ya. aku sudah berusia 20 tahun empat hari yang lalu. ada siapa-siapa rasa aku sudah tua? ada? ok, sila angkat kaki dan berambus dari page aku sekarang. berani kau kata aku tua? beta murka ! dijatuhkan hukuman buang daerah blogspot. muktamad. haha. ok, aku gurau saja. kang marah pulak taiko-taiko blog ni. dah la aku ni junior lagi dalam blog. berani pulak buat 'otai' kat sini. ok, tak kisahla orang nak cakap aku tua ke apa. janji aku tetap comel. kan? baik korang mengaku ! ah, jangan nak nafikan ok ! *perasan*
perkara biasa. bila siapa-siapa sudah mencecah usia baru, wish-wish akan berbunyi "selamat tua", "tahniah kau sudah tua", "selamat menyambut hari tua", "selamat menjadi tua", "tua sudah kamu", "welcome to alam tua" dan macam-macam tua lagi lah. serupa ja aku pun. bila wish orang, kadang-kadang nak jugak guna perkataan tua nih. kunun-kunun bergurau saja. betul. hanya gurauan. tiada niat lain. kalau tak percaya, sila bedah hati aku. tapi sebelum tu make sure kau dah habis sekurang-kurangnya lima tahun belajar medic dan dah ada sekurang-kurangnya saploh tahun pengalaman jadi pakar bedah. kalau belum complete dua-dua syarat tu, kau jangan mimpi nak bedah aku. kang tak pasal-pasal, arwah pulak. haish jangan ! aku belom kawen woi. haha. biasalah, bila dah mencecah angka duapulohan ni, mestilah hormon-hormon dalam badan makin menggatai. asyik-asyik pikir pasal kawin. asyik-asyik pikir pasal nak dapat baby kiut macam Amani cerita Adamaya. si adek Mia Sara Nasuha tu. siapa-siapa yang tak kenal budak kiut ni, isk rugilahh. kecik-kecik lagi dah ramai peminat budak tu. siap ada fanpages lagi kat facebook. ulang ya. fanpagesss. tengok. banyak s tu. maksudnya bukan satu fanpage dia ok. banyak ! besar nanti tak tahulahh macam mana gayanya. tah-tah kalah mama dia dalam Adamaya si Lisa Surihani tu. hihi. ops ! marah peminat-peminat Lisa Surihani kang. apa-apapun, semoga berjaya ye adek cumil. akak sokong adek dari jauh tauu !
ok, kita sudah lari tajuk. erm apetah tadi? oh pasal aku sudah 20 kan? bila sudah umur 20 ni apa ertinya ya? ok aku nak listkan maksud-maksud bila sudah 20 ni.
1. umur 20 dalam bi cakap twenty years old. kan? kalau salah betulkan aku. almaklumlah belajar bi dari tadika tapi tak pernah nak pandai. hishh. teruk teruk. bila dah umur twenty nih, maka secara langsung tiada lagi perkataan teen macam eighteen ke nineteen ke. maksudnya? aku bukan lagi teenagers ! bukan lagi remaja ! oh oh. aku sudah besar. eh salah. aku sudah dewasa !
2. umur sudah 20. maknanya, tak boleh la nak jadi budak-budak sangat. kena jadi matang. kena fikir secara matang. kena ada gaya matang. agak-agak kau orang, aku ni matang tak? haa, apa? tak matang? *dush dush* bunyi belasah macam dalam filem hindustan. sepak ke terajang ke penampar ke apa ke semua bunyi sama. tapi apa-apapun, orang tetap meleleh air mata sampai air hidung pun berebut-rebut nak meleleh jugak bila layan filem hindustan nih. tahniah filem hindustan !
3. umur sudah 20. aku akan grad, insyaAllah tahun 2013. kira-kira umurku baru nak masuk 23 tahun. so, maknanya? yesss ! lagi tiga tahun saja aku perlu belajar. perlu menghadap buku-buku tebal. perlu perah otak. perlu ulang alik pergi library (tipu). perlu ulang alik pergi fakulti. perlu masuk lab. perlu buat rakaman. perlu berlakon watak masing-masing. penuh gaya lagi youu. siap ada award pelakon terbaek lagi. tapi semestinya bukan aku la yang dapat title tu. aku ni buta seni. hah apa? tak percaya? apa korang ingat pelakon je ke ada shooting? heh, kami pun ada shooting tau. macam-macam rakaman kena buat. haii penat. penat. aku ni dah la budak rajin. kerja semua buat awal-awal. tak mainlah kerja last minit nih. tak excellent tau. haha. sila jangan percaya ! aku bukan budak rajin. aku bukan suka buat kerja awal-awal. semua kerja aku, memang last minit. pernah jugak sampai ke saat-saat terakhir ! pergh, memang kelam kabut lah. tapi seronok ! kunun berazam lepas tu nak buat kerja awal, tapi, hampeh. kerja last minit jugak aku suka ! haha. time tu la idea mencurah-curah sampai rasa nak scan je apa yang ada dalam otak tu. tak payah susah-susah nak menaip. senang. selesai kerja. haha. ok, mengarut ! aku teringin sangat nak habis belajar cepat-cepat. sebab aku sangat malas nak baca buku yang tulisan banyak-banyak yang penuh satu muka. haihh bosan ! kalau mengira tak apa jugak. tapii, yang pasti aku akan rindu masa belajar bila dah kerja nanti. betul kan? siapa-siapa yang dah kerja, sila jawab ! oleh itu, memandangkan umur 20 ni, aku nak berjanji kat diri sendiri. aku nak rajin belajar. aku nak sambung lagi belajar ke peringkat yang lebih tinggi. aku nak cuba atasi sikap malas aku nih. ya ! aku nak sambung belajar. insyaAllah. amin. azam umur 20 tahun.
4. umur 20 juga menandakan aku ni dah lama hidup kat dunia ni. bermakna, sudah banyak juga dosa-dosa yang pernah ku lakukan sepanjang usia 20 tahun ini. bila-bila je nanti nyawa aku bakal diambil semula oleh Yang Berkuasa. tanpa diketahui bila. tanpa disedari oleh sesiapa. aku harap aku masih diberi peluang dan diberi kesempatan untuk bertaubat dan memperbanyakkan amal ibadat sebelum berakhirnya hayatku. *uhuk uhuk*
5. haa last sekali, umur dah 20 ni mulalah fikir macam-macam. soal nak beli kereta lah, rumah lah, macam-macam lah. eh? macam tua sangat je umur 20 ni sampai kena fikir macam tu sekali. haha, ok gurau saja. umur 20 ni buat aku fikir yang aku kena rancang masa depan aku betul-betul. aku dah tak boleh main-main. aku kena serius hal-hal yang sepatutnya serius. selama ni aku suka ambil ringan je satu-satu hal. kadang-kadang nak buat keputusan pun malas. sampai nak makan apa pun suruh orang lain yang decide. aku folo je keputusan diorang. isk isk isk. hape daa !
"haishh ! husna, sekarang kau kena 'rajin' sikit untuk buat keputusan ! paham ! hidup kau, kau lah yang perlu tentukan. jangan suka sangat dengar cakap orang. tapi tak reti nak fikir sendiri. minta pendapat orang tak salah, tapi keputusan semestinya kat tangan kau. kau paham?! " marah aku kepada diri aku sambil melihat ke dalam cermin.
haa, demikianlah beberapa erti aku sudah 20 pada takrifan aku sendiri. maybe kau orang ada pandangan masing-masing masa kau orang mencecah angka duapuloh dolu-dolu kan. so, siapa-siapa rasa nak share pengalaman kau orang, silalah. dialu-alukan. siapa punya pengalaman paling best, aku kasi hadiah kat kau orang. nak tau hadiah apa? haaaa, ceritalah dulu kesah korang ! ha ! ha !
itu saja lah dari aku buat masa ni. idea dah kering secara tiba-tiba. akibat tengok result. haha. tahniah kat diri sendiri. tu la banyak main sangat. keh keh keh. so, azam umur 20 tahun ni, kurangkanlah main-main tu ye cik husna !
*ni azam umur 20 tahun (6 dec) dan sempena tahun baru 1 Muharram 1432 Hijrah (7 dec). eh kebetulan kan. sekali harung la tuh. yaa aku insan bertuah. harap-harap.*
*ni azam umur 20 tahun (6 dec) dan sempena tahun baru 1 Muharram 1432 Hijrah (7 dec). eh kebetulan kan. sekali harung la tuh. yaa aku insan bertuah. harap-harap.*
sekian.
12 comments:
husna dah boleh kawennn. hahahahha
nak kawennn. tapi xdak orang masuk minang lagii. hahahaha :D
adaaa jekk. hahah
belom lagikkkk ! hahahaha
pada pandangan saya la cik husna ni.....ermmmm...okla..umo 20 tu juz angka..umo sbnr cik husna pd pmikiran anda...hehehe..
hai kawan baru
saya ikhram..
pernah merasai usia 20
ada rasa tak percaya yg usia meningkat begitu cepat..
lalui dengan tabah dan mulalah untuk berfikir secara berbeza dan matang k?
relax.. umo 20 ... kita masih muda lg..
hang ni..hehe,,nak masuk wayang ni,,bosan dah dok uma..haha,kawen3 !! da tuooo..hik3
blackrosehunter : so apakah yang En.Z maksudkan?nak cakap saya ni tak matang la? takpe2, akan kucuba mematangkan diri ini. haha
iKhRam : hai ikhram. salam kenal. ya betul2. setuju. rasa macam cepat je masa berlalu. anyway, tengs ya. insyaAllah. dalam proses mematangkan diri dan berfikir secara meluas. hihi, 20 memang masih muda sebenarnya. tapi kenalah jugak beringat diri ini bukan kanak-kanak lagi :)
cikida : haa mai la masuk wayang. tunggu apa lagi. dah sedia popcorn? bantal? tisu? haha. kawen? ops ! taleh langkah bendul kamu laa! kihkihkih
eh,mane ad..saje2 je bebel 2..take it easy k..kata muda lagi..hahaha..(akan ku usahakan matlamat ku..hahaha..lpas blek fieldwrk nnti..hahaa)
bailah pakcik batuu !saya mmg muda lagi. silalah usahakan matlamat itu ya ! agagaga :D
haha kakak sy dah tua !
ahahahaha
hari kamu pun bakal tiba jua lah adek ! berapa hari je lagi. nantikanlah. haha
Post a Comment