Tuesday, May 31, 2011

1st Lucky Draw KZNabihah Boutique

klik banner kat bawah ni untuk join. ^__^
ni laa Cik Bihah kita. pernah jumpa Cik Bihah masa Hari Siswi awal tahun haritu dekat UPM. sangat comel dan bergaya kan. Cik Bihah ni berani mix & match. cantik je tengok. nak tengok lagi stail Cik Bihah ni, boleh terjah personal blog dia:)

hehe cilok gambar Huda Luna ;p

aku suka shopping kat KZNabihah. tengs to my sister yang promote maxi dress yang dia beli kat KZNabihah. aku tengok dia pakai cantik je. so aku pun berminat nak beli jugak. hehe. kebetulan masa tu aku ada dinner. tema pulak nak elegan je kan. haa, apa lagi, memang sesuai sangat lah Sweety Puffy Maxi Dress nih. ni haaa gambar aku bergaya dengan item-item yang dibeli di KZNabihah. cantik kan? cantik kan? hehe 

sedihh, masa dinner tu tak banyak gambar.
sebab jadi AJK, busy T___T
ni Jaket Eksklusif dari KZNabihah.
kat atas kepala tu hairband yang beli
kat KZNabihah jugak. tapi tak nampak
pulak  T__T
maka dengan itu, aku tag Eno FarhanaQirah dan Ida. mereka ni memang suka join-join contest ni. hehe. sapa-sapa yang lain nak join jugak pun bolehh ^^ 
sekian.

Friday, May 20, 2011

dibangkitkan semula setelah terlena selama seminggu

ini kisah si semut yang ketiduran selama seminggu. kenyang sangat barangkali. 

alkisah, beberapa biji epal merah yang segar-bugar diletakkan di atas meja. kononnya, supaya seisi rumah dapat menikmati buah epal setiap hari bagi mengelakkan pergi jumpa doktor. almaklumlah, an apple a day keeps the doctor away. keh keh keh
di sesuatu kawasan yang lain, si semut yang sedang kelaparan mencari-cari makanan. 
si semut ternampak longgokan epal di atas meja. lalu terus menerkam buah epal tersebut. nyum nyum. begitu kuat kudrat si semut untuk menembusi epal itu.

si semut yang kekenyangan terlena di dalam buah epal. tanpa disedari, tuan rumah menghangkut raga epal itu dan dimasukkan ke dalam peti sejuk. tidurlah si semut dengan tenang. setelah seminggu, tuan rumah menyedari bahawa epalnya belum dimakan. lalu tuan rumah memotong buah epal. surprise, tuan rumah terjumpa si semut yang sedang tidur dengan nyenyaknya berbantalkan, berkatilkan dan berbilikkan isi epal. tiba-tiba, si semut mengeliat. lalu berjalan dengan selamba menuju ke rumahnya semula.

si semut rasa bahagia betemu semula dengan keluarga selepas seminggu berpisah. -THE END-

saiz lubang yang ditebuk semut. besar jugak la kan?

nampak tak? nampak tak?

err, motif aku cerita pasal semut? haa, ce pikir ce pikir. 

1. semut boleh hidup dalam peti sejuk? fuyohh tak payah pakai selimut/sweater/baju sejuk pulak tu. ekekeke. tak pelik ke?
2. potong/basuh dulu buah-buahan sebelum makan. jangan main bedal je. kalau termakan semut, macam mana? 
3. efek makan semut? sendiri cari kesannya. pergi tanya pakcik google. atau boleh baca SINI juga. ngeri jugak serangga kecik ni kan. tskk

notakaki : lukisan kanak-kanak T___T jangan komen lukisan huduh aku tuu. first time melukih. kihkih. aku memang takda bakat melukis. bab-bab seni ni memang aku failed. huahhahaha. jeles je tengok lukisan Ain Zulaikha yang comel-comel. entri pun best-best. waa, Ain, sila jadi sifu ye. nak belajar melukis. hikhik ;P

sekian.

Tuesday, May 17, 2011

CONTEST ENTRI PALING KENCANG

Walaupun tak pernah menang, tapi aku tak serik-serik lagi nak join contest. kihkih. orang kata, Usaha Tangga Kejayaan. kalau tak usaha, tangga pun takdak, macam mana nak jumpa kejayaan. ye dak? *apa? takdak tangga, guna eskeleter?* So haruslah berusaha kan. lagi-lagi, hadiah contest anjuran Cik Angin ni masyukkk woh ! kencang poket kalau menang, sekencang belog Cik Angin ni. nak tahu apa hadiah dia? cepat terjah SINI ! kalau aku menang, aku nak menabung. Ya, aku nak menabung. dah takmau buang duit kat Coolblog lagi. serius. tolong percaya. *insert bunyi cengkerik*

okeh mari kita semak syarat-syarat penyertaan,
1) warganegara Malaysia.

2) buat SATU entry bertajuk "CONTEST ENTRI PALING KENCANG ".
3) apa yang perlu ada dalam entry cik angin cuma nak anda keluarkan idea kreatif anda. contohnya :
**kalau entri tu berkisar tentang cerita lawak, cik angin nak rasa lawak tu sampai ketawa guling guling.
ATAU

**kalau entry tu bekisar tentang something yang sedih, cik angin nak rase sedih tu sampai menangis sehingga banjir KOTA TINGGI sekali lagi.
ATAU
** kalau entri tu berkisar tentang keterujaan, cik angin nak rasa teruja tu sampai rasa nak hempuk kepala kat dinding, gler punye terujaa la kan. HAHA .
ATAU
**kalau berkenaan dengan dakwah atau hal ehwal agama, cik angin nak rasa apa yang hendak di sampaikan tu masuk dan meresap terus dalam sanubari , memang tersentuhh laa penuh penghayatan.                                                                                                                                   
4) like FANPAGE sekencang angin di side bar blog ini atau di [link]ini .
5) letakkan BANNER contest di entri dan side bar blog serta link kan ke entri ini .
6) tinggalkan LINK entri anda di ruangan komen entri ini .

okeh, harap lulus sudah semua syarat. memandangkan Cik Angin membenarkan kita guna entri-entri lama, so aku pertaruhkan ENTRI INI. harap lepas Cik Angin baca entri tu, daripada mood ^_^ akan bertukar menjadi =.=" . *insert bunyi kilat sabung menyabung melambangkan geram segeramnya. sampai pegang mouse pun boleh hancur* kehkehkeh hiperbola sudah :P eh, tapi bukan suka suki nak bagi Cik Angin geram and rosakkan mood Cik Angin tau. sekadar memenuhi syarat. kalau Cik Angin tak geram pon, maknanya entri aku tu tak berjaya la. sob sob T__T

untuk sapa-sapa nak join, TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 9 JUN 2011. jom kita kencangkan belog Cik Angin dengan entri kencang dari blogger-blogger sekalian. Good Luck !

sekian.

Saturday, May 14, 2011

ML masuk R2

Maharaja Lawak malam ni bertemakan 'Silent Comedy'. akhirnya Amir terkeluar jugakk. muahahhaa mari kita gelak ramai-ramai *gelak jahat*. dari first week lagi ramai dah tertunggu-tunggu bila la si Amir ni nak keluar. aku tak minat lawak Amir walaupun kalau fikir secara positif, ada moralnya, ada baiknya, ada mesej yang dia nak sampaikan. tapi, tapi cara penyampaian dia tuu, ah ah tak best lah ! tak best tak best Amir tu, minggu ke4 dia improve sikit. alaa yang ada karikatur tiga orang juri tuu. Amireka. hakhak. sapa yang belum tengok, kalau rasa nak tengok boleh tengok kat SINI. *aku ulang, aku tak kata Amir best, tapi dia improve SIKIT ok. improve SIKIT ! haha*

minggu ni macam biasa, aku still suka Nabil walaupun ramai cakap tak paham lawak dia. "takpe Nabil, ai still paham lawak yu. ai suport yu tauu. yu memang kreatif la Nabil. ai sukaaaaa !" kihkih ^^

tapi yang paling menjadi lawak Silent Comedy pada minggu ke7 ini jatuh kepadaa. jeng jeng jeng~
JOZANN ! 
walaupun lawak diorang ciplak ke ape ke, tapi still menjadiiii sangat. good job Jozan ! ce cite sket macam mana air yang Zizan tuang dalam topi tu boleh kering? kahkahkah :D

Jambu not bad. diorang memang jambu bab bab buat lawak tanpa suara nih. tapi bagi aku, minggu ke6 Jambu adalah yang paling paling terbaekkk ! (dah paling, ada ter pulak kan. maaf cikgu BM. hihi) minggu ke7 Jambu ni aku sukaa jugak, tapi still minggu ke6 yang paling best ! emm, Sepah pun tak mengecewakan jugakk. lawak Sepah pun agak menjadi. Balas? pun ok la jugak minggu ni. rekod Balas minggu ni clean. first time takda unsur lucah. haha. bagus Balas ! Man pulak err err biasa-biasa je. I'm Sorry Man !

finally, untuk minggu ke8 ada imuniti untuk serap balik peserta ML yang dah tersingkir. sejak R2 tersingkir aku memang tunggu diorang nak guna imuniti tu. sekarang, tibalah masanyaaaaaa. jom vote R2 masuk ML semula. senang je cara vote. takpayah guna duit (sejak bila pulak Astro baik hati kan suruh undi masuk tanpa duit?) hahaha tak kisah lah janji korang semua tolong vote bagi R2 masuk ML balik. aku sukaaaaa R2 ! lawak yang cool. 
Klik gambar ni and LIKE untuk vote R2
notakaki : siapa yang belum berjaya tengok ML minggu ke7, sila terjah SINI. atas ehsan GuaTv sebab Astro dah amek tindakan kat youtube. cis. Astro memang nak suruh orang langgan Mustika kann. semuanya pasal duit duit duit. grr. takpa, harap-harap GuaTv tak kena banned macam yang lain. harap-harap la. kalau tak, kat mana lagi nak tengok ML? T___T

sekian.

Saturday, May 7, 2011

Izyan Masri First Random Giveaway

cepat cepat. last minit join giveaway ni. tarikh tutup hari ni sebelum 11.59 malam. sempat lagi kan aku join? hehe. ok moh le kite join GA Izyan Masri.
jalan-jalan tadi terjumpa iklan pasal Izyan Masri ni buat GA. haa apa lagi, terus terjah. hadiah-hadiah dia pun best wohh. so saja teringin nak cuba nasib yang tak berapa nak bertuah ni. kot kot bertuah kali ni, sape tahu? kan kan? tuah ayam nampak kat kaki, tuah manusia? ada kat Hang Tuah. keh keh keh ;D

memandangkan aku baru je terpandang belog Izyan Masri ni buat pertama kali, terus terfikir nak tekan butang follow (eh eh macam dah jatuh cinta pandang pertama pulakk). baca-baca entri pasal cokelat brownies tuu bikin meleleh air liur gua. macam sedap je tengok cik adik kita ni buat kek. dah lama gua tak belasah kek-kek ni. pandang belog Yan je dah rasa cokelat. nyum nyum. *habis exam esok gua rasa nak serang secret recipe lah ! balas dendam sebab Yan bagi aku kempunan tengok cokelat brownies. HAHA*

hehe. gurau. ok aku tag Qirah ngan Miss Lolly. GudLuck korang ! ^_^

sekian.

perjuangan terakhir

esok last paper aku. tapi sampai sekarang aku belum bukak buku lagi. sebab? seperti yang dah dijangka. last paper on the last day exam, memanglah mood untuk stadi dah terbang melayang. semua orang tengah kalut sibuk packing barang kemas bilik. aku still kena menghadap buku. ohh peliss, tak rock la beb ! so aku pun tumpang dua kaki join kemas barang dan berpura-pura seperti dah merdeka habis exam. hamagadd ! esok aku nak jawab apa? *pengsan +_+

aku dah cakap, jadual exam sem ni sangat lah tak best !  boleh refer SINI. first day exam, dah belasah TIGA paper sekaligus. tapi still the last day exam pun ada paper? ciskek betul. =.="

ohh aku teruja sebab Cik Epal (sape tak kenal cikepal dalam dunia blog ni memang nak kena sekeh laju-laju) datang belog cikai aku ni. siap komen lagi kat entri sebelum nih. *terharu* sob sob T___T tengs to Huda Luna aka my lovely sistah. sebab dia rajin pomot belog cikai aku ni. kak, nanti pomot lagi tau. mana tau kot-kot Hanis Zalikha ke Fatin Liyana ke pulak yang datang singgah sini. kuikuikui :D *haha berangan*

ok sudah mereng sebenarnya. harap ada kekuatan untuk stadi malam ni. wish me luck untuk last paper esok ya kawang kawang. tenkiu  ^_^
harap aku tak jadi macam ni malam ni

notakaki : macam biasa. lepas exam aku akan jogging laju laju lawat belog korang semua. siapa yang datang singgah dan follow sini, tinggalkan link ye. kat ruangan komen ni ke, kat shoutbox ke, kat mana-mana la. asalkan aku boleh jejak korang balik. sape nak aku follow korang pun, bagitau okeh? mood rajin nak follow orang is ON ! haha. btw, tenkiu kat semua orang yang sudi melawat belog cap kelicap kelicap cha cha aku ni. ehhh? pelik pulak nama. sape penah main game ni, dia tau lah. HAHA

sekian.

Friday, May 6, 2011

oral communication vs writing communication?

"ok ye murid-murid. mari kita sambung pembelajaran kita. hari ni cikgu nak mengajar tentang komunikasi. komunikasi terbahagi kepada dua iaitu ..."

"cikgu, bukan ada banyak ke? komunikasi secara lisan, bukan lisan, penulisan, dan bahasa isyarat?" 

eh budak-budak sekarang ni sangat bijak. tak sempat kita habis cakap dah potong. tak boleh nak kelentong sikit. isk *monolog*

"ya ya ya Atan, komunikasi ada banyak jenis. betul la yang kamu cakap tu. secara lisan macam sekarang ni cikgu sedang cakap dengan kamu. bukan lisan pulak mimik muka dan gaya tubuh macam angkat kedua-dua bahu tanda tak tahu (mata ke atas, tangan ke bahu?). ya betul la macam yang kamu sedang buat tu. penulisan pula yang macam cikgu BM ajar kamu buat karangan dan bahasa isyarat? kamu pernah lihat orang istimewa berkomunikasi?"

"pernah ! guna jari aje cikgu ! macam iklan Rejoice tuuu."

"eh eh kamu ni. bergurau pulak. haa iyela tu Atan. tapi hari ni cikgu nak fokus pada dua jenis komunikasi iaitu ...."

"ok saya paham cikgu!"

eh tak sempat habis cakap dah paham? budak-budak sekarang. hmm bijak bijak. tentu si manja Nespray. *iklan lagi*
**********
komunikasi secara lisan
face-to-face, perbincangan dalam kumpulan, mesyuarat, panggilan telefon, dan apa jua situasi yang memerlukan kita bercakap.
kebaikan :
1. mudah, tak perlukan persediaan yang kompleks : suarakan apa yang difikirkan
2. maklumat dapat disampaikan secara jelas dan menyeluruh : kalau tak paham, boleh ditanya terus.
3. maklum balas diterima dengan cepat : kita cakap, orang respon.
keburukan :
1. disertakan dengan emosi : kalau tengah marah? kesian orang lain kena sembur.
2. maklumat yang disampaikan tidak direkodkan : cakap, cakap n cakap, seminggu lepas tu dah tak ingat apa yang dicakap.

komunikasi secara tulisan
memo, surat, laporan, nota, dan apa jua kaedah lain yang memerlukan tulisan untuk menghantar makna.
kebaikan :
1. tetap dan kekal : baca seribu kali pun maklumat yang sama. tak berubah.
2. hasil pemikiran dan pertimbangan. boleh dirujuk semula : sebelum mengarang, boleh fikir dulu. lepas karang, boleh baca lapanpuloh kali sebelum publish kalau lupa penah cerita pasal apa, boleh rujuk blog archive *contoh*
3. dapat disediakan dengan mudah : amek pen dan kertas, tulis jela. bukan susah pong !
keburukan :
1. memerlukan masa yang panjang : nak karang perlu masa, nak taip pun amek masa jugak. nak bagi orang baca? tambah-tambah karangan panjang macam aku ni? mau setengah jam orang nak baca. keh3 ;D
2. emosi tidak disertakan. salah faham boleh berlaku : kalau aku cakap hai, means aku sopan. kalau aku cakap hoi, means aku ganas. tapi hakikatnya?  *err paham tak contoh ni?
3. mempunyai maksud tersurat dan tersirat : macam entri blog ni? ha apa yang tersurat? apa yang tersirat?

ok maklumat di atas diambil dari nota kuliah aku dan diolah sikit oleh aku. sebab nota kuliah tu dalam BI. kihkihkih ;D

antara bercakap dan menulis, korang prefer yang mana? majoriti blogger akan pilih penulisan sebab mereka suka menulis dan mengarang. kalau tak, buat apa mereka berblogging kan kan. HEHE

mungkin certain orang lebih suka berkata-kata dan berhujah untuk sampaikan maklumat. ni kategori ekstrovert. mereka fikir senang je bercakap. nak menulis ni leceh. tapi kadang-kadang, banyak bercakap pun bahaya jugak. sebab bila bercakap, kita sertakan emosi. kalau sedih, nada sedih. kalau marah, memang sampai terkeluar la segala makian dan carutan. tapi, adakah elok emosi itu dilontarkan kepada orang lain? orang yang mendengar pula macam mana?
jerit + caci + maki = ?
orang yang mendengar?












and ada jugak orang yang lebih suka menulis berbanding cakap. mungkin kategori introvert. tapi ada juga jenis ekstrovert yang suka bercakap dan menulis pada masa yang sama. masalah, pengalaman, pendapat semuanya ditulis. mungkin dengan menulis, boleh hilangkan tekanan. tak payah susah-susah cari pendengar yang setia. sebab kadang-kadang cerita kat orang pun belum tentu rahsia tu selamat. ada jugak si mulut tempayan. so daripada sakit hati dengan si mulut tempayan, baik tulis karangan berjela-jela dalam diari peribadi. atleast dapat jugak lepaskan tekanan sambil rahsia tu pun selamat. ye dak? ada jugak yang suka menulis sebab hobi. kesimpulannya, macam-macam sebab untuk menulis. tapi yang jadi masalah, hasil tulisan itu takde emosi. kadang-kadang kita tulis rasa macam biasa je, tapi orang yang baca fikir kita sedang marah. mungkin cara penyampaian dan penerimaan manusia itu yang berbeza. ohh sebab itula pensyarah aku selalu cakap, "Manusia Itu Unik". sebab? manusia itu pelbagai. walaupun pasangan kembar, tetap berbeza personalitinya. kan?
besau nyau pensil dari orang ;D

kalau masa belajar pulak, bercakap dan dengar pensyarah bercakap tanpa tulis, agak-agak exam nanti korang boleh score tak? kalau boleh, memang long term memory storage korang power laa. tapi kalau masa belajar, kita catat apa pensyarah cakap, bila exam nanti kita buat peneguhan dalam minda dengan baca semula nota yang dicatat, agak-agak boleh dapat 4 flat tak? hihi ;D

ada masanya kita perlu bercakap dan ada masanya kita perlu menulis. so, korang prefer bercakap ke menulis? 

notakaki : aku rasa aku prefer menulis daripada bercakap. 
atleast sebelum tulis kita boleh berfikir dulu nak tulis pasal apa sebelum orang baca. takdelah main tulis sampai buat orang sakit hati dengan kita. kalau bercakap? kadang-kadang terlepas cakap mungkin? tak sempat berfikir sebelum cakap mungkin? emosi tak stabil sampai tercakap perkara yang tak sepatutnya mungkin? ahh itu semua alasan. kuikuikui ;D

cukup matang tak entri ni? ada orang jawab kat polls nuffnang sebelah ni nak entri matang dari aku. so sebagai bakal cikgu, saja test market entri macam ni. agak-agak?

sekian.

Tuesday, May 3, 2011

koc wanita untuk lelaki?

ada dua golongan yang tak paham bahasa dan juga tak paham bahasa kuasa dua.

kau berjambang. kau bermisai. kau berhalkum. kau berpakaian lelaki. eh kau sedar tak kau tu lelaki? kalau kau tahu kau tu lelaki, koc pink-pink ni bukan untuk kau ! ngerti?

kau rambut panjang. kau pakai shawl. kau muka ayu. kau ada benda yang lelaki tak ada. kau pakai heels. eh kau perempuan kan? kalau kau perempuan, ya, koc pink-pink ini untuk kau. sesuai dengan baju pink kau. tapi yang kau bawak keturunan berhalkum masuk koc pink-pink ni kenapa?
terang dan nyata sekali untuk WANITA !
first masalah orang lelaki yang tak paham-paham bahasa. tak reti membaca? mungkin tak reti mengeja jugak?ohh mungkin masa pergi sekolah dulu tak sempat belajar kot sebab cikgu cuti bersalin lama sangat? =.=" alasan lapok bagai teringin nak kunyah selipar. atleast, kalau tak tahu sangat, takkan la tak paham kartun pink-pink yang comel itu? siap pakai dress lagi. sebijik macam sign kat toilet. kat toilet kau tak salah masuk pulak eh? pandai pulak kau masuk toilet berkartunkan muka bulat dan berdada bidang. eh tiba-tiba dah pandai membaca sebab cikgu dah habis cuti bersalin? urghh =.="
lelaki : muka bulat berdada bidang
wanita : muka bulat bermini dress
*caption tak menahannn. HAHA*
paling tak menahan, kau tu lelaki, siap cakap excuse me excuse me pulak kat wanita sebab nak join sesi sumbat menyumbat dalam koc itu. siap kau pulak yang tolak-tolak kaum wanita. ehh ini sudah melebih ! sekali kena maki dengan sorang wanita yang agresif, dengan lantangnya si wanita itu berkata, "hey this coach is not for you lahh !". serentak semua wanita-wanita yang dah jadi isi tin sardin dalam koc pink itu menoleh ke arah lelaki yang kecelaruan jantina itu tadi. setelah tertusuk dek panahan jelingan mata berdas-das, barulah lelaki kecelaruan itu tadi berkata I'm Sorry ala-ala gaya Amir Maharaja Lawak. euww~

second masalah orang perempuan yang double tak paham bahasa ! kalau kau bersiar-siar naik komuter dengan kaum berhalkum dan berdada bidang itu, tak perlu la nak bawak diorang tumpang dua kaki masuk koc pink tu sekali dengan kau. kau naik ajelah koc biasa. kaum berdada bidang itukan sasa, boleh protect kau sambil buat drama sebabak dalam komuter. atleast takde lah kaum ayu-ayu comel-comel ni sakit mata tengok drama sebabak kauorang dalam koc pink-pink itu. haiyaa !

lagi satu hal, kau tu kakak/sepupu/mak/makcik? (tak sempat nak interview) bawak adik-beradik-sepupu-sepapat-kaum-kerabat berjantina lelaki berderet-deret bagai panjang keretapi pulak kan. dah tahu adik-beradik-sepupu-sepapat-kaum-kerabat itu lelaki, naik ajelah koc biasa. ini tak, kau fikir sebab kau perempuan dan kau tu kakak/sepupu/mak/makcik, kau ada hak la untuk biarkan adik-beradik-sepupu-sepapat-kaum-kerabat kau duduk dalam koc pink tu? kononnya tanggungjawab kau sebagai kakak/sepupu/mak/makcik nak kena jaga adik-beradik-sepupu-sepapat-kaum-kerabat. oh, macam tu rupanya. habis mana pergi pulak tanggungjawab kau sebagai masyarakat yang prihatin dengan keadaan sekeliling? kau nak rasa selamat duduk dalam koc wanita sambil jaga adik-beradik-sepupu-sepapat-kaum-kerabat yang usia dah boleh kahwin (kalau budak kecik tak kisah sangat la kan), tapi kau tak fikir pulak wanita lain boleh rasa terancam dengan adik-beradik-sepupu-sepapat-kaum-kerabat kau yang berhalkum itu? puh-lis la jangan selfish.
tak paham-paham lagi?
notakaki : bengang gila naik komuter tadi. terhimpit mengalahkan Roti Impit Ayamazz. kalau bau sedap takpe gak, ini bau bacin tak pakai dorono ! cis !

sekian.

Sunday, May 1, 2011

'benda' itu buat aku ketagih

hari-hari aku teringat 'benda' tu.
hari-hari aku teringin 'benda' tu.
hari-hari aku cari 'benda' tu.
hari-hari aku beli 'benda' tu.
hari-hari aku sedut 'benda' tu.

hari-hari beb. HARI-HARI ! tahu? kenapa kau wujud dalam UPM ni wahaiiiiiii

*
*
*
*
*
*
*
 
?

first day Coolblog beroperasi je dah serbu. tengokk, cair semacam je. almaklumlah pekerja baru-baru lagi. bebudak lepas SPM. tapi, LELAKI kot. lelaki pakai baju pink keje kat kiosk kaler pink. woahh so kiut. HAHA. *boleh geng dengan JAMBU MAHARAJA LAWAK* sorry takde gambar diorang. takde keje pulak kan kalau aku tiba-tiba nak ambil gambar diorang. heh
pic dicilok dari C Pelat Pink Pong

muka eksaited je dapat Coolblog. apesal ha? ketagih sangat dengan 'benda' nih. macam tak sah pulak kalau sehari tak beli. grr =.="
muka pulun !
slurpp slurpp. eh macam megi slurpp pulak?

Kak Lin, Pika Pikapie n aku kat Times Square
*nak tayang Coolblog je sebenarnya* kehkehkeh

kalau tak silap, 040411 kot Coolblog ni beroperasi kat Putra Foodcourt UPM. sejak hari itu lah aku menjadi pelanggan tetap kiosk pink itu. sampai bebudak yang keje kat kiosk tu pun dah kenal aku. ayat cliche " ye cik husna, boleh saya bantu? haa apa kata hari ni cuba yang ni bla bla bla". eh pandai betul budak tu promote. hari-hari ada je perisa yang dia orderkan untuk aku. aku pun layankan je. sekali kalau difikir dan ditilik semula, rasanya dah semua perisa aku cuba. cis ! padahal aku suka Vanilla Oreo Crush, Strawberry Oreo n Strawberry Smoothies je. nasib baik Coolblog takde perisa durian. kalau ade?

sekian.

Kembali

Pabila diri semakin dewasa, Pabila banyak perkara perlu diutama, Pabila masa mencemburui dunia, Pabila jiwa tak sentiasa muda, Pabil...