Sunday, January 23, 2011

i'm alone without you !

keh keh keh. nak tergelak tengok tajuk entri sendiri. woahoo. ada rasa geli-geli tekak tak? uhuk uhuk mesti la ada ! tekak aku terasa bagai digeletek. geli + gatal gilaaa ! macam mana nak garu? uhuk uhuk dah berminggu-minggu aku asyik batuk-batuk je. uhuk uhuk lagi dan lagi. T__T

okeh abaikan pasal isu batuk. walaupun sambil menaip aku terbatuk-batuk, uhuk uhuk tapi tak mengapa, perjuangan ini harus diteruskan juga. eksaiteddd ni weh nak berjiwang ! kah kah kah

seminggu. seminggu aku berjauhan dengan si dia. terasa dunia ini kosong gila . terasa dunia ini tak bermaya tanpa si dia disisi. terasa dunia ini seperti, ohh kelamnya ! Gua Kelam pun tak sekelam hidup aku. sebab dalam Gua Kelam tu ada lampu. keh keh keh. 
Gua Kelam Perlis Malaysia
sungguh weh ! seminggu aku rasa hidup aku bagai tiada erti pabila si dia menunjukkan beberapa simptom bahawa dia telah diserangi satu penyakit yang aneh. mahu tak mahu, aku terpaksa menghantarnya ke hospital. setibanya di hospital, si dia terus dimasukkan ke ICU dan ditahan wad selama seminggu ! selama seminggu aku terpaksa berjauhan dengan si dia. wuuu sobss T__T

si dia yang aku maksudkan ialah ........
yaa ! itu diaaa kekasih hatikuu. tanpa dia aku sangat sunyi ! dah la floor aku ni sunyi gila. dah takdak orang nak hu-ha hu-ha. dah la rumet (baca : roommate) aku selalu balik. mentang-mentang la rumah dekat je. sampai hati yu tinggalkan ai tauu T__T . dah la banyak gila kerja-kerja yang perlu aku guna laptop. menaip dokumen-dokumen untuk hi-dinner kolej aku nanti. 

yang paling penting, tanpanya, aku tak boleh berblogging ! tak boleh layan movie ! so, masa terluang aku selama seminggu yang lalu terbuang begitu sahaja dengan aktiviti-aktiviti bergosip dan berjalan-jalan ! harharhar

sekarang, si dia ini sudah sihat ! sudah keluar dari wad Acer Service Centre semalam. wah, memang bergunalah warranty 3 tahun ! selamat duit aku ! kihkihkih. 

" wahai laptopku sayang, jasamu selama 2 tahun 2 bulan ini akan ku kenang sampai bila-bila. ku berharap agar kau sentiasa dalam keadaan baik-baik saja untuk tahun-tahun mendatang. silalah beroperasi dengan baik ya selepas ini. terima kasih sayang ! "

notajari : selama tak online ni, banyak dapat tag. tenkiuu pada sesiapa yang tag aku. insyaAllah kalau diberi kerajinan, aku akan buat tag-tag itu. hihihi :)

sekian.

5 comments:

ayuyusoff said...

cian yer laptop ko..weh..follow r blog baru aku nie..da follow ko..sunyi sepi jer blog aku nie..blog lame da arwah...haha..ade stalker saiko nie..

Admin said...

laptop aku bini no 2 aku..hahaha..

Latest Entry: Antioksida..apakah ia?

Husna Lana said...

@Mas Ayu
da folo syg ! kesiann blog lama hang. tsk~

Husna Lana said...

@blackrosehunter
ouhh. moto bini ke brp pulak? henfon baru?

ayuyusoff said...

eleh..ksian no...dak junior jr yang leh dok hostel..hostel xcukup..

Kembali

Pabila diri semakin dewasa, Pabila banyak perkara perlu diutama, Pabila masa mencemburui dunia, Pabila jiwa tak sentiasa muda, Pabil...