Tuesday, January 25, 2011

Kontest Blog Paling Comel : Nurul Nabiela

err, apa aku nak tulih nih? ketaq tangan aku nak menaip. nervous pun ada ! tiba-tiba teringat kekalutan masa final exam zaman matrik aku nak jawab paper math. punya parkinson tangan aku nak menulih jawapan. gara-gara pengawas peperiksaan yang tak cool sergah aku.

" masa menjawab tinggal lagi sepuluh minit "

hapaa? saploh minit? ada tiga pat soklan lagi aku belum sentuh kot. aku kalut. cuba berjuang hingga ke detik jarum saat terakhir. cuak gabra masa tu tak payah bayangkanlahh. sampai tengok tulisan sendiri pun macam tak percaya. cantik sangat weh tulisan aku masa parkinson tuh ! kah kah kah

so sekarang, tahap ketaq tangan aku nak menaip, lebih kurang macam cerita di atas. malah lebih dahsyat aku rasa ! harap-harap typo aku tak terkesan di sini.

aku telah di tag oleh FarhanaFabulous. masehh dear ! CONTEST BLOG PALING COMEL. err, dah cukup comel ke blog aku untuk join contest nih? *garu pala*


syarat-syaratnya

 warga negara MALAYSIA .
ofkos lah ! nah tengok ic ! :D

 semua jantina diterima
err kalau nyah ke peng ke? kikiki

 ada blog! takder blog .. ditolak !
hade, hade. baru buat bulan lepas. kihkihkih

 kena follow blog aku.. tak nak follow takper.. tak der paksaan :)
ouhh haruslahh folo belog comel ini ! ^_^

 tag 4 orang rakan anda , yang anda yakin ley join


tarikh tutup

5.2.2011 ... itupun melebihi 100 orang penyertaan .


hadiah

DUIT menanti anda !

GOODLUCK SEMUAA ! :)


notajari : memandangkan ini first time aku join contest-contest nih, so aku nak buat speech sikit. nak cakap, tenkiu pada orang yang tag-tag aku. dan pada penganjur contest, ampun dan maaf dipinta andai haku tersalah format atau terbuat mana-mana kesalahan kecil yang lain. saya budak baru belajar *alasan* keh keh keh. lain-lain tag akan dibuat mengikut kerajinan.

sekian.

Sunday, January 23, 2011

i'm alone without you !

keh keh keh. nak tergelak tengok tajuk entri sendiri. woahoo. ada rasa geli-geli tekak tak? uhuk uhuk mesti la ada ! tekak aku terasa bagai digeletek. geli + gatal gilaaa ! macam mana nak garu? uhuk uhuk dah berminggu-minggu aku asyik batuk-batuk je. uhuk uhuk lagi dan lagi. T__T

okeh abaikan pasal isu batuk. walaupun sambil menaip aku terbatuk-batuk, uhuk uhuk tapi tak mengapa, perjuangan ini harus diteruskan juga. eksaiteddd ni weh nak berjiwang ! kah kah kah

seminggu. seminggu aku berjauhan dengan si dia. terasa dunia ini kosong gila . terasa dunia ini tak bermaya tanpa si dia disisi. terasa dunia ini seperti, ohh kelamnya ! Gua Kelam pun tak sekelam hidup aku. sebab dalam Gua Kelam tu ada lampu. keh keh keh. 
Gua Kelam Perlis Malaysia
sungguh weh ! seminggu aku rasa hidup aku bagai tiada erti pabila si dia menunjukkan beberapa simptom bahawa dia telah diserangi satu penyakit yang aneh. mahu tak mahu, aku terpaksa menghantarnya ke hospital. setibanya di hospital, si dia terus dimasukkan ke ICU dan ditahan wad selama seminggu ! selama seminggu aku terpaksa berjauhan dengan si dia. wuuu sobss T__T

si dia yang aku maksudkan ialah ........
yaa ! itu diaaa kekasih hatikuu. tanpa dia aku sangat sunyi ! dah la floor aku ni sunyi gila. dah takdak orang nak hu-ha hu-ha. dah la rumet (baca : roommate) aku selalu balik. mentang-mentang la rumah dekat je. sampai hati yu tinggalkan ai tauu T__T . dah la banyak gila kerja-kerja yang perlu aku guna laptop. menaip dokumen-dokumen untuk hi-dinner kolej aku nanti. 

yang paling penting, tanpanya, aku tak boleh berblogging ! tak boleh layan movie ! so, masa terluang aku selama seminggu yang lalu terbuang begitu sahaja dengan aktiviti-aktiviti bergosip dan berjalan-jalan ! harharhar

sekarang, si dia ini sudah sihat ! sudah keluar dari wad Acer Service Centre semalam. wah, memang bergunalah warranty 3 tahun ! selamat duit aku ! kihkihkih. 

" wahai laptopku sayang, jasamu selama 2 tahun 2 bulan ini akan ku kenang sampai bila-bila. ku berharap agar kau sentiasa dalam keadaan baik-baik saja untuk tahun-tahun mendatang. silalah beroperasi dengan baik ya selepas ini. terima kasih sayang ! "

notajari : selama tak online ni, banyak dapat tag. tenkiuu pada sesiapa yang tag aku. insyaAllah kalau diberi kerajinan, aku akan buat tag-tag itu. hihihi :)

sekian.

Sunday, January 16, 2011

Huda Luna yang tidak dapat terima kenyataan ! keh keh keh

ok hari ni aku sangat eksaiteedddd ! nak tahu kenapa? sebab aku berjaya menjeleskan Huda Luna. keh keh keh. *gelak jahat* sila lihat gambar di bawah. dari situ kau orang akan tahu kenapa.

~~jeng jeng jeng~~
minggu lepas Huda Luna jumpa Ayun Ayunar
sila perhatikan gambar ini secara kritikal.


minggu ni? turn hakuu pulak ! kehkehkeh
aku, kak AyunSyira Itik Kejam
photographer : Eno Farhana

waa cantiknya kak Ayun !
sila perhatikan gambar ini secara kritikal juga.
dapat jawapannnya? sapa betul aku bagi gula-gula doposen saploh bijik eh. kuikuikui. haa, yang membuatkan Huda Luna teramat tak puas hati adalah kerana ketinggian kami ! kak, sila terima hakikat ya? gambar kamu itu kelihatan bagai KLCC. kamu jambatan di tengah-tengah. harharhar :D *gelak jahat lagi* muahahahahahhaaahhahahahahhahahha uhuk uhuk uhuk sampai terbatuk-batuk aku gelak.

kak, aku tak pakai heels. kak ayun pun tak pakai heels. kaki aku pun cam bend sikit. so? so? so? paham kan maksud aku? lalalalallaala :D

*gelak jahat lagi dan lagi dan lagi* muahahahhahaahaha

okeh cukup dulu gelak. nak sambung cerita. jap lagi sambung gelak lagi okai?

waaa nak cerita pasal kak Ayun. comei gilaaaa dia ni. hari jumaat tu dah terserempak dengan dia kat Watsons kat The Mines tapi cam tak berani nak tegur sebab takut salah orang. hihi. then semalam pegi dewan besar untuk event Hari Siswi, nak jumpa kak Ayun n aunty Nora untuk ambil inner Ayunar yang dah di order. sampai-sampai je kat booth Ayunar, kak Ayun tegur "eh, kita ada jumpa kat Watson kan semalam?"

wahh, macam nak melompat aku dengar. kak Ayun cam akuuu lah weii ! hehe. pastu borak-borak sikit. tapi kejap jelah. sebab kak Ayun and aunty Nora tengah sibuk setting barang-barang kat booth.

petang tu slot Siri Interaksi Keusahawanan. aku kena hadir seminar tu. UPM memang selalu lahh buat seminar-seminar macam ni. balik balik muka haku je kena attend. tapi kali ni memang paling best lahh ! nak tau kenapa best? sebab kak Ayun jadi panel untuk forum tuuuu ! comeiii sangat ! dan sebab lain forum ni best, sebab tak mengantuk dengar panel-panel bercakap. ringkas dan padat. takda la meleret-leret macam selalu. wa salutt la forum kali ni. bravo UPM bravo ! keep it up ! len kali kalau buat forum macam ni, kompem aku pegi lagi ! *semangat secara tiba-tiba*

oklah tu saja nak cerita. mungkin ni entri last aku buat sementara waktu. esok aku terpaksa hantar laptop aku masuk wad kat Acer Service Centre. tah berapa lama lah laptop aku nak kena tahan kat wad. huhuhu. doakan laptop aku cepat-cepat sihat ya? *_* (mata penuh mengharap bersinar-sinar seperti Himawari)

sekian.

Friday, January 14, 2011

sapa nak kawen ngan Puteri Gunung Ledang, habaq kat aku !

grrr hari ni aku sangat marah ! marah ! marah marah ! aku dah bertukar jadi hulk ! =.="


haaa takut tak? takut tak? baik ngaku korang takut ! kalau tak ngaku aku belasah korang laju-laju ! cepattt ngaku ! cepatttt !

apa? tak takut? fineeeee ! tak mau kawan korang ! huh ! tak payah berangan nak kawen dengan Puteri Gunung Ledang ! aku baru nak offer pertolongan. free of charge punya ! alahh senang saja mau kautim dengan dia. semal mater saja lahh. dulu kami sama-sama main guli, main gasing, main tuju selipar dan macam-macam main lagi lah. semuanya main bersama. mesra gitu yaww. seronok woh main dengan dia. first class beb ! tip top !

cett yang kau pk bukan-bukan apehal? kau ingat aku nak cakap, saya lesbian, saya ok? kepala hotak kau berjambul ! eh apesal jambul kau kat atas? bukan kat bawah ke? grr apa aku merepek nih. ni mesti gara-gara pengaruh si Akal Tunjang tuh ! kuikuikui kesian mangsa tak bersalah. maap na taiko =p

hah berbalik pada tajuk asal. aku benar-benar ikhlas nak tolong korang. tanak lah tolong Sultan Mahmud. dia dah patah hati sangat tu. susah dah nak pujuk pun. so aku offer kat kauorang lah. ada sapa-sapa minat? Puteri Gunung Ledang ni masih cun seperti dulu woh. bergetah lagi. takda peronyok-peronyok (baca : kedut-kedut) pun muka dia. masih cekang saja kulitnya. halus mulus gebu gitu yaww. cun melecun habis lahh.

kalau nak cakap saja. aku tolong setelkan. bab hantaran kau tak payah serabutkanpalaotakkau. kau goyang kaki duduk diam-diam sudah. aku boleh berehkan. especially tang 7 dulang hati nyamuk tuh. jangan kata tujuh dulang, TUJUHBELAS dulang pun aku mampu sediakan ! sungguh !

Hal ini kerana, Mr. M yang berterbangan sambil menunaikan rukun haji iaitu tawaf sebanyak TUJUH kali atau mungkin sudah terlebih kerana kekusyukan yang melampau. sudah mabrur atau tidak agaknya haji si Mr. M tuh ya? marilah kita sama-sama merenung di sekeliling kita mencari jawapan.

pap pap pap ! bunyi tepukan gemuruh para hadirin yang bergumbira meraikan kejayaan Mr. M mendapat haji mabrur dengan kekenyangan perut yang berlipat kali ganda. pap lagi ! kali ini tepukan yang paling kuat sekali. berderai cecair merah dan seketul hati nyamuk tergolek-golek di atas meja.

"yesss ! berjaya mengumpul seketul hati nyamuk. mari kita meneruskan misi untuk memenuhkan TUJUH dulang sebagai hantaran."

err tapi jangan kejam sangat. bagi la peluang jugak pada Mr. M untuk mendapat haji mabrur sebelum beliau terkorban dalam jihad dan mati syahid.

*entri ini entri merepek. tolong jangan pang aku laju-laju. ampunn x_x

sekian.

Friday, January 7, 2011

gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya !

ok hari ni entri aku tiada unsur kecindan. yang ada hanyalah unsur luahan hati. siapa sudi, sila baca. kalau tak sudi, aku tak boleh paksa wuu T____T

hari ni aku gagal lagi. gagal untuk mengotakan janji. janji pada orang. janji pada diri sendiri. aku rasa malu. rasa bersalah. rasa kecewa. rasa nak bunuh diri ! ehh astagfirullah, aku seorang Islam.
kenapa sem baru, tahun baru aku jadi lebih negatif? minggu pertama semester, aku telah berjaya ponteng satu kuliah. wah hebat betul aku ! dulu kalau nak ponteng je muka sure macam orang tahan berak. pucat ! cuak ! takut kantoi sebenarnya ! tapi sekarang? dengan muka slumber rock kapak je aku ponteng tanpa rasa bersalah. kenapa jadi camni? adakah kerana gara-gara aku tiada azam? huh,  maknanya aku kena buat azam cepat-cepat lah ek? ayuh berazammmm ! zam zam ala kazam.

grr, motif aku cakap cam orang hilang jantung ni apehal? baru ponteng kuliah lu dah kecoh macam kau pergi rompak bank ke pergi bunuh orang ke. heshh !

pasal ponteng kuliah takde hal la bro. semall de pises (baca : small matter) je tuh. yang aku terkilan sangat ni sebab habit tidur aku makin menjadi-jadi. kerana tidur, aku terabai janji. dulu aku sangat pantang orang mungkir janji. tapi, sekarang aku yang buat. ohh bencinya pada diri ini ! *hantok pala kat dinding*
function buku? answer : ubat tidur
der, relax der. kalau kau pk asyik nak marah diri sendiri buat apa? walaupun memang salah kau, tapi kau tak sengaja kan? kalau kau nak betulkan keadaan, kau kena pk cara-cara untuk perbaiki diri and berubah. bukannya kau pergi pk cara-cara nak hantok pala kat dinding bagi hilang ingatan pasal kesalahan diri sendiri. ataupun, cara-cara nak bunuh diri supaya kau takkan hadapi lagi kegagalan dalam hidup. itu bangang namanya. merosakkan diri sendiri. cubalah pozitip sikit. ini asyik negatip sajaaa. susah sangat ke nak pk sesuatu yang baik-baik dan rasional?

ya, betul, kita manusia biasa. tak boleh nak rasional sepanjang masa sepanjang hidup. daripada kau nak rasional-rasional, baik kau pergi layan klasik nasional lagi best ! iya, memang tak boleh nak elak dari fikiran camtu. tapi, cuba kau bagi peluang kat diri sendiri. cuba kau percaya dan yakin pada diri sendiri. insyaAllah satu hari nanti kau mampu berubah menjadi diri yang lebih baik.

semua orang mencari kesempurnaan sebab kita tahu tiada manusia yang sempurna kecuali Dia. semua orang mahukan happy ending dalam hidup masing-masing. mahu mencapai kesempurnaan kendiri setelah melalui beberapa peringkat yang lain mengikut hierarki Abraham Maslow.


tapi setiap manusia itu unik ! masing-masing punyai cara dan gaya tersendiri. katakanlah kau ternampak pembunuh bersiri sedang melapah-lapah daging manusia, tiba-tiba kau pergi sound dia,

"hey, kau pembunuh ! matilah kau di tali gantung ! *sambil mencarut-carut maki dia* (kau pk sendiri la apa kau nak mencarut. malas aku nak tulis) "

agak-agak apa respon si pembunuh itu? sila jawab dalam hati.

mungkin ini jawapannya " ya, aku pembunuh. aku takkan mati di tali gantung. sebab kau adalah saksi. dan sekarang, kau juga akan ku bunuh ! "

haa kan tak pasal-pasal mati katak free free jek ! 

pengajaran : jangan cepat melatah dan tergopoh gapah dalam sesuatu tindakan. berfikir dahulu sebelum bertindak. jadilah diri sendiri tanpa perlu rasa tertekan dengan kelemahan yang berjuta. nikmati kehidupan dengan bahagia. setiap masalah, ada penyelesaiannya. setiap kelemahan atasinya dengan kematangan. kelak, anda pasti berjaya !

ok ok aku nak stop makan kerepek sebelum entri aku semakin merepek. baik aku pergi tidur sekarang sebelum entri ni semakin panjang.

sekian.

Tuesday, January 4, 2011

azam baru?

aku berazam tahun ni aku dapat jumpa DORAEMON ! sekian terima kasih.

haa tu je azam aku. dah tak payah nak tanya-tanya aku apa azam baru aku. aku tak penah ada azam. kalau aku ada azam pun, tak semestinya pada tahun baru saja. bila-bila aku rasa nak berazam, aku bertukar la. "zam zam ala kazam" zupp terbang guna tikar terbang P.Ramlee. lepas azam aku nak jumpa Doraemon tertunai, baru aku boleh terbang guna buluh terbang pinjam alat Doraemon tu. so, korang doa-doakan lah azam aku ni tertunai ye? tak sabar nak terbang tinggi-tinggi mcam Hamzah Ian tu. haha apa kaitan pulak ni? okeh, abaikan. hehe

*macam mana Doraemon nak turun ke Malaysia? setiap negeri bersepah-sepah Giant di mana-mana. so, beranikah Doraemon berhadapan dengan Giant? sedangkan dengan tikus pun beliau gerun. hukhukhuk. marilah sama-sama kita mencari jawapannya !*


telinga Doraemon digiget tikus


sekian.

Monday, January 3, 2011

laptop berperisa cokelat !

aku rasa sekali pandang keyboard laptop aku macam ni lahh ! nyummy !
tapi bila dua kali pandang, macam ni pulak. isk !
yang aku pelik apesal semut banyak sangat berkeliaran kat laptop aku. nak kata laptop aku rupanya begini, tidak pulak. ishh !
err, kalaulah laptop aku benar-benar begini rupanya, alamat sehari pun boleh habis. burpp ! Alhamdulillah ^^

yang jadi masalah sekarang, atas meja aku takda pun tumpah benda manis-manis. yang ada cumalah stok-stok 'barang dapur' aku je. tapi apesal semut-semut ni tak serang stok-stok manis itu? dah bertukar selera kah mereka? pelik.

korang tak payah telek plak gambar ni. mmg tak nampak la
semut halus tu.

"punya la banyak pilihan dalam raga tu, laptop aku jugak kau nak serang ye cik semut? takpe, takpe, kalau aku TERbunuh kau, anggap la aku tak sengaja. semoga roh kau bersemadi dengan aman disana ya."

*alahai buruk gilak meja haku ! penat-penat je balut comei-comei sem lepas. sekali balik sem ni, sudah hilang daa segala pembalut meja haku. tsk sadih betol ! mereka kejammm ! sampai hati buang alas meja aku yang comei-comei itu. wuu T__T *

sekian.

Kembali

Pabila diri semakin dewasa, Pabila banyak perkara perlu diutama, Pabila masa mencemburui dunia, Pabila jiwa tak sentiasa muda, Pabil...