Monday, April 4, 2011

pemenang sebenar ABPBH 2011 edisi aku dah agak dahhh !

waduh waduh gawat kok kini semua orang mau bilangin Shaheizy Sam Samad itu pacar mereka. kok mau beramtem segala rebutin itu cowok. waduh waduh. bingung sihh kepala gue mau dengar itu segala. lagian, mereka ngak tauk ka bahawasanya cowok itu sebenarnya pacarnya gue ! udah-udah jangan sihh beramtem lagik. *sigh* (antara ayat-ayat minah indon yang turut mahu joint venture mengaku shaheizy sam tu pacar mereka. haishh =.=")

ok, sila abaikan broken indon gua. gua memang tak reti cakap indon. Sinetron pun gua tak layan. sebab gua orang Melayu. gua bangga jadi orang Melayu beb !

psst, sebenarnya gua pun minat Shaheizy Sam gak. sangat ! gua minat dia sebab dia sempoi gua cakap lu. tapii, rasanya tak perlulah kottttttt nak over-over cakap Shaheizy Sam tu boipren kau lah, kawan sekolah kau lah, bla bla bla n blahh~ menyampah betul gua dengar ! rasa nak pang laju-laju je dengar orang cakap macam tu.

*gua jeles sebenarnya ni. keh keh keh :D


oh ya, berbalik kepada tajuk utama, gua memang dah agak dah Sam akan menang. jadi bagi gua ABPBH 2011 kali ni tak berapa nak sepraissss la. tapi gua amat-amat seprais bila sedara pak jabit muncul. huh terkejut mak kau ! seprais yang amat. bagi gua, memang betul lah kata Raja Azura, " ada yang lebih popular daripada kita pada malam ini ! " sorakan masa Usop Wilcha ni muncul memanglah meriah sangat.
gua suka benor tengok video ni. ate sape idok penah tengok lagi, silalah tekan butang play.
perghh gua saploh kali tengok video ni pun tak bosan-bosan. keja nak gelak guling-guling jah. hah gua rasa la kan, Usop Wilcha ni boleh menang lah Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2012 nanti. gua gerenti. siapa setuju, angkat tangan macam saya *gaya Usop Wilcha*

aiceh. terlekat sudaa simptom usop hantu kak limah. aiyoo.

ce korang tengok muka Zizan dalam video nih. Zizan macam cuak je kan. tiba-tiba terus macam tak banyak cakap sangat. kecoh dengan suara Raja Azura n Sharifah Shahira je. mesti dalam hati dia dok berdebor-debor sebab dio jugok tercolan ehh tercalon. alahaii, tak ngape lah Zizan, bukan rezeki awok tahun nih. awok tengoh nok naik tu. nanti-nanti ada la rezeki awok. sabor ye awok. gua yang tak pernah nak layan Raja Lawak pun sebelum nih, terus terjatuh hati pada jenaka awok bersama Johan. go Jozan ! gudluck !

Usop Wilcha sedih awok tak
menang tahun ni. sabor ye
awokkk.

notakaki : TAHNIAHHH Shaheizy Sam Samad ! gua memang dah agak lu akan menang. gua sentiasa sapot lu la derr. tapi malam tadi gua tak puas la tengok ABPBH online. asyik-asyik buffering je. mula-mula dah lajuuuu. tang part genting lahh internet buat hal. performance Siti yang comel itu pun aku tak dapat tengok. isk. siapa-siapa ada cadangan macam mana aku nak tengok semula performance Siti Nurhaliza malam tadi? pelishhhh. aku ni dah la buta IT bab-bab nak mendownload. T___T

sekian.

8 comments:

si cebbie cholet said...

errrr...kalau x boyfren bole konsider kah?hahaha

Admin said...

wt la usop ni jg boyfren ko..hahaha..leh angkat tgn mcm dia..hahaha..sabor je la..hahaha

Husna Lana said...

@si cebbie cholet
haha boleh dipertimbangkan :D

Husna Lana said...

@blackrosehunter
hahahaha tokse akuhh. virus kak limah mmg sgt bahayaaaaaaaa !

Cahaya Kehidupan said...

waktu kemuncak yang paling best bila usop wilcha n johan keluar...soley...soley..hehe

Husna Lana said...

@Cahaya Kehidupan
aah serius best sgt part tu. soley soley :D

sekamar rindu said...

usop ni memang lawak giller...

** folo ur blog..

Husna Lana said...

@sekamar rindu
agree ! tengs sudi folo :)

Kembali

Pabila diri semakin dewasa, Pabila banyak perkara perlu diutama, Pabila masa mencemburui dunia, Pabila jiwa tak sentiasa muda, Pabil...