gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya !

ok hari ni entri aku tiada unsur kecindan. yang ada hanyalah unsur luahan hati. siapa sudi, sila baca. kalau tak sudi, aku tak boleh paksa wuu T____T

hari ni aku gagal lagi. gagal untuk mengotakan janji. janji pada orang. janji pada diri sendiri. aku rasa malu. rasa bersalah. rasa kecewa. rasa nak bunuh diri ! ehh astagfirullah, aku seorang Islam.
kenapa sem baru, tahun baru aku jadi lebih negatif? minggu pertama semester, aku telah berjaya ponteng satu kuliah. wah hebat betul aku ! dulu kalau nak ponteng je muka sure macam orang tahan berak. pucat ! cuak ! takut kantoi sebenarnya ! tapi sekarang? dengan muka slumber rock kapak je aku ponteng tanpa rasa bersalah. kenapa jadi camni? adakah kerana gara-gara aku tiada azam? huh,  maknanya aku kena buat azam cepat-cepat lah ek? ayuh berazammmm ! zam zam ala kazam.

grr, motif aku cakap cam orang hilang jantung ni apehal? baru ponteng kuliah lu dah kecoh macam kau pergi rompak bank ke pergi bunuh orang ke. heshh !

pasal ponteng kuliah takde hal la bro. semall de pises (baca : small matter) je tuh. yang aku terkilan sangat ni sebab habit tidur aku makin menjadi-jadi. kerana tidur, aku terabai janji. dulu aku sangat pantang orang mungkir janji. tapi, sekarang aku yang buat. ohh bencinya pada diri ini ! *hantok pala kat dinding*
function buku? answer : ubat tidur
der, relax der. kalau kau pk asyik nak marah diri sendiri buat apa? walaupun memang salah kau, tapi kau tak sengaja kan? kalau kau nak betulkan keadaan, kau kena pk cara-cara untuk perbaiki diri and berubah. bukannya kau pergi pk cara-cara nak hantok pala kat dinding bagi hilang ingatan pasal kesalahan diri sendiri. ataupun, cara-cara nak bunuh diri supaya kau takkan hadapi lagi kegagalan dalam hidup. itu bangang namanya. merosakkan diri sendiri. cubalah pozitip sikit. ini asyik negatip sajaaa. susah sangat ke nak pk sesuatu yang baik-baik dan rasional?

ya, betul, kita manusia biasa. tak boleh nak rasional sepanjang masa sepanjang hidup. daripada kau nak rasional-rasional, baik kau pergi layan klasik nasional lagi best ! iya, memang tak boleh nak elak dari fikiran camtu. tapi, cuba kau bagi peluang kat diri sendiri. cuba kau percaya dan yakin pada diri sendiri. insyaAllah satu hari nanti kau mampu berubah menjadi diri yang lebih baik.

semua orang mencari kesempurnaan sebab kita tahu tiada manusia yang sempurna kecuali Dia. semua orang mahukan happy ending dalam hidup masing-masing. mahu mencapai kesempurnaan kendiri setelah melalui beberapa peringkat yang lain mengikut hierarki Abraham Maslow.


tapi setiap manusia itu unik ! masing-masing punyai cara dan gaya tersendiri. katakanlah kau ternampak pembunuh bersiri sedang melapah-lapah daging manusia, tiba-tiba kau pergi sound dia,

"hey, kau pembunuh ! matilah kau di tali gantung ! *sambil mencarut-carut maki dia* (kau pk sendiri la apa kau nak mencarut. malas aku nak tulis) "

agak-agak apa respon si pembunuh itu? sila jawab dalam hati.

mungkin ini jawapannya " ya, aku pembunuh. aku takkan mati di tali gantung. sebab kau adalah saksi. dan sekarang, kau juga akan ku bunuh ! "

haa kan tak pasal-pasal mati katak free free jek ! 

pengajaran : jangan cepat melatah dan tergopoh gapah dalam sesuatu tindakan. berfikir dahulu sebelum bertindak. jadilah diri sendiri tanpa perlu rasa tertekan dengan kelemahan yang berjuta. nikmati kehidupan dengan bahagia. setiap masalah, ada penyelesaiannya. setiap kelemahan atasinya dengan kematangan. kelak, anda pasti berjaya !

ok ok aku nak stop makan kerepek sebelum entri aku semakin merepek. baik aku pergi tidur sekarang sebelum entri ni semakin panjang.

sekian.

Comments

as eleyana said…
haha.. klakor doh pembunuh tuh.. wink2!! XD ketawa guling2..
NaF said…
isk3. nape nih??
Husna Lana said…
@as eleyana
as, kan aku dah ckp. entri ni tiada unsur kecindan. cmna hg bole gelak pulak nih? huuuu T___T
Husna Lana said…
@NaF
sedang merasionalkan diri sendiri T____T
aqish basir said…
kalau jmpe pembunuh mmg ta kan berani na habaq klagu tu
kang silap2 leh terbunuh hehe
abgreds said…
Salam Husna...
Tak semua yang kita rancang menjadi kenyataan. Tak semua janji dapat ditunaikan. Bukan sengaja berbuat demikian, tetapi keadaan kadang tidak menyebelahi kita..
sebab itu ada konsep bermaafan, sabar, tabah hati...kan..
blackrosehunter said…
aku suka word hantuk kepala kt dinding tu..hahaha
Husna Lana said…
@aqish basir
hehe btol2. kalau brani ckp alamatnya tak tgk dunia dh la lepas tu.
Husna Lana said…
@abgreds
wslm abgreds. ya betul2. tenkiu :)

Popular posts from this blog

#7 resipi : Kek Batik Marie with telur & without telur

#1 resipi : cornflakes madu

#6 resipi : Biskut Almond London