Wednesday, April 27, 2011

penangan terhebat !

fuh ! baru boleh sign in blog. apesal tah sejak semalam internet mengong sangat. slow mengalahkan siput baby. baby betullah internet ni. *ok pengaruh Jozan*

ok nak stori. semalam (baca : isnin) aku ada tiga killer paper. berderet. gap pun sejam je. start jam 2 sampai 4 petang. pastu sambung 5 sampai 7 petang. lepas tu sambung lagi 8.30 smpai 10.30 malam. memang gila ! memang penat otak. tanpa rehat otak aku dipaksa bekerja. dah lama gila tak gunakan otak secara maksimum. memang penat sampai nak makan pun dah takda selera. memang penat sampai nak senyum pun dah tak boleh. memang penat sampai err sampai tak larat nak pergi mandi ! syhhh jangan cakap kuat-kuat. ahahhaa. hakikatnya memang penat gila la otak ! aku lebih rela dapat penat naik turun Broga saploh kali daripada dapat penat jawab tiga killer paper berderet-deret. hasilnya, malam tu aku tido awal gila. tepat pukul 12 malam aku dah tido. bangun? 12 tengah hari tadi ! hebat kan? boleh bayangkan betapa penatnya otak aku? tido 12 jam mengalahkan bayi. isk isk T___T

esok, ada lagi satu paper. tapi apa yang aku buat seharian nih? me'lagha' dengan facebook, twitter yang baru diregister tadi, melayan Sepah lalalitamplom. kenapa? sebab aku dah malas. penat-penat baca notes pun nanti keluar soalan aplikasi yang takda dalam notes. kena memerah otak jugak. soalan jenis esei pulak. memang esok kerja menggoreng la jawabnya. ha ha ha *sekarang bolehlah gelak, esok kang baru reti nak menanges tak dapat jawab* muahhahahaha gelak la puas-puas. =.="

esok paper ke4 aku. mula exam awal, sekaligus tiga paper. tapi habis nanti hari terakhir exam jugak. 8 mei baru habis. kesian. kesian. jadual exam sem ni la paling tak best. hai la badan, hai la nyawa. nasib nasib.

Ya Allah aku mohon kepadaMu, permudahkanlah segala urusanku pada esok hari. begitu juga dengan sahabat-sahabatku yang akan menduduki peperiksaan pada hari esok dan hari-hari berikutnya. Aminn ^_^

notakaki : mintak maaf kat semua rakan blogger. tak sempat nak blogwalking n balas komen kalian. bila betul-betul free nanti insyaAllah aku akan tunaikan janji aku melawat blog kalian.

sekian.

Saturday, April 23, 2011

perlukah jadi hipokrit?

perlu bila :
untuk elakkan orang sekeliling mengata.
tak perlu bila :
pedulikan jelah apa orang nak kata. lama-lama nanti senyap la mulut-mulut yang suka berkata itu.
perlu bila :
untuk menjaga hati orang.
tak perlu bila :
konon nak jaga hati orang, hati sendiri siapa nak jaga?
perlu bila :
nak ambil hati atau dengan kata yang lebih jelas, nak bodek orang.
tak perlu bila :
diri sendiri geli untuk berlakon dan berpura-pura. lebih baik jadi diri sendiri.
perlu bila :
nak dapatkan sesuatu demi kepentingan diri sendiri.
tak perlu bila :
ahh, apa aku peduli, aku boleh survive sendiri. takde kau, aku tak mati.
**haa, cukupla takat tu je aku senaraikan perlu vs tak perlu tu. kalau ada lagi, korang boleh tambah sendiri. hehe ;D

kau orang akan pilih perlu ke tak perlu? mungkin sesetengah situasi perlukan hipokrasi, tapi selesakah anda kalau terpaksa berpura-pura?

notakaki : aku tak suka orang hipokrit. dan aku pun tak suka jadi hipokrit. kalau terpaksa sekalipun, mungkin mulut boleh menipu, tak riak muka aku takkan menipu. so, jangan paksa aku buat perkara yang aku tak suka. atau mungkin kalau aku buat pun, semuanya kerana TERPAKSA. kalau dah terpaksa, memang tak ikhlas la kan? kalau dah tak ikhlas, memang sia-sia jela. pahala pun tak dapat. siapa yang rugi? tett~ masa dah tamat. jom layan video ni. orang macam ni lagi jujur dan boleh dipercayai. haha. zass~


sekian.

Thursday, April 21, 2011

Jom Join Bloglist Atiera

syarat2 o menda yang ampa perlu buat untuk join bloglist tira :

(penting) Mesti ada blog sendiri . Law takdak blog , ampa nak taip kat mana ?
(xbrapa penting) Warganegara malaysia o at least pandai n pham bahasa melayu .
(penting) Follow blog tira .
(penting) Buat entry 
Dalam entry kena ada nie :
 i.   tempek banner kat ataih tu n buat link ke entry nie (tak kira la nk ltak link 2 kat mana)
ii.   Review ckit blog tira (komen, cadangan, kutukan, kritikan amat dialu-alukan)
iii.  tembak (tag) 3 blogger lain (pastikan depa taw depa kena tembak taw)


senarai semak syarat-syarat *apa punya skema daa ;P
1) ada blog
2) warga Malaysia
3) dah follow ^_^
4) tengah buat entri la nihh ;D
5) dah tempek aihh banner tuh
6) review sikit-sikit : tudiaa orang kedah naa. pekat likat loghat dia :D yang cek nampak, blog dia nih, kaler biru. memang laa dah trang tang tang kaler background dia biru. cek sukaa kaler biru ^_^ dia ni memang suka join segala bagai GA la contest la, memang rajin sungguh aihh. dah lama dia join dunia blog nih. ada la dekat dua taun kan? betoi ka dak? hehe. cek rasa dia nih tak sombong. biasanya oghang kedah peramah. cuma cara cakap ja kadang-kadang macam ganaih sikit. tapi hati baik maa :))

haa tudia la serba sikit aku review blog dia dengan dia-dia sekali aku review. haha. maap naa menyimpang sikit. aku pun baru lagi mana nak reti kritik-kritik blog orang. sapa nak join bloglist Tira nih, mai la join ramai-ramai. aku nak tag Blackrose, Qirah n As. tarikh tutup 30 April 2011.

sekian.

Wednesday, April 20, 2011

YaNa YassiN | 1st Giveaway





nak join giveaway lagi. kali ni dari Yana Yassin. hadiah dia pun best. ok moh le kite join. nak tag :
Naft Mira

tarikh tutup 30 April 2011. mari joinnnnnn ! ;D

Tuesday, April 19, 2011

tips hilangkan stress

anda bosan? anda stress? anda tertekan? jangan risau. kami ada ubatnya. terapi ini memang sangat berguna untuk orang yang sedang stress. tambah-tambah lagi sekarang kan musim final exam. urghh boleh termuntah kan baca buku tebal-tebal? nak hilangkan rasa loya menghadap buku? jom layan video nih. zasss~


sumpah aku gelak guling-guling tengok video nih. Nabil memang sangat kreatif ! dari minggu first Maharaja Lawak dia memang best ! idea lain daripada yang lain. memang lawak yang real. takde unsur nak bahan orang, nak kutuk orang macam certain group tu. keje nak membahan. kauorang paham-paham sendiri laa sape. kihkihkih ;D

dokek limapuloh kali dah den nengok video ni haa. tak bosan-bosan. siap boleh hafal laie haa lagu Grenade by Nabil ni. hahaha suka sukaaaa. ^__^

actually, aku tengah tertekan. malam ni je sepuluh kali aku layan lawak si Nabil nih. hilang stress gua cakap luuuu. serius. siapa tak percaya, sila lah cuba. kalau tak berjaya jugak, pergi amek wudhuk, pastu buat la solat sunat ke baca al-Quran ke. insyaAllah berjaya. kalau tak berjaya jugak? lu pikirlah sendiri. kuangkuangkuang ;D

notakaki : dalam Maharaja Lawak, aku suka Nabil, Sepah n R2. Jozan tu best jugak tapi kuat membahan sangat. iskiskisk. tapi sedihh weh R2 dah terkeluar. harap-harap diorang diserap masuk balik.

sekian.

Sunday, April 10, 2011

Miss Malaysia Pahang 2010. what the?

sapa belum pernah tengok, silalah kelik butang play. sapa yang sudah tengok, kalau nak cuci mata lagi sekali pun takpa. takda sapa nak halang punn. itu pun kalau kau berselera lahh. =.="

 

sudah tonton? okeh mari geleng kepala ramai-ramai tengok video nih sambil beristighfar. apa nak jadi lah ngan negara kita sekarang. aku malas nak komen lebih-lebih. kang jadi isu lain pulak. =.="

btw, aku salut la sama diorang. 99% sukses bertukar jadi perempuan. cun melecun habis ! kalah pompuan melayu terakhir. cuma, yang lagi 1% tuuuu, *ehem ehem* kau berdehem banyak kali punn suara jantan kau takleh berubah la der. rawr. yang tu tak dapek den nak nolongnya heh. =.="

"terima kasih kepada semua kawan-kawan, mak dan ayah saya, adik beradik saya dan juga SUAMI TERCINTA saya kerana menyokong saya bla bla bla~" 
*okeh gay-gay kat luar sana sila pengsan yah sebab ratu cantik nih dah bersuami. melepas uolsss !*

actually aku baru tahu pasal kewujudan pertandingan macam ni. tersebar kat facebook hari rabu lepas. so apa lagi, akibat inkuiri terlebih, aku pergi google n carik kat youtube video-video yang berkaitan. bukan sebab terujaa sampai aku gigih nak menonton video-video camnih, tapi sebab aku nak tahu sejak bila wujud pertandingan macam nih !

hasilnya, aku jumpa video ini dan pelbagai lagi video yang menarik yang boleh anda tonton. err, menarik ke? =.="

sebenarnya, pertandingan ni dah lama wujud n mungkin secara underground sahaja. tapi sekarang? seolah-olah dah diluluskan oleh kerajaan pulak ! benarlah tanda-tanda kiamat itu sudah semakin jelas. daripada kita (err aku sekali lah tuu ) dok buang masa layan video bapok yang tak berfaedah tu, lebih baik lah kita renung kembali kelemahan diri sendiri serta mengisafi kesalahan dan dosa-dosa yang pernah kita lakukan sepanjang hayat kita hingga kini. sama-samalah kita perbaiki diri sendiri. semoga kita semua dilindungi serta terhindar daripada godaan syaitonnn yang direjam yang boleh menyebabkan kita terjebak ke lembah maksiat. amin.

sekian.

OdahOne Giveaway | Bersamamu Hidup Ini Indah Semuanya

aku tak pernah join GA sebab aku tau aku tak bertuah. sepanjang hidup aku lahh kan, seingat aku, kalau ada mana-mana event yang ada cabutan bertuah, tak lain tak bukan, pemenangnya? jeng jeng jeng~
*
*
*
*
*
MESTILAH BUKAN aku !
kuikuikui tapi takpe, aku tak kisah. rezeki masing-masing kann :D


orang kata tak salah mencuba. jadi, tunggu apa lagi? mari kita mencuba ! ^__^


aku nak tag :

Tarikh Tutup :
30 April 2011

notakaki : tengs kat Blackrose sebab tag aku. kenapa aku tertarik nak join GA ni? sebab aku suka ayat ni.


credit to Odah+One=OdahOne
sekian.

Monday, April 4, 2011

pemenang sebenar ABPBH 2011 edisi aku dah agak dahhh !

waduh waduh gawat kok kini semua orang mau bilangin Shaheizy Sam Samad itu pacar mereka. kok mau beramtem segala rebutin itu cowok. waduh waduh. bingung sihh kepala gue mau dengar itu segala. lagian, mereka ngak tauk ka bahawasanya cowok itu sebenarnya pacarnya gue ! udah-udah jangan sihh beramtem lagik. *sigh* (antara ayat-ayat minah indon yang turut mahu joint venture mengaku shaheizy sam tu pacar mereka. haishh =.=")

ok, sila abaikan broken indon gua. gua memang tak reti cakap indon. Sinetron pun gua tak layan. sebab gua orang Melayu. gua bangga jadi orang Melayu beb !

psst, sebenarnya gua pun minat Shaheizy Sam gak. sangat ! gua minat dia sebab dia sempoi gua cakap lu. tapii, rasanya tak perlulah kottttttt nak over-over cakap Shaheizy Sam tu boipren kau lah, kawan sekolah kau lah, bla bla bla n blahh~ menyampah betul gua dengar ! rasa nak pang laju-laju je dengar orang cakap macam tu.

*gua jeles sebenarnya ni. keh keh keh :D


oh ya, berbalik kepada tajuk utama, gua memang dah agak dah Sam akan menang. jadi bagi gua ABPBH 2011 kali ni tak berapa nak sepraissss la. tapi gua amat-amat seprais bila sedara pak jabit muncul. huh terkejut mak kau ! seprais yang amat. bagi gua, memang betul lah kata Raja Azura, " ada yang lebih popular daripada kita pada malam ini ! " sorakan masa Usop Wilcha ni muncul memanglah meriah sangat.
gua suka benor tengok video ni. ate sape idok penah tengok lagi, silalah tekan butang play.
perghh gua saploh kali tengok video ni pun tak bosan-bosan. keja nak gelak guling-guling jah. hah gua rasa la kan, Usop Wilcha ni boleh menang lah Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2012 nanti. gua gerenti. siapa setuju, angkat tangan macam saya *gaya Usop Wilcha*

aiceh. terlekat sudaa simptom usop hantu kak limah. aiyoo.

ce korang tengok muka Zizan dalam video nih. Zizan macam cuak je kan. tiba-tiba terus macam tak banyak cakap sangat. kecoh dengan suara Raja Azura n Sharifah Shahira je. mesti dalam hati dia dok berdebor-debor sebab dio jugok tercolan ehh tercalon. alahaii, tak ngape lah Zizan, bukan rezeki awok tahun nih. awok tengoh nok naik tu. nanti-nanti ada la rezeki awok. sabor ye awok. gua yang tak pernah nak layan Raja Lawak pun sebelum nih, terus terjatuh hati pada jenaka awok bersama Johan. go Jozan ! gudluck !

Usop Wilcha sedih awok tak
menang tahun ni. sabor ye
awokkk.

notakaki : TAHNIAHHH Shaheizy Sam Samad ! gua memang dah agak lu akan menang. gua sentiasa sapot lu la derr. tapi malam tadi gua tak puas la tengok ABPBH online. asyik-asyik buffering je. mula-mula dah lajuuuu. tang part genting lahh internet buat hal. performance Siti yang comel itu pun aku tak dapat tengok. isk. siapa-siapa ada cadangan macam mana aku nak tengok semula performance Siti Nurhaliza malam tadi? pelishhhh. aku ni dah la buta IT bab-bab nak mendownload. T___T

sekian.

Kembali

Pabila diri semakin dewasa, Pabila banyak perkara perlu diutama, Pabila masa mencemburui dunia, Pabila jiwa tak sentiasa muda, Pabil...