau aku ketemu Doraemon. bolehlah aku pinjam mesin cahaya masa beliau. selesai semua masalah. mudah dan bahagia hidup. 



ok, itu hanyalah fantasi. sekadar berharap. beginilah pengaruh media massa terhadap pemikiran anak-anak remaja masa kini. renung-renungkan dan selamat beramal.

sekian.

Thursday, February 17, 2011

aku bukan robot !

seperti dimaklumkan di atas, aku bukan robot. sekian.

*
*
*
*
*
*
*

tapi aku perlu menjadi robot sekarang. bagaimana? ada sesiapa boleh tolong beritahu aku bagaimanakah caranya untuk bertukar menjadi robot?

*
*
*
*
*
*
*

aku rasa tak perlu lah kot aku beri definisi apa itu robot. masing-masing dah besar panjang, dah tahu berfikir sendiri. kalau tak tau jugak definisi robot, silalah berjumpa dengan orang pakar iaitu pakcik Google.

*
*
*
*
*
*

okeh okeh. aku bagitau kenapa aku perlu jadi robot. kalau diberi pilihan, aku mahu jadi Doraemon. macam-macam adaaaa dalam poket dia. bahagia hidup Nobita kan. isk jeles.

jadi robot, semua kerja ditanggung beres. hanya tekan butang on, maka siaplah kerja. tapi jadi manusia? isk tekan on berkali-kali pun susah nak hidup. kalau dah hidup tu, makan masa jugak lah baru nak siap kerja. buat kerja sikit, pastu penat. pastu tidur. pastu makan. pastu sembang. pastu baru sambung buat kerja semula. habis, berapa lama nak siap?isk.

pulak tu, dalam satu masa, banyak perkara kena fikir. fikir, fikir dan fikir. apabila tahap analitikal kita digunakan secara maksimum, otak akan menjadi letih. apabila letih, apa lagi, nak tidur jelah jawabnya. tapi masa tidur juga terhad. jadi, bangun esoknya, ting tong lah otak. jawab test pun antara lemas atau karam. pandai berenang dah takda dalam senarai. tiba-tiba saja blur. okeh sekarang tengah blur. err blur. apa lagi mahu merepek? oh ya, aku belum makan kerepek lagi hari ini. patutlah takda idea. isk.

notakaki : bersyukurlah jadi manusia yang dikurniakan akal fikiran yang boleh berfikir secara waras selagi mana-mana fius di otak belum tercabut.

sekian.

Tuesday, February 15, 2011

tolong pahamkan aku !

sangat-sangat tak paham ! sapa-sapa boleh tolong pahamkan aku tak? aku benar-benar tak paham. sapa boleh tolongkan pahamkan aku yang tak paham nih? memang susah nak dipahamkan lah ! orang yang dah pernah paham pun jadi tak paham sekarang. apesal la susah sangat nak paham ! padahal benda senang je untuk dipahamkan. ishh tak pahamlah aku macam ni. kalau aku sendiri tak paham, macam mana aku nak memahamkan kau orang pasal entri yang tak paham ni kan? mungkin apabila tiada pemahaman, inilah yang terjadi. so marilah kita saling memahami antara satu sama lain. aiceh.

so daripada dok serabutperut fikir perkara yang tak kan kau paham buat masa nih, lebih baik kau layann kartun Sin Chan. ohh comelnya Himawari. mata bersinar-sinar.

sesungguhnya sesuatu yang kita tak paham itulah terkandung seribu satu maksud dan pengajaran yang tersirat. mungkin hari ni kita tak nampak keindahan disebalik sesuatu perkara itu namun suatu hari nanti kita pasti akan temui jawapannya juga. pada ketika itu, barulah kita mengerti dan faham erti sebenar kenapa perkara tersebut pernah terjadi suatu masa dahulu. aku suka quote ni,
Everything Happens For Reasons

sekian.

Monday, February 7, 2011

sudah dua bulan !

fuh fuh tiup sikit. dah berhabuk blog aku tak hapdet dekat dua minggu. banyak menda nak storimori. tapi akibat bz melampau mengalahkan Agong, jadi terpaksa la pospon hapdet. bila dh pospon nih, idea pon mulalah terbang merata. haipp, oh idea, sila kembali kepangkuanku. huu~

cuti sem selama seminggu kali ni sangat penat, sangat best dan sangat enjoy ! aku join Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) UPM. kali ni buat kat Hotel Impian Morib. woahoo, lima hari dok hotel beb ! mana tak gemok aku makan enam kali sehari. gilakk gilakk ! haa pasal kursus tu nanti aku cerita kat entri len. banyak menda nak share woo ! siyes tak rugi join kursus tu. lepas aku cerita nanti, sapa yang belum pernah pegi, silalah join KAKS uni masing-masing yah !

balik dari KAKS, aku berehat sehari kat umah. then esoknya bertolak g penang. tujuan asal nak ziarah kubur arwah kat sana. pastu nak balik. kononnya lahh ! skali pegi pusing satu pulau daa. apa lagi. lama tak pekena pasemboq ngan char kue teow punya pasai. bertapaklah kami mengharungi jem ke Padang Kota !

pasemboq penang !
perghh besaq gila udang !
sotong kangkung yang sedap !
sotong bakaq tak dan amek gambaq dah licin pinggan !
abc ni biasa-biasa saja. tak tangkap leleh pon !
hah amek kau. sorang-sorang balun sampai tak ingat dunia ! moncet  sudah perut. kalau cucuk ngn jarum, sahih bunyi "puptt". nak tau bunyi apa? lu pikirlah sendiri. kerana nak mengejaq nikmat dunia, semua pantang di campak tepi. akibatnya, aku dan kakakku merana kegatalan akibat allergik seafood. pehh ! potong nikmat betul ! 
eh apesal tiba-tiba nmpk cm kembaq?
esoknya pulak, berjimba di bandaraya Ipoh pulakk. dari Bangunan KTM ke Lost World of Tambun ke Taman Rekreasi Gunung Lang. malamnya menyentap Ayam Penyet ! akibatnya, sorang-sorang jadi senget selepas dipenyet. ha ha ha ! (juga akan dihapdet kemudian)
model bangunan KTM
model Lost World of Tambun
ohhh baru kusedar. aku nak cakap apa sebenarnya nih? apa kaitan tajuk ngn entri aku? hemoih hemoih. grr =.="

ok dua bulan merujuk kepada usia blog haku ! hari ni sudah dua bulan dua hari. selama dua bulan dua hari, aku telah merepek 16 entri. selama aku merepek, ada 85 orang pengikut aku. so aku nak tanya, adakah pencapaian ini bagus untuk aku meneruskan repekan aku? atau lebih baik aku duduk bersila dalam bilik senyap-senyap then kunyah kerepek sorang-sorang? manakah yang lebih baik? jawapan anda inspirasi kami. har har har

sekian.

Friday, January 14, 2011

sapa nak kawen ngan Puteri Gunung Ledang, habaq kat aku !

grrr hari ni aku sangat marah ! marah ! marah marah ! aku dah bertukar jadi hulk ! =.="


haaa takut tak? takut tak? baik ngaku korang takut ! kalau tak ngaku aku belasah korang laju-laju ! cepattt ngaku ! cepatttt !

apa? tak takut? fineeeee ! tak mau kawan korang ! huh ! tak payah berangan nak kawen dengan Puteri Gunung Ledang ! aku baru nak offer pertolongan. free of charge punya ! alahh senang saja mau kautim dengan dia. semal mater saja lahh. dulu kami sama-sama main guli, main gasing, main tuju selipar dan macam-macam main lagi lah. semuanya main bersama. mesra gitu yaww. seronok woh main dengan dia. first class beb ! tip top !

cett yang kau pk bukan-bukan apehal? kau ingat aku nak cakap, saya lesbian, saya ok? kepala hotak kau berjambul ! eh apesal jambul kau kat atas? bukan kat bawah ke? grr apa aku merepek nih. ni mesti gara-gara pengaruh si Akal Tunjang tuh ! kuikuikui kesian mangsa tak bersalah. maap na taiko =p

hah berbalik pada tajuk asal. aku benar-benar ikhlas nak tolong korang. tanak lah tolong Sultan Mahmud. dia dah patah hati sangat tu. susah dah nak pujuk pun. so aku offer kat kauorang lah. ada sapa-sapa minat? Puteri Gunung Ledang ni masih cun seperti dulu woh. bergetah lagi. takda peronyok-peronyok (baca : kedut-kedut) pun muka dia. masih cekang saja kulitnya. halus mulus gebu gitu yaww. cun melecun habis lahh.

kalau nak cakap saja. aku tolong setelkan. bab hantaran kau tak payah serabutkanpalaotakkau. kau goyang kaki duduk diam-diam sudah. aku boleh berehkan. especially tang 7 dulang hati nyamuk tuh. jangan kata tujuh dulang, TUJUHBELAS dulang pun aku mampu sediakan ! sungguh !

Hal ini kerana, Mr. M yang berterbangan sambil menunaikan rukun haji iaitu tawaf sebanyak TUJUH kali atau mungkin sudah terlebih kerana kekusyukan yang melampau. sudah mabrur atau tidak agaknya haji si Mr. M tuh ya? marilah kita sama-sama merenung di sekeliling kita mencari jawapan.

pap pap pap ! bunyi tepukan gemuruh para hadirin yang bergumbira meraikan kejayaan Mr. M mendapat haji mabrur dengan kekenyangan perut yang berlipat kali ganda. pap lagi ! kali ini tepukan yang paling kuat sekali. berderai cecair merah dan seketul hati nyamuk tergolek-golek di atas meja.

"yesss ! berjaya mengumpul seketul hati nyamuk. mari kita meneruskan misi untuk memenuhkan TUJUH dulang sebagai hantaran."

err tapi jangan kejam sangat. bagi la peluang jugak pada Mr. M untuk mendapat haji mabrur sebelum beliau terkorban dalam jihad dan mati syahid.

*entri ini entri merepek. tolong jangan pang aku laju-laju. ampunn x_x

sekian.

Kembali

Pabila diri semakin dewasa, Pabila banyak perkara perlu diutama, Pabila masa mencemburui dunia, Pabila jiwa tak sentiasa muda, Pabil...